PTL 11

477 21 2
                                        

Encik Roslan melangkah ke dapur, dia ternampak Rayyan sedang menghirup kopi sambil menatal skrin telefonnya.

"Awal bangun, belum sampai pukul 7 lagi." Sapa Encik Roslan, Rayyan mendongak.

"Oh, saya terjaga lepas subuh tadi. Terus tak boleh tidur, itu yang ke sini." Jawab Rayyan, sopan.

"Boleh abah tanya sikit?"

"Tanyalah. Tanya banyak pun tak apa."

"Kamu kerja apa? Abah tak nampak pula kamu busy macam si Aisy tu." Encik Roslan menyoal, ingin tahu.

"Oh, saya uruskan syarikat ayahda. Cuma itulah, saya masuk pejabat bila ada urusan atau event penting je. Urusan yang lain Raisha yang uruskan sebab dia yang selalu ke pejabat. Saya lebih di rumah je, senang cerita saya kerja dari rumah." Jelas Rayyan, berjela.

"Abah tak pernah nampak pula ayahda kamu. Dia ke mana?" Encik Roslan menyoal, lagi.

"Ayahda dekat Swiss, dia uruskan syarikat yang ada dekat sana. Lagipun keluarga dia semua dekat sana, itu yang dia pilih Swiss berbanding dengan negara lain." Rayyan menjawab, terang dan jelas.

"Abah dengar kamu bercerita ni, macam besar sungguh syarikat kamu. Syarikat kamu jual apa?" Encik Roslan bertanya, sudah seperti wartawan.

"Abah pernah dengar nama DenkiKigu tak?"

"Pernah agaknya, tapi abah ingat-ingat lupalah."

"DenkiKigu tu jenama perkakas elektrik yang syarikat saya jual. Nanti kalau ada keluaran baru, abah orang pertama yang saya akan hadiahkan." Ujar Rayyan, tersenyum.

"Eh, buat susah kamu je."

"Tak adalah, lagipun itu boleh jadi tanda terima kasih saya sebab abah dan mak bagi saya tumpang dekat rumah ni." Kata Rayyan, ikhlas.

"Ikut kamulah, abah nak keluar dah ni." Encik Rayyan berkata, bangun dari duduk.

Rayyan menyalam tangan Encik Roslan sebelum orang tua itu melangkah pergi.

♧♧♧

"Kenapa nak kena balik? Awal lagi, kita belum pusing-pusing kampung lagi." Ujar Aisy, merengek.

Darwisya yang sedang bersiap itu melabuh duduk di atas katil.

"Minah ni memang madah nak berkepit je dengan buah hati dia." Ujar Yuria pula, geram.

"Bukan macam itulah, Fahad nak balik KL sebab dia ada class dengan student dia. Aku pula ada kerja, Encik Fuaz dah bising kau tahu tak?" Ujar Darwisya, memberi alasan.

"Aik, Encik Fuaz tak call aku pun?" Aisy menyoal, pelik.

"Kau pekerja terbaik dia, lagipun dia bagi kau kerja dari rumah sementara kau tengah cuti ni." Ujar Darwisya, tapi tidak pernah ada rasa cemburu atas kejayaan Aisy.

"Boleh pula macam tu? Aku rasa Encik Fuaz tu ada perasaan dekat kau Aisy. Sebab itu dia baik sangat dengan kau." Ujar Yuria, serkap jarang.

"Merepek ah kau."

"Aku pun rasa gitu ah. Sebab kalau satu bagunan tu boleh suka dekat kau, tak mustahil Encik Fuaz pun ada perasaan dekat kau." Sahut Darwisya, menyokong Yuria.

"Mintalah dijauhkan, aku dengan si Daniel pun tak menang tangan. Inikan pula dengan Encik Fuaz." Ujar Aisy, mengeleng-gelengkan kepalanya.

✓ Protect The Love Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang