Nafas ditarik panjang, telapak tangannya mula basah. Tidak keruan jadinya, perasaan gementar menguasai dirinya.
"So, ada hal apa sampai tak boleh cakap dalam phone?" Rayyan yang baru muncul di cafe itu terus menyoal tanpa berlengah. Bertabah gementar Aisy dibuatnya.
"Hmm..." Sekali lagi nafas ditarik, cuba stabilkan rentak degupan jantung.
"Saya suka awak." Dengan keberanian yang dikumpul selama ini, akhirnya terluah juga isi hatinya.
"So?" Rayyan menyoal selamba, seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"Jadi, awak terima tak?" Terus tiada rasa gentar untuk menyoal.
"Sorry, I'm not interested." Rayyan menjawab segaris, langsung tidak memikirkan perasaan Aisy.
"Dah tu selama ni yang awak ajak saya keluar, belikan saya hadiah. Semuanya tak ada apa-apa maksud ke?" Aisy menyatakan ketidakpuasan hatinya, ditambahkan pula dengan rasa kecewa yang amat.
"Ajak keluar, belikan hadiah untuk orang pun kena ada maksud ke? Okay...macam ni, aku buat semua tu sebab kau junior aku dan aku senior kau. Lagipun, kau yang nak berkawan dengan aku, jadi aku pun layankanlah." Rayyan menerangkan, tidak pedulikan jika ayatnya mengguriskan hati Aisy.
Aisy terdiam, tidak tahu ingin berkata apa lagi. Hatinya hancur, punah harapan.
"I think its settle now. Start from now on, tolong jangan letak harapan terlalu tinggi pada orang, nanti hati sendiri yang sakit." Rayyan berpesan sebelum mengorak langkah pergi meninggalkan Aisy sendirian di situ.
♧♧♧
Darwisya membawa dua cawan air panas ke ruang tamu. Satu cawan diletakkan di meja kopi sebelum dia melabuh duduk di sofa bersebelahan dengan Yuria.
"Kau agak si Rayyan tu terima tak Aisy?" Darwisya menyoal sebelum menyisip minumannya.
"Entahlah, aku tak boleh nak agak. Tapi dari segi layanan Rayyan dekat Aisy, macam ada harapan." Yuria menyatakan pendapatnya, tapi matanya tetap fokus pada drama yang dipaparkan di televisyen.
"Aku-
Belum sempat Darwisya membalas, pintu rumah dibuka. Dia dan Yuria terus memandang ke arah pintu, tersembul wajah Aisy.
Aisy melabuh duduk di single sofa, langsung tidak berkata apa.
Darwisya dan Yuria saling membalas pandangan.
"Aisy...kau okay tak? Kenapa? Tell us what happen?" Darwisya menyoal dalam nada yang risau.
"Dia reject aku mentah-mentah. Dia cakap yang selama ni dia layan aku macam junior je." Aisy menjawab, tangisan yang ditahan sedari tadi akhirnya dilepaskan.
"Aisy, kau tak boleh macam ni." Yuria bertindak memeluk Aisy, Darwisya pula mengusap belakang Aisy. Mereka cuba menenangkan Aisy.
"Sekarang ni, kau tak payahlah fikir pasal dia. Kau cuma perlu fokuskan pelajaran kau je, soal cinta semua tolak tepi." Darwisya berkata, memberi semangat kepada sahabatnya itu.
---
Seusai mandi, Aisy duduk termenung di birai katil. Anak patung beruang yang terletak di atas katil ditenungnya.
"Sampai hati awak, tolak saya mentah-mentah. Awak tak peduli langsung dengan apa yang saya rasa." Aisy berkata sendirian, air mata menitis semula.
"Ya Allah, apa yang lemah sangat kau ni Aisy? Benda kena reject je pun, sedih macam nak mati." Aisy mengesat air mata yang jatuh di pipi.
Dia terdiam seketika, cuba menenangkan diri.
"Bermula daripada hari ini, aku, Aisy Darina, tak kenal lagi orang bernama Luthfi Rayyan. Dan satu hari nanti kau sendiri yang akan cari aku." Aisy berkata sendirian, cukup untuk menyedapkan hati.
●●●
For prolouge, imma make it short and simple.
Don't forget to click the vote button, if you have any thought just comment it.
YOU ARE READING
✓ Protect The Love
RandomAisy Darina - Gadis yang cintanya ditolak mentah-mentah semasa luahan kali pertama. Jadi dia tekad tidak mahu memikirkan lagi soal cinta kerana baginya mungkin dia terlalu muda untuk itu. Dan dia mula fokuskan dirinya terhadap kerjaya. Memang tidak...