PTL 18

396 16 0
                                        

"Aku terima nikahnya Nurul Darwisya binti Azman dengan mas kahwinnya 2500 ringgit tunai."

Dengan sekali lafaz, Darwisya sudah sah menjadi isteri kepada Fahad. Semua orang menghela nafas lega.

-

Aisy dan Yuria memeluk erat tubuh sahabat mereka itu.

"Alhamdulillah, kau dah selamat jadi isteri Fahad. Tahniah!" Ucap Aisy, meleraikan pelukan.

"Hilang satu ahli rumah kita. Lepas ni, dah tak ada minah sengal ni." Ujar Yuria, sedih.

"No, janganlah macam tu. Nanti aku pula yang rasa bersalah." Darwisya berkata, turut beremosi.

"Tak apalah. Yang penting sekarang kau dah jadi isteri orang, perangai tu jangan nak harey sangat." Ujar Aisy, berpesan kepada sahabatnya itu.

"Yelah, mak cik. Jangan risau, semua pesanan kau, aku dah save dalam otak." Ujar Darwisya, bersahaja.

"Kau ni pesan mengalahkan mak dia pula." Ujar Yuria, selamba.

"Alah, perempuan ni bukannya betul selalu pun. Walaupun dia tua daripada aku 10 hari, perangai dia mengalahkan budak 10 tahun." Ujar Aisy, membebel.

"Eleh, kau cakap orang. Kau pun apa kurangnya, lagi teruk daripada aku adalah. Umur dah 27 tahun, tapi perangai macam budak 2 tahun." Darwisya berkata, melawan.

"Betul tu, aku yang muda berbulan daripada kau pun kalah. Kalau letak kau sebelah budak, aku sendiri tak tahu nak bezakan mana budak mana kau." Sahut Yuria, menyokong Darwisya.

"Mana ad-

"Ada." Potong Darwisya dan Yuria serentak.

"Sampai hati korang buat aku macam ni." Rajuk Aisy, memuncungkan bibir.

"Tengok, kan aku dah kata. Baru cakap sikit, bibir dah muncung sedepa." Ujar Darwisya, sengaja.

"Entah, boleh sangkut hanger dah pun aku rasa." Sahut Yuria, mengusik.

"Korang berdua ni, kalau aku sepak, mahu terbang ke Afrika nanti." Ujar Aisy, terus hilang rajuknya.

"Sepaklah, Aisy. Tapi aku nak terbang ke Australia, sepak sekali si Fahad. Boleh terus pergi honeymoon dekat sana." Ujar Darwisya, bersahaja.

Yuria tergelak.

"HaHaHa, lawaknya." Ujar Aisy, sakarstik.

"Alah, rileks. Inilah kali terakhir si sengal Isya ni usik kau, lepas ni dah tak ada dah." Ujar Yuria, Darwisya mengangguk setuju.

♧♧♧

"Congrats, bro." Ucap Rayyan kepada Fahad.

"Thanks. Ni aku dah kahwin, korang bila lagi?" Ujar Fahad, menyoal.

"Nak kahwin apa bendanya, calon pun tak ada." Ujar Amsyar, menjawab.

"Entah kau ni pun, merepek betul." Jawab Rayyan, menyokong sahabatnya itu.

"Kau tak payah nak sokong sangat, tak calon tengkorak kau. Si Aisy tu kau nak campak mana, lombong?" Ujar Fahad, memeluk tubuh.

"Kalau boleh, aku nak jugalah campak dia dekat lombong. Sebab dia tu lambat sangat, tak nampak effort aku yang nak dekat dia." Ujar Rayyan, bergurau.

"Memang patut pun dia buat tak tahu, sebab kau nak selamatkan diri daripada bonda kau, bukannya sebab kau betul nakkan dia." Ujar Amsyar, menyatakan kebenaran.

✓ Protect The Love Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang