PTL 25

347 14 0
                                    

Tokk...tokk...

Wajah Julia tersembul di muka pintu, Aisy mengangkat muka.

"Aisy, Encik Fuaz adakan mesyuarat sekarang." Julia memberitahu, Aisy memandang pelik.

"Tiba-tiba?"

"Yup! Katanya ada nak kenalkan pekerja baru." Julia memberitahu, Aisy hanya mengangguk.

Aisy mencapai buku planner, kemudian mengatur langkah ke bilik mesyuarat.

Aisy melabuh duduk di kerusi di kerusi bahagian hadapan, kemudian Encik Fuaz melangkah masuk ke ruangan itu.

"Okay, guys. Saya nak kenalkan kamu semua dengan pekerja baru di syarikat kita." Encik Fuaz memberitahu, sempoi saja.

Kemudian seseorang melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat.

"Okay, ini Elena Qaisara. Staf baru kita, jadi saya harap kamu semua dapat beri kerjasama untuk membantu dia. Aisy, saya tugaskan awak untuk mengajar dia dalam tugasan yang akan diberi kepada dia nanti." Ujar Encik Fuaz, Aisy hanya mengangguk.

Dalam fikiran Aisy ligat berfikir, rasa ada yang tidak kena.

Inilah perempuan yang sibuk berbalas mesej dengan laki aku. Buat apalah dia bekerja dekat sini, banyak lagi tempat. Ini mesti kes nak rampas balik kekasih hati dia. Ya Allah, macam dah tak ada lelaki lain, laki aku juga yang nak carasnya. Desis Aisy panjang lebar dalam hati.

"Aisy, awak dengar ke tidak apa yang saya cakap ni?" Encik Fuaz bertanya, perasan yang Aisy tidak berapa fokus dalam perbincangan itu.

Aisy tersentak, tersedar dari lamunannya seketika tadi.

"Huh? Oh, ya, saya dengar. Encik suruh saya ajarkan Elena tentang tugasan yang perlu dia lakukan." Ujar Aisy.

Walaupun dia mengelamun, tapi telinganya masih berfungsi untuk mendengar.

"Okay, bagus. Kalau macam itu mesyuarat kita pada hari ini tamat, semua boleh sambung buat kerja. Elena, sila ikut Julia ke tempat kerja kamu." Ujar Encik Fuaz sebelum melangkah keluar.

---

"Hui, kau kenapa tadi? Tak pernah-pernah mengelamun dalam mesyuarat." Tegur Darwisya, memeluk bahu sahabatnya itu.

"Staf baru kita tu, sebenarnya ex girlfriend Rayyan." Ujar Aisy, tanpa bersimpang-siur.

"Oh, ini mesti kes kau takut kena serang dengan dia." Darwisya menebak, Aisy memandangnya sinis.

"Buat apa aku nak takut, aku ada master in psychology education. Jadi, tak ada sebab aku nak takut. Kalau dia nak putar belit cerita sekali pun, aku takkan mudah terpedaya punya." Ujar Aisy, Darwisya mengangguk setuju.

"Betul juga, tapi still kena berhati-hati. Kalau kau tak mudah terpedaya, tapi Rayyan kita tak tahu. Dia tu kadang sengal tahap dewa." Ujar Darwisya, menasihati.

Mereka berbual sepanjang langkah ke pejabat Aisy.

"Kau tak payahlah risau sangat pasal rumahtangga aku, kau patutnya risaukan rumahtangga kau dan Fahad. Macam mana dengan mak mertua kau?" Soal Aisy, melabuh duduk di kerusi.

"Lantaklah dekat orang tua tu, buat semak kepala otak aku je. Balik-balik cakap pasal anak, dia fikir sekali buat terus dapat ke?" Ujar Darwisya, luah rasa geram.

Aisy menggeleng-geleng kepalanya.

"Tak baik, dia tetap mak mertua kau. Kau usahalah berbaik semula dengan mak mertua kau tu. Untuk kebaikan rumahtangga kau juga." Ujar Aisy, memberi nasihat.

✓ Protect The Love Where stories live. Discover now