" digantung sekolah? " sinis sahaja Tuan Kwak berkata. Kitae hanya berdiri tegak di hadapan Tuan Kwak. Kepalanya ditundukkan ke lantai. Dia hanya diam membisu." are you kidding me Kwak Kitae? Digantung sekolah sebab tumbuk orang "
Tuan Kwak ketawa walaupun mengetahui perkara tersebut tidak kelakar. Ketawanya kedengaran seperti dibuat-buat.
Secara tiba-tiba ketawanya hilang. Matanya tajam merenung Kitae. " tak ada duit belanja untuk kamu selama dua minggu. Pandai-pandailah kamu cari duit sendiri " ujar Tuan Kwak. Kakinya melangkah keluar dari bilik tersebut.
Kitae mengeluh.
Dia digantung sekolah selama dua minggu.
Agak lama juga dia tak boleh pergi ke sekolah.Dan sekarang ayahnya menyuruh dirinya untuk bekerja bagi mencari wang.
Dia mahu kerja di mana?
Kedai serbaneka?
Huh!°°°
Jisoo bergerak ke arah lokernya. Dahinya dikerutkan.
Kalau nak diikutkan, sudah tiga hari dia tidak mendapat sticky notes dan bekal makanan daripada peminat rahsianya. Dia pelik.
Mengapa peminat misteri tersebut secara tiba-tiba berhenti daripada melakukan perkara tersebut? Hanya itu sahaja persoalan yang terdapat di dalam fikiran Jisoo.
Kakinya melangkah menuju ke kelasnya. Tetapi sebelum itu, kakinya terhenti di hadapan kelas milik Yoochan dan Kitae. Matanya memerhati keadaan sekeliling kelas tersebut.
Kelas tersebut masih kosong. Selalunya pasti ada beg milik Kitae di salah satu meja.
Tetapi memandangkan Kitae sudah pun digantung sekolah, jadi tiada sesiapa lagi yang berada di kelas itu memandangkan hari masih pagi.
Sesi persekolahan juga lambat lagi mahu bermula. Lebih kurang 45 minit lagi sebelum waktu persekolahan bermula.
Jisoo kembali mengatur langkah menuju ke kelasnya.
°°°
" unnie. Kenapa muka unnie monyok je dari tadi? " soal Lisa secara tiba-tiba. Dari tadi, Lisa perhati muka Jisoo asyik mencuka sahaja. Jadi dia mengambil keputusan untuk bertanya tentang masalah yang dihadapi oleh Jisoo.
Jisoo menggelengkan kepalanya. " aniya. Tak ada apa-apa " balas Jisoo. Garfunya menguis-nguis sepinggan jjangmyeon yang berada di hadapannya.
Dia kemudian mengeluh.
“ ni mesti sebab unnie dah tak dapat sticky notes dan bekal makanan tu kan? Tu yang kecewa sangat tu ” sangkal Chaeyoung. Jennie yang duduk di sebelah Jisoo terus mengangkat mukanya melihat gadis itu.
“ sticky notes dan bekal makanan tu bukan dari Yoochan ke? ” soal Jennie mahukan kepastian. Jisoo mengangkat mahunya.
“ ahhh, molla ” kata Jisoo.
“ Yoochan. Lee Yoochan? ” Chaeyoung kembali bersuara. Mata bundarnya memandang tepat pada mata Jisoo. Dia menginginkan kepastian tentang perkara yang dikatakan oleh Jennie.
“ ya, Yoochan. Classmates korang berdua. Dia mengaku, dia yang bagi sticky notes dan bekal makanan tu kat Jisoo ” cerita Jennie.
Chaeyoung bangun dari tempat duduknya. Tangannya diangkat dan digoyangkan di hadapan Jennie dan Jisoo. Dia segera menindakkan kata-kata Jennie itu.
“ aniyo. Bukan Yoochan yang bagi semua benda tu kat unnie ” kata Chaeyoung. Mukanya dikerutkan.
Dia agak geram dengan Yoochan. Suka suki dia sahaja mengaku yang dia beri sticky notes dan bekal makanan itu pada Jisoo. Sedangkan orang lain yang buat.
“ Chae tahu ke siapa yang bagi? ” soal Jisoo pula.
Chaeyoung terkedu. Dia kembali melabuhkan punggungnya pada kerusi.
Otaknya sekarang sedang ligat berfikir sama ada mahu berterus terang pada Jisoo ataupun tidak.
Kepalanya ditundukkan. Dia tidak mahu bertentang mata dengan Jisoo. Takut.
“ Chaeyoung–ahh. Chae tahu kan siapa yang bagi? ” soal Jisoo dengan lemah lembut.
Chaeyoung mengeluh. Kepalanya diangkat kemudian dia mengangguk.
“ Kwak Kitae ”
“ dia yang bagi semua tu kat unnie ”
°°°
Tbc
[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]
YOU ARE READING
[C] Hope Not
FanfictionDia suka dia. Mereka bercinta. Kemudian berpisah. ❝ You need to meet someone better than me and be happy But I hope not to the point where you forget me ❞...