PTL 19

385 19 0
                                        

Aisy membelek pakaian yang diberi, dia menghela nafas panjang.

"Aisy! Aku gerak dulu! Mamat katak tu dah sampai! Nanti jangan lupa kunci pintu!" Teriak Yuria, dari tingkat bawah.

Dengan pasrah, Aisy melangkah ke dalam kamar mandi untuk bersiap.

-

Aisy masuk ke dalam tempat duduk penumpang.

"Sorry, lambat." Ucap Aisy, menutup pintu kereta.

"Eh, tak apa. Aku memang dilahirkan untuk tunggu kau bersiap." Ujar Rayyan, sinis.

"Awak tak payah nak sindir sangat. Siapa suruh beli baju warna ni? Buang masa saya je nak kena pertimbangkan nak ke tak pakai." Ujar Aisy, mengomel.

"Tak suruh pun kau pertimbangkan. Orang dah bagi, pakai jelah." Ujar Rayyan, tidak mahu kalah.

"Susahlah bercakap dengan orang tak nak kalah macam awak ni, buat bazir air liur je. Daripada saya bercakap dengan awak, baik saya bercakap dengan batu." Ujar Aisy, berleter.

"Pergilah bercakap dengan batu sana, itu pun kalau batu tu nak layan kau." Ujar Rayyan, sengaja.

Aisy menjeling tajam Rayyan, dia hanya mendiamkan diri. Malas melayan, buang masa saja.

"Aku nak ingatkan sesuatu, nanti kalau orang tanya something, kau layankan je." Ujar Rayyan, berpesan.

"Siapa pula yang nak bertanya bagai ni?" Soal Aisy, pelik.

"Lupa pula. Kita akan pergi family dinner, jadi bonda aku akan soal siasat kau. So, kau layankan je." Ujar Rayyan, berpesan lagi.

"Tak naklah kalau macam tu, saya ikut awak untuk makan, bukan bertemu ramah dengan family awak. Patah balik sekarang." Ujar Aisy, soal makanan semua ditolak tepi.

"Tak ada maknanya aku nak patah balik, kita dah separuh jalan dah. Lagipun Yuria pun ada sekali, jangan risau." Ujar Rayyan, cuba membuat Aisy mengubah fikiran.

"Apa pula yang Yuria buat dekat sana? Lap meja?" .

"Dia dengan Amsyar, mana datang pula lap meja." Ujar Rayyan, menjawab soalan.

"Oh, okay. Apa-apa jelah, saya tetap nak balik." Ujar Aisy, bertegas.

"Tak ada, tak ada. Kita dah nak sampai, jadi kau dah tak ada alasan." Ujar Rayyan, berdegil.

Aisy berdengus geram.

♧♧♧

Yuria dan Amsyar menapak keluar daripada perut kereta.

"Ini bukan ke Septime Eastern Paris Restaurant? OMG! Ini restoran idaman aku. Pemilik restoran ni aku punya idola dalam perniagaan." Ujar Yuria, teruja.

"Oh okay." Ujar Amsyar, tanpa nada.

"Boleh tak kau tukar panggilan? Matilah aku kalau kita kantoi, mahu digantung dekat kipas nanti." Beritahu Amsyar, berpesan.

"Nak tukar panggilan macam mana pula?" Soal Yuria, tidak tahu panggilan apa yang perlu dipanggil.

"Apa-apa je, asal bukan 'kau' atau 'aku'." Jawab Amsyar, malas.

"Okay."

Mereka menapak masuk ke dalam restoran itu, Amsyar mencapai tangan Yuria.

Terbeliak mata Yuria dibuatnya.

"Kau buat apa, sengal? Kau lepaskan sekarang, sebelum aku luku-luku kepala kau." Ujar Yuria, tangan meronta untuk dilepaskan.

✓ Protect The Love Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang