PTL 32

427 17 0
                                        

Yuria tercari kelibat Amsyar di KLIA itu, egonya dibuang jauh. Tiada guna untuk dia pertahankan egonya, jika dia yang akan menanggung keperitan.

Dadanya sakit akibat menahan tangisan, pedih matanya memerah air mata. Remuk hatinya apabila mendapat berita yang Amsyar akan berangkat ke Jepun pada ketika itu.

Yuria bagaikan orang hilang arah, bayangan Amsyar langsung tidak dia nampak. Rasa putus asa mula menerpa dirinya. Akhirnya dia terduduk di kerusi yang tersedia di situ.

Kedua belah tangannya menutup muka, tangisan kembali. Fikirannya tidak habis menyalahkan dirinya sendiri.

"Yuria, kau buat apa dekat sini?" Satu suara menyapa, nada kecewa. Yuria mengangkat muka, tangisnya semakin kuat.

"Hey, kenapa kau nangis macam orang gila dekat tengah KLIA ni?" Cuak jadinya orang itu, terus melabuh duduk di sebelah Yuria. Tidak pasal-pasal pula nanti dia disalah faham oleh orang.

"Aku nak minta maaf, aku tak ada niat pun nak cakap macam itu dekat kau. Aku tak pernah menyesal sukakan kau, tapi aku takut aku dikecewakan. Mana mungkin kau akan suka dengan perempuan macam aku ni." Ujar Yuria, tersedu-sedan. Amsyar mengusap bahu Yuria, cuba menenangkan gadis itu.

"Yuria, aku bukannya jenis yang  judge kekurangan orang. Bila hati dah terpaut, seburuk mana pun orang tu, kita tetap akan terima dia seadanya." Ujar Amsyar, melentokkan kepala Yuria ke bahunya.

"Aku tak adalah romantik sangat orangnya. But you have to remember one thing, mungkin sayang aku tak terlihat dengan kata-kata dan layanan, tapi cukuplah keikhlasan hati aku untuk menyayangi kau." Ujar Amsyar, kiasan ayat yang berbunga.

"Perlu ke kau pergi Jepun lepas kau dah luah semua ni pada aku?"

"Perlu, sebab sekarang bukan lagi dengan tujuan bawa diri, tapi sebab nak tolong walid dekat sana. Kesian dia tak menang tangan uruskan syarikat dekat sana." Ujar Amsyar, Yuria mula mengangkat kepala.

"Berapa lama?"

"Entah, mungkin dalam 2 atau 3 bulan." Ujar Amsyar, berkira-kira.

"Lamanya..." Keluh Yuria, Amsyar menarik senyuman.

"Alah, tak lama manapun. Lagi lama aku tunggu kau rendahkan ego kau tu." Ujar Amsyar, mengungkit.

"Isy, tak payahlah nak ungkit lagi, aku dah minta maaf, kan?" Ujar Yuria, tidak suka kesilapannya itu diungkit berkali.

"Mana ada mengungkit, itu memberitahu." Ujar Amsyar, menatap wajah Yuria penuh kasih.

Mereka saling membalas pandangan seketika.

"Flights to Japan will depart in 15 minutes, passengers will need to be ready at the departure hall."

Lamunan mereka terganggu akibat pengumaman yang diberi.

"Aku gerak dulu. Jaga diri baik-baik, jaga mata, dan jangan lupa jaga hati juga untuk aku." Ujar Amsyar, ingin meminta diri.

"Buat apa nak jaga hati aku untuk kau? Kita bukannya ada apa-apa hubungan pun." Ujar Yuria, sengaja.

"Kau nak kaki aku melekat dekat muka kau ke?" Ujar Amsyar, tiada langsung sikap romantik.

"Apalah nasib jatuh cinta dekat kau? Langsung tak romantik." Ujar Yuria, mengeluh.

"Apalah nasib aku jatuh cinta pada minah kepala batu?" Ujar Amsyar, memimik kata-kata Yuria.

Tanpa berlengah lagi, terus Amsyar melangkah ke balai perlepasan. Kepergiannya dihantar oleh Yuria.

✓ Protect The Love Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang