Seoul, South Korean-Perjalanan dari Auckland, New Zealand ke Seoul, Korea Selatan mengambil masa selama hampir 23 jam.
Kitae melihat jam yang berada di pergelangan tangannya.
Dia mempunyai masa tiga jam sebelum majlis perkahwinan antara Jisoo dan Kihun berlangsung.
Tanpa melengahkan masa, Kitae segera berlari keluar dari lapangan terbang tersebut. Badannya diloloskan agar masuk ke dalam salah sebuah teksi yang berada di hadapan lapangan terbang itu.
" pergi ke Four Seasons Hotel Seoul " arah Kitae. Pemandu teksi itu memandu teksi ke tempat yang diarahkan oleh Kitae.
°°°
" unnie! " jerit seorang gadis. Dia berlari terus mendapatkan Jisoo yang sudah siap memakai baju pengantinnya itu.
Gadis itu memeluk Jisoo.
" unnie cantik " puji gadis itu. Jisoo tersipu-sipu malu mendengar pujian daripada gadis itu. Bahu gadis itu dipukul lembut.
" alaaa, Chaeyoung pun cantik juga " kata Jisoo.
Chaeyoung tersengih. Matanya mengimbas baju pengantin Jisoo dari atas hingga ke bawah.
" baju unnie cantik membuatkan orang yang memakainya bertambah cantik " puji Chaeyoung lagi. Jisoo mengukirkan senyuman tetapi tidak semanis seperti kebiasaannya. Senyuman itu seperti dibuat-buat.
Dia mengambil tempat duduk di atas soda yang luas. Chaeyoung mengambil tempat di sebelah Jisoo.
" oh ya, Lisa dengan Jennie tak dapat hadir hari ini. Lisa ada di Thailand melawat mak ayah dia manakala Jennie pula masih di Auckland. Semesternya baru bermula minggu lepas, " terang Chaeyoung.
" unnie tak ambil hati pun kalau mereka berdua tak datang " kata Jisoo. Satu keluhan kecil terlepas daripada bibirnya.
Mulutnya kata tidak kisah, tetapi mengapa dirinya berasa sedih secara tiba-tiba?
Takkan disebabkan dia bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa 30 minit sahaja lagi?
Tak mungkinlah.
Hal ini kerana, dialah manusia yang paling gembira apabila Kihun melamar dirinya. Tarikh perkahwinan ini pun ditentukan oleh Jisoo sendiri.
3 Januari. Sengaja dia memilih tarikh itu memandangkan tarikh tersebut merupakan tarikh hari jadinya.
Mudah. Dia mahu menyenangkan Kihun untuk menyambut hari lahir dan ulang tahun perkahwinan mereka pada hari yang sama.
" oh ya, Chae ada baca kad jemputan perkahwinan unnie. Nama bakal suami unnie Kwak Kihun? Kenapa macam familiar eh nama dia? " soal Chaeyoung. Dia mengerutkan dahinya untuk cuba mengingati sesuatu berkenaan nama tersebut.
" dia abang Kwak Kitae "
" oh my god! " jerit Chaeyoung. Tangannya menekup mulutnya yang sudah terbuka luas.
Dia terkejut dengan perkara yang baru disampaikan oleh Jisoo sebentar tadi.
Kihun adalah abang Kitae?
Kitae yang pernah menjadi teman lelaki Jisoo?
Perkara ini amat mengejutkan.Dah macam cerita dalam novel pula!
" jadi maknany- "
Bang!
Pintu bilik menunggu Jisoo dibuka secara kasar dari arah luar.
Mata Jisoo dan Chaeyoung masing-masing melihat individu yang telah membuka pintu secara kasar tadi.
YOU ARE READING
[C] Hope Not
FanfictionDia suka dia. Mereka bercinta. Kemudian berpisah. ❝ You need to meet someone better than me and be happy But I hope not to the point where you forget me ❞...