PTL 6

506 22 2
                                        

Tokk...tokk...

"Aisy! Yuria! Bangun, makan tengah hari dah siap terhidang." Jerit Raisha, mengejut Aisy dan Yuria sebelum kembali ke dapur.

Yuria tersedar, matanya digosok untuk menghilangkan rasa kantuk. Rambutnya yang berserabut diikat ekor kuda.

"Aisy, bangun. Makan jom." Yuria menggoyang kaki Aisy yang lena tidur di sebelahnya.

Aisy merenggek kecil sebelum terduduk di atas katil. Matanya dibuka kecil, mulutnya yang menguap ditutup.

"Bagi aku getah rambut." Pinta Aisy, Yuria hanya menuruti.

"Aku keluar dulu. Jangan lupa basuh muka kau tu, hodoh semacam je." Usik Yuria sebelum memecut keluar.

Mendengar saja perkataan 'hodoh' itu, terbeliak biji mata Aisy. Lanta dia melihat wajahnya pada cermin solek.

"Kurang ajar, mana ada hodoh. Elok je aku tengok." Aisy membelek-belek mukanya.

"Cepatlah!" Jerit Yuria dari bawah.

Pantas Aisy menapak keluar.

---

"Wan, kau dah bersedia ke nak kahwin?" Soal Aisy, tiba-tiba.

"Sebab dah bersedialah, aku nak kahwin. Apa punya soalanlah kau ni. Yang kau tu bila nak kahwin, aku rasa umur kau tu dah lebih daripada cukup dah untuk kahwin. Betul tak, mak?" Ujar Rizwan, sengaja mahu mengusik Aisy.

"Betul tu, mak setuju seratus peratus. Tak sabar nak terima menantu dari anak dara mak ni." Ujar Puan Aisyah, turut mengusik anaknya itu.

"Nak kahwin apanya? Asyik dengan kerja je, boyfriend pun tak ada." Yuria menyampuk, turut menyertai Puan Aisyah dan Rizwan.

"Tak apa, nanti abang Raisha datang. Mana tahu berjodoh ke dengan abang Raisha?" Sambung Raisha pula, habis merah muka Aisy.

Tergelak mereka bertiga melihat wajah Aisy yang merah bak tomato itu.

"Kau tak payah nak gelak sangat eh Yuya. Kau pun bukannya ada boyfriend." Ujar Aisy, cuba hilangkan rasa malu.

"Aku ada cafè, kalau aku nak ngorat salah seorang daripada pelanggan aku." Kata Yuria, tidak habis lagi mengusik Aisy.

Aisy terdiam kalah.

"Korang boyfriend aku tak balik lagi beranilah buli aku. Mak pun sama buli Ina." Ujar Aisy, acah merajuk.

"Merajuk ke anak mak? Ala sian dia kena buli." Kata Puan Aisyah, beracah seperti mahu memujuk.

Aisy tersenyum kecil.

"Menyampah pula aku dengan minah ni." Ujar Rizwan, membuat riak wajah menyampah.

"Jaelous aku dengan dua beranak ni." Kata Yuria, luah rasa cemburu.

"Raisha masuk dapur dulu." Raisha meminta diri ke dapur.

Aisy memandang saja langkah Raisha.

"Hmm...mak, Ina dengan Yuya nak keluar kejap boleh?" Aisy meminta izin, berdiri dari duduknya.

"Nak pergi mana?" Soal Puan Aisyah.

✓ Protect The Love Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang