Yuria selesai membasuh pinggan, tangannya dikeringkan sebelum melangkah ke ruang tamu. Dia melabuh duduk di sebelah Elena yang khusyuk menonton drama di televisyen.
"Macam mana kerja dengan Fuaz? Dia layan kau elok tak? Kalau tak, kau bagitahu aku, biar aku tenyeh muka dia." Ujar Yuria, membuka topik perbualan.
Elena tergelak, tidak tahu kenapa sepupunya itu terlalu protective.
"Dia layan aku elok, jangan risau."
"Baguslah, aku risau sebab si Fuaz tu pembuli tegar. Asal ada budak baru, mesti ada je idea dia nak mengenakan." Ujar Yuria, kenal sangat dengan perangai childhood friendnya itu.
"Tak adalah, dia baik je."
Yuria hanya mengangguk, drama yang ditayang di televisyen telah mengambil perhatiannya.
Walaupun Elena nampak seperti khusyuk menonton televisyen, namun fikirannya melayang memikirkan perkara lain.
Flashback
Aisy selesai menerangkan tugasan yang perlu Elena lakukan. Sesi penerangan itu mengambil sejam untuk tamat. Almaklumlah, Elena belajar pun tidaklah tinggi mana, sampai SPM saja.
"Awak faham tak apa yang saya terangkan? Kalau tak, saya boleh terangkan semula." Ujar Aisy, ingin memastikan Elena faham setiap penerangan yang diberi.
Elena mengangguk.
"Saya faham, jangan risau. Maaflah menyusahkan, sampai kena terangkan tugasan saya." Ujar Elena, serba salah.
Dia sedar yang dia belajar tidaklah pandai mana, tapi kerja pula di syarikat besar begitu. Lepas itu, kena suruh orang lain pula yang terangkan skop kerjanya. Padahal dia patutnya tahu sendiri tugasannya.
"Baguslah kalau macam tu, kalau ada apa-apa yang tak faham, awak boleh cari saya." Ujar Aisy, lembut saja suaranya.
Elena hanya mengangguk.
"Saya minta diri dulu." Elena meminta diri, tapi bingkai gambar di atas meja Aisy itu menarik perhatiannya.
"Oh, ini suami awak ke?" Soal Elena, Aisy mengangguk.
"Haah, kenapa? Awak kenal ke dengan suami saya?" Soal Aisy, mengangkat kening.
"Oh, kenal. Kami kenal dari universiti." Ujar Elena, memberitahu tidak mahu timbul salah faham.
"Oh, kawan je? Tak ada hubungan istemewa ke sepanjang perkenalan awak dan dia?" Soal Aisy, ingin tahu.
Elena terdiam, dia sendiri tidak tahu apa hubungan dia dan Rayyan.
"Kenapa diam? Mesti ada apa-apa hubungan istimewa. Tak apa, lagipun sekarang dia dan saya pun dah selamat berkahwin." Ujar Aisy, lembut dalam sindiran.
Elena memandang Aisy tidak puas hati.
Yang perempuan ni sibuk sindir aku apa hal? Dia fikir aku ingin sangat ke dengan laki dia? Kalau kau nak main sakitkan hati aku, jadi aku pun boleh sakitkan hati kau. Desis hati Elena.
Elena tersenyum melihat Aisy.
"Saya keluar dululah, ya?" Ujar Elena, melangkah ke arah pintu. Namun langkahnya dihentikan, dia kembali menoleh ke arah Aisy.
"Tapikan Aisy, lelaki boleh kahwin empat. Jadi, saya sarankan, jagalah suami awak baik-baik sebelum ada orang caras. Lagi-lagi kalau orang tu saya." Ujar Elena, sinis.
Lantas dia melangkah keluar, meninggalkan Aisy bengang sendirian.
End flashback
ANDA SEDANG MEMBACA
✓ Protect The Love
AléatoireAisy Darina - Gadis yang cintanya ditolak mentah-mentah semasa luahan kali pertama. Jadi dia tekad tidak mahu memikirkan lagi soal cinta kerana baginya mungkin dia terlalu muda untuk itu. Dan dia mula fokuskan dirinya terhadap kerjaya. Memang tidak...
