30%

55 10 0
                                    


Makan seorang diri, belajar bersendirian, tiada teman untuk bersembang. Itulah yang dirasakan oleh Kitae saat ini.

Sudah genap seminggu berita tentang dirinya tersebar. Sudah tiga hari juga dia sudah berpisah dengan Jisoo.

Hubungan mereka berdua sudah seperti orang asing sekarang. Serupa macam mereka berdua tidak pernah kenal langsung.

Sangat dingin.

Kalau mereka berdua bertembung pun, masing-masing tidak menolehkan kepala untuk melihat antara satu sama lain.

Kitae tidak kisah dengan perkara yang berlaku. Lagipun dia sudah bersiap sedia dengan perkara yang terjadi sekarang ini. Jadi dia tidak kisah.

Kitae duduk termenung di dalam bilik air sekolah. Rasanya tempat ini sahaja yang mampu membuatkan dia bertenang.

Jika di tempat lain, pasti ada sahaja mata-mata dan mulut-mulut bercakap buruk tentang dirinya walaupun sudah seminggu berita tersebut disebarkan.

Pintu tandas lelaki dibuka. Bunyi tapak kaki yang kuat menandakan sekumpulan pelajar lelaki masuk ke dalam tandas itu.

“ eh, aku tiba-tiba terfikir. Siapa yang tulis announcement kat web berita sekolah tu eh? ” soal salah seorang pelajar lelaki.

Kitae memasang telinga tentang isu yang diperkatakan oleh mereka.

“ haah, kau tahu tak siapa, Yoochan? ” soal seorang pelajar yang lagi satu.

Kitae terkedu apabila nama Yoochan disebut oleh dua orang pelajar itu. Dia duduk dengan senyap agar mereka bertiga tidak menyedari kehadiran dirinya.

“ aku yang tulis ” Yoochan mengaku. Dia tersenyum sinis.

Kitae mengenggam tangannya sebaik sahaja mendengar pengakuan daripada Yoochan.

Patutlah Yoochan secara tiba-tiba mahu minta maaf dan berbaik-baik dengan dirinya. Rupanya-rupanya dia mempunyai maksud tersirat.

“ heh, padan muka dengan Kitae tu. Berlagak lagi dengan aku ”

“ tapi macam mana kau tahu? ” soal pelajar itu. Sifat ingin tahunya yang tinggi mendorong dia bertanya pada Yoochan.

“ ayah aku kan kawan baik ayah dia. Jadi aku tahu semua benda pasal keluarga Kitae— ”

“ —oh ya lagi satu. Kitae tu tak adalah kuat mana. Dia cuma berlagak kuat je. Padahal lembik ” kutuk Yoochan lagi. Kakinya melangkah mahu beredar dari tandas ini.

Tangannya memulas tombol pintu dan badannya membolos keluar dari tandas itu.

Kitae segera keluar dari tandas dan menghampiri Yoochan. Kolar baju Yoochan ditarik dan dipegang. Badan Yoochan kemudian dihentakkan pada dinding.

Matanya membulat merenung Yoochan. Dadanya berombak menahan marah.

“ kau kata aku lembik? Heh. Bukan kau ke yang lembik? ”

Buk!

Satu tumbukan dilepaskan pada muka Yoochan.

Buk!

Satu lagi tumbukan dilepaskan pada perut Yoochan.

Buk!
Buk!
Buk!

Bertubi-tubi tumbukan dihadiahkan pada badan Yoochan tanpa mengira rasa simpati.

Rambut Yoochan dicengkam oleh Kitae. Kepala lelaki itu dihentakkan pada dinding berulang kali.

Buk!

Badan Kitae secara tiba-tiba ditendang oleh seseorang menyebabkan dia jatuh tertiarap.

[C] Hope Not Where stories live. Discover now