"Assalamualaikum, ibu." Ucap Fahad, menyalam tangan ibunya. Ibu terjenguk-jenguk mencari kelibat isteri Fahad, namun tidak kelihatan.
"Isteri kamu mana?"
"Dia ada hal, itu yang tak dapat datang." Ujar Fahad, tipu sunat. Sebenarnya hubungan dia dan Darwisya masih dingin, itu yang Darwisya tidak mahu datang.
"Iyalah tu ada hal. Entah-entah sengaja cari alasan untuk tak datang ke sini." Ibu berkata, serkap jarang.
"Ibu, cukuplah. Tak elok fikir yang bukan-bukan, Fahad tahu dan kenal isteri Fahad. Isya bukan jenis yang macam tu." Ujar Fahad, tidak mahu mendengar lebih.
"Ikut kamulah, ibu tak paksa kamu percayakan ibu pun." Ujar ibu, melabuh duduk di atas sofa.
Fahad turut mengikut langkah ibu ke ruangan itu. Namun langkahnya terhenti apabila ternampak seseorang yang tidak dia kenali.
"Oh, lupa pula ibu nak kenalkan, ini Sharah. Dialah yang selalu temankan ibu masa kamu tak ada." Ujar ibu, mengenalkan wanita itu.
"Oh, okay."
Fahad hanya melihat saja wanita yang berada di sebelah ibunya itu.
"Kalau Fahad nak tahu, Sharah ni doktor tau. Senanglah kalau ibu sakit ke apa, Sharah ada." Ujar ibu, cuba menaikkan keadaan yang sunyi itu.
"Oh, Fahad tak nak tahu pun, tapi ibu dah bagitahu dulu." Ujar Fahad, selamba.
Sharah mula rasa tidak senang duduk.
"Ibu, Ara balik dululah. Lagipun abang Fahad ada, segan pula Ara duduk dekat rumah orang lama-lama." Ujar Sharah, ingin meminta diri.
"Hmm...Fahad tolong hantarkan Sharah balik." Ujar ibu, mengarah anaknya itu.
"Dia datang naik apa tadi?" Soal Fahad, langsung tidak memandang Sharah.
"Teksi, tapi sekarang dah nak senja, bahaya anak dara macam Sharah ni nak balik sendiri." Ujar ibu, memberi alasan.
Fahad mengerling jam tangannya.
"Sekarang baru pukul 5.30 petang, langit pun masih terang lagi. Kalau balik sekarang, selamat kut rasanya." Ujar Fahad, menghalau dengan sopan.
"Fahad-"
"Tak apalah ibu, Ara pandai datang, pandailah Ara balik." Ujar Sharah, tanpa berlengah lagi dia terus menapak keluar.
Ibu memandang saja langkahan Sharah. Fahad pula menghirup kopi tanpa rasa bersalah.
"Fahad, tak baiklah buat tetamu macam tu." Ujar ibu, menegur sikap Fahad.
"Tak baik apanya, Fahad bukannya halau dia pun. Dia yang nak balik." Ujar Fahad, tidak bersalah.
"Dia punyalah penat, daripada hospital ke sini sebab nak jenguk ibu, kamu boleh pula halau dia macam tu." Ujar ibu, membela Sharah.
"Dah kalau penat buat apa nak datang sini, banyak lagi hari lain boleh datang." Ujar Fahad, selamba.
"Sekurang-kurangnya dia datang jenguk ibu, isteri kamu pula mana? Batang hidung pun tak nampak. Kalau nak dibandingkan, Sharah 10 kali ganda lagi baik daripada isteri kamu tu." Ujar ibu, mula membandingkan.
"Ibu, tolong jangan mula."
"Mula apa? Kamu yang suka sangat membela isteri daripada menegur. Sebab itulah isteri kamu tu besar kepala, dia saja yang betul." Ujar ibu, menyatakan ketidakpuasan hati.
"Fahad malaslah nak gaduh dengan ibu. Ibu buatlah apa yang ibu nak, Fahad tak kisah." Ujar Fahad, menyalam tangan ibunya sebelum menapak keluar daripada rumah.
ANDA SEDANG MEMBACA
✓ Protect The Love
RandomAisy Darina - Gadis yang cintanya ditolak mentah-mentah semasa luahan kali pertama. Jadi dia tekad tidak mahu memikirkan lagi soal cinta kerana baginya mungkin dia terlalu muda untuk itu. Dan dia mula fokuskan dirinya terhadap kerjaya. Memang tidak...
