12%

71 10 0
                                    


appa dah balik ke mak cik? ” soal Kitae kepada pembantu rumahnya, mak cik Lee.

Mak cik Lee berfikir buat seketika. Cuba untuk mengingati majikannya sudah balik ataupun belum. Maklumlah otaknya sudah penuh dengan kerja-kerja rumah yang perlu dia lakukan.

Jadi memang wajarlah jika dia terlupa satu atau dua perkara. “ rasanya dia belum balik lagi ” balas mak cik Lee.

Kitae mengambil tempat duduk di kerusi meja makan. Perbuatan mak cik Lee dilihat dan diperhati.

Dia kemudian mengeluh.

“ haih, mengeluh nampak? Sepatutnya mak cik yang mengeluh. Bukannya kamu ” tegur mak cik Lee. Dia kemudian tersenyum.

appa mesti pergi rumah Puan Kim lagi. ” adu Kitae. Mukanya muram menandakan dia tidak puas hati dengan perbuatan Tuan Kwak.

Mak cik Lee memberhentikan perbuatannya. Dia melihat Kitae. “ biarlah Tuan Kwak pergi ke rumah Puan Kim. Lagipun Puan Kim kan isteri Tuan juga ”

Kitae terdiam. Tiada daya dia mahu melawan kata dengan mak cik Lee.

Dia tahu tiada gunanya dia melawan kata wanita tua itu kerana wanita tua itu mengetahui semua perihal keluarganya.

appa asyik pentingkan keluarga sana je. Keluarga ni dia tak pentingkan pun ” adu Kitae lagi. Bibirnya termuncung-muncung tanda tidak puas hati. Sudah serupa budak kecil!

“ Kitae tahu omma Kitae hanya isteri kedua appa. Tapi tak boleh ke kalau dia layan Kitae secara sama rata macam dia layan Kihun hyung

Mak cik Lee segera menghampiri Kitae. Dia mengambil tempat duduk di hadapan remaja lelaki itu. Lalu dia mengenggam tangan Kitae.

Wajah Kitae dia pandang dengan sayu.

Kadang-kala dia agak sedih dengan nasib remaja lelaki ini.

Kitae merupakan anak kepada isteri kedua Tuan Kwak. Jadi sudah tentu layanan yang diberikan oleh majikannya berbeza dengan anak isteri pertamanya.

Lagipula ibu Kitae seorang pelakon dan model yang terkenal. Jadi, Kitae selalu sahaja ditinggalkan berseorangan di rumah.

Kehidupan remaja ini tersangatlah sunyi sehinggalah mak cik Lee ditugaskan di rumah ini ketika usia Kitae mencecah 10 tahun.

Pada ketika itu, mak cik Lee sering mencari jalan untuk tidak membiarkan Kitae kesunyian. Dia sentiasa mempunyai idea untuk merapatkan hubungannya dengan Kitae.

Sehinggalah Kitae percaya dengan dirinya. Dan semenjak dari hari itu, dia sudah menganggap Kitae anaknya.

“ lambat lagi ke omma nak balik? ” soal Kitae secara tiba-tiba.

“ Oh Puan Choi ada event di Paris. Kemudian, sambung pula event di Itali. Jadi dia tiada rumah sehingga tiga minggu. ” balas mak cik Lee.

Kitae mengeluh apabila mendengar kata-kata mak cik Lee.

Ommanya tak pernah memberitahu kepada dirinya bila dia akan balik ke Korea. Ataupun jika dia ada acara penting, dia tak pernah memberitahu pada Kitae. Wanita itu cuma menyampaikan aktivitinya kepada mak cik Lee sahaja.

Kitae agak terasa hati dengan perbuatan Puan Choi. Dia seperti bukan anak kandung Tuan Kwak dan Puan Choi sahaja.

°°°

Yoochan
+Noona!
+Free tak petang ni?
+Ada satu kedai makan yang
  baru di kawasan ni. Jom
  pergi sama-sama
+Noona ajaklah kawan-kawan
  noona sekali.

Disebabkan ajakan daripada Yoochan tengah hari tadi, sekarang dia, Yoochan, Jennie, Lisa dan Chaeyoung berada di restoran barbeque berdekatan dengan sekolah mereka.

Jisoo mengerutkan dahinya apabila mengetahui tentang kedai makan baru yang diperkatakan oleh Yoochan. Dia pelik.

Setahu dirinya, kedai barbeque ini sudah lama dibuka. Rasanya hampir tujuh bulan sejak pembukaannya. Dan mengapa Yoochan berkata yang kedai ini masih baru sedangkan sudah berbulan-bulan mereka beroperasi?

ahjumma, bagi satu set daging dan organ dalaman ” pesan Yoochan. Mereka berlima melabuhkan punggung di satu meja yang berdekatan dengan tingkap.

Setelah beberapa minit, datang seorang lelaki menghantar pesanan mereka. Satu set daging dan organ dalaman diletakkan di atas meja.

Yoochan mengangkat kepalanya untuk melihat wajah pelayan itu. Dia kemudian tersenyum sinis. “ kau kerja sini Kitae? ” tegur Yoochan. Kitae memberhentikan kerjanya.

Mukanya diangkat untuk memandang orang yang telah menegurnya. Matanya beredar untuk melihat wajah setiap orang yang duduk di meja itu. Matanya tertacap pada Jisoo lama. Kemudian, melihat Yoochan pula. Setelah melihat muka Yoochan, makanan yang dia bawa diletakkan di atas meja secara kasar tetapi dalam kadar yang pantas.

Dia mahu segera beredar dari situ. “ kau nak pergi mana laju-laju ni? ” soal Yoochan.

Kitae memberhentikan langkahnya. Dia menolehkan kepalanya memandang Yoochan. “ aku sibuk. Tak ada masa nak layan orang macam kau ”

Yoochan berdecit. Kemudian matanya melihat sekeliling. Dia cuba untuk mencari seseorang.

“ Hongseok hyung! ” panggil Yoochan. Dia melambaikan tangannya pada seorang lelaki yang bernama Hongseok.

Hongseok tersenyum memandang Yoochan. Kakinya melangkah ke meja yang diduki oleh Yoochan.

“ ada apa Yoochan? ” soal Hongseok.

“ boleh tak Yoochan nak pinjam Kitae kejap? ”

Hongseok mengangguk. Matanya melihat Kitae. “ boleh. Lagipun shif Kitae pun dah tamat ” balas Hongseok.

Kitae melopong mendengar kata-kata majikannya iaitu Hongseok. Dia menjeling Yoochan.

“ meh sini Kitae. Makan sama-sama dengan kitaorang ” ajak Yoochan.

Yoochan ada saja caranya untuk sakitkan hati Kitae!

°°°

Tbc

Kwak Kitae

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kwak Kitae

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

[C] Hope Not Where stories live. Discover now