14%

62 11 0
                                    


Kitae memberikan surat peletakan jawatannya kepada Hongseok. Hongseok mengambil surat itu dengan hati yang agak berat.

Dia memandang wajah Kitae dengan pandangan yang sayu. “ are you really sure you want to quit? ” soal Hongseok prihatin.

Kitae mengangukkan kepalanya perlahan-lahan. Hongseok mengeluh. “ but why? Baru beberapa hari awak bekerja di sini. Why so suddenly? ” soal Hongseok lagi.

Kitae mengiggit bibirnya. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Takkan dia mahu memberitahu pada Hongseok sebab sebenar dia berhenti adalah kerana Yoochan.

Sejak Yoochan datang ke restoran barbeque ini tempoh hari, lelaki itu asyik datang ke sini pada setiap hari.

Kadang-kala berseorangan dan kadang-kala dia membawa teman. Alasannya cuma satu, dia mahu menyakitkan hati Kitae.

Disebabkan itulah, Kitae mengambil keputusan drastik untuk berhenti bekerja di sini.

“ haih. Kalau itu yang awak mahu. Saya tak boleh nak paksa awak ” kata Hongseok. Dia kemudian bergerak ke arah laci mejanya. Sebuah sampul dikeluarkan dari situ. Sampul tersebut diserahkan kepada Kitae.

“ ini jumlah gaji kamu selama sepuluh hari bekerja di sini. ” ujar Hongseok.

Kitae mengambil sampul yang berisi wang gajinya itu. Lalu dia menundukkan badannya sedikit kepada Hongseok sebagai tanda terima kasih.

Hongseok menepuk belakang badannya. “ terima kasih kerana sudi berkhidmat di sini walaupun sekejap ”

°°°

Kepala Yoochan terjenguk-jenguk melihat sekeliling restoran barbeque ini. Tetapi hampa. Kelibat musuhnya tidak dapat dilihat oleh mata.

“ chan cari apa? ” tegur Jinyoung. Jisoo yang duduk di sebelah Jinyoung turut melihat Yoochan. Yoochan tersengih. Dia menggelengkan kepalanya tanda tiada apa-apa.

Hari ini, Yoochan datang ke restoran barbeque ini bersama dengan ahli kelab pementasan drama.

Jadi, restoran tersebut hanya dipenuhi oleh ahli kelab pementasan drama sahaja pada waktu ini.

Rasanya dengan kehadiran mereka sahaja, restoran ini boleh memperolehi keuntungan yang lumayan. Maklumlah semuanya pelahap.

Mata Yoochan kembali membuat kerjanya. Kerjanya cuma satu. Dia mahu mencari Kitae! Dia sengaja mahu mengacau lelaki itu.

“ eh, Chan. Datang sini lagi? ” soal Hongseok apabila dia menghidangkan makanan di meja Yoochan.

Yoochan mengangukkan kepalanya. Rambutnya digaru.

“ ehehehe. Chan sengaja nak bagi sokongan kat hyung ” ujar Yoochan.

btw, mana Kitae? ” soal Yoochan tanpa berselindung.

“ dia dah berhenti tiga hari lalu. Lagipum tempoh penggantungan dia kan tamat hari ni. Mesti dia nak enjoy dulu ” gurau Hongseok. Dia tergelak kecil. Kemudian muka Yoochan dilihat.

Yoochan tersenyum kecil mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Hongseok.

Sebotol air berkarbonat yang berada di atas meja dicapai lalu diteguknya air itu.

Sebotol air berkarbonat yang berada di atas meja dicapai lalu diteguknya air itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kitae nak enjoy atau takut akan dirinya?

Heh,
Kwak Kitae.
Macam berani tapi rupanya pengecut.
Tak sangka Kitae takut akan Yoochan.

°°°

Tbc

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

[C] Hope Not Where stories live. Discover now