PTL 1

634 27 0
                                    

9 tahun kemudian...

"Apa nak jadi dengan kamu ni, Rayyan? Berkepit dengan perempuan sana-sini, tapi tak ada ikatan yang sah. Tak malu ke?" Puan Ramona sudah mula membebel, pening kepala mengenangkan anak bujangnya yang seorang itu.

"Dah tu? Bonda nak Rayyan buat apa?" Rayyan menyoal, malas.

"Kahwin. Bonda nak kamu kahwin." Puan Ramona menjawab tanpa teragak-agak, mahu tersedak angin Rayyan dibuatnya.

"Seriously? Tak naklah Rayyan. Buat apa kahwin awal-awal, buat pening kepala je." Rayyan membantah, alasan tak semegah diberi.

"Kamu tak fikir pula bonda punya pening melayan kerenah kamu ni. Telinga bonda dah naik penat dengar orang cakap benda bukan-bukan pasal kamu." Puan Ramona berleter panjang lagi, masih tidak puas hati dengan anaknya itu.

"Kalau Rayyan tak nak, bonda nak buat apa?" Rayyan mencabar bondanya itu.

"Bonda akan tunangkan kamu dengan Fazeera, dan hantar kamu masuk ke military service. Habis je servis tu, bonda kahwinkan je kamu terus." Puan Ramona menjawab, nampak sangat seperti sudah susun setiap kata.

"What?! No!" Rayyan membantah.

"Then? Kahwin, senang." Puan Ramona menjawab, selamba.

"Tapi Rayyan tak nak." Rayyan protes, masih berdegil.

"Bonda tak kira, bonda bagi kamu tempoh 4 bulan. Kalau tak jumpa juga calon, I'll do what I said." Puan Ramona mencabar, tak mahu lagi beri muka pada anaknya itu.

"Kahwin jelah, lagipun kau bukan muda lagi. Umur kau dah 29 tahun, nak tunggu sampai bila? Aku sendiri pun dah nak kahwin." Kata Raisha yang baru muncul, sebelum melabuh duduk di sebelah Rayyan.

"Alah...ramai je lagi orang umur 30 lebih tahun tak kahwin lagi, okay je." Ujar Rayyan, masih tidak mahu kalah.

"Kau macam nak je masuk military services tu." Raisha mula mengapi dalam mencabar.

"Of  course aku tak nak. Okay, memandangkan Rayyan malas nak panjangkan hal ni, Rayyan setuju." Rayyan akhirnya mengalah.

"Kan senang macam tu je dari tadi, tak adalah bonda nak membebel panjang-panjang." Kata Puan Ramona, puas hatinya bila Rayyan sudah mengalah.

"Dah settle. Sekarang ni, Raisha nak bonda teman pergi butik." Ujar Raisha, sambil berdiri.

"Lah, kenapa tak pergi dengan Rizwan?" Puan Ramona menyoal, penat pula rasa selepas berdebat panjang dengan anak sulungnya itu.

"Dia kena balik kampung, ada hal katanya." Raisha menjawab, Puan Ramona hanya mengangguk, malas hendak bertanya banyak.

Tanpa berlengah lagi, terus Puan Ramona bersiap.

"Padan muka kau. Frust la kau sengsorang, manalah nak dapat calon dalam masa 4 bulan." Raisha sengaja mengusik abangnya itu, muka Rayyan pula sudah mula cemberut.

"Diamlah kau." Rayyan memarah adiknya itu, geram pula.

"Ikut suka hati akulah, mulut aku. Kau ada masalah ke?" Raisha melawan, Rayyan yang malas melayan kini bangun dari duduknya.

"Dah, aku malas nak layan kau. Aku nak lepak, jadi aku balik lewat sikit malam ni. Kau boleh kunci pintu dulu, aku ada bawa kunci spare." Rayyan berpesan kepada adiknya itu.

"Balik lewat lagi. Ini kalau bonda tahu ni, confirm dia tak bagi kita tinggal sendiri lagi tau." Kata Raisha, tak tahu lagi apa nak kata dengan abangnya yang seorang ini.

✓ Protect The Love Where stories live. Discover now