Rayyan ke hulu dan ke hilir dalam bilik, Amsyar pun sudah naik pening dengan sahabatnya itu. Fahad yang melihat kerenah Rayyan itu sudah menepuk dahinya.
"Yang kau ni dah kenapa? Serupa kucing hilang anak dah aku tengok. Boleh tak kau duduk? Semak mata aku tengok." Ujar Amyar, mula serabut.
"Yang kau gusar gelisah semacam ni dah kenapa? Cer cerita, mana tahu kitorang boleh tolong." Fahad berkata, bagi tenang sedikit hati Rayyan.
Rayyan melabuh duduk di antara Amsyar dan Fahad.
"Aku tak rasa yang plan A kita akan berjaya, sebab dia takkan terima aku. Dia takkan terima orang yang tak cintakan dia." Ujar Rayyan, menyatakan masalahnya.
"Jadi, cintalah dia. Simple." Jawab Fahad, selamba.
"Dia takkan bagi hati dia dekat aku lagi, dia tak nak dikecewakan lagi." Rayyan berkata, gusar.
"Buat dia jatuh cinta dekat kau balik, lagipun kau masih ada lagi masa 3 bulan. I'm sure you can make it." Ujar Amsyar, yakin.
"How?" Soal Rayyan.
"Yang itu jangan risau, aku dan Amsyar boleh uruskan. Kau cuma perlu ikut je apa yang kitorang dah plan." Ujar Fahad, menepuk bahu Rayyan perlahan.
Rayyan mengeluh panjang.
"Kau nak risau apa? Plan A dibatalkan, tak payahlah nak malukan diri sendiri. Nampak macam kau terlalu terdesak pula kalau kau lamar dia depan orang, dalam majlis kahwin pula tu." Ujar Amsyar, menyatakan pendapat.
"Aku pun baru terfikir macam tu, nanti orang ingat ni drama 'Sweet Dream' pula." Sahut Fahad, menyokong pendapat Amsyar.
"Dahlah, jom. Nanti lambat pula pergi majlis adik aku." Ajak Rayyan, lega yang dia tak perlu melakukan rancangan yang dirandang oleh Fahad dan Amsyar.
Rayyan melangkah keluar dari bilik terlebih dahulu, barulah diikuti oleh Amsyar dan Fahad.
♧♧♧
Darwisya masuk ke dalam bilik Aisy dan Yuria. Dia hanya nampak kelibat Yuria yang sibuk membelek diri di hadapan cermin.
Dia tercari-cari kelibat Aisy, namun tidak kelihatan.
"Kau duk jenguk apa? Aisy tengah tolong siapkan Raisha." Ujar Yuria, memberitahu di mana keberadaan Aisy.
Pantas Darwisya menutup pinta, lengan Yuria ditarik. Mereka melabuh duduk di atas katil.
"Kau dah kenapa? Tarik-tarik bagai." Ujar Yuria, nada marah.
"Aku nak kau tolong aku satukan Rayyan dengan Aisy." Ujar Darwisya, terus terang.
"Tak nak aku. Si Rayyan tu dahlah pernah lukakan hati Aisy, sekarang dia muncul balik. Untuk apa? Mainkan hati Aisy balik?" Jawab Yuria, marah.
"Dulu memanglah, masing-masing mentah lagi nak faham perasaan sendiri. Sekarang kalau kita sama-sama tolong sedarkan Rayyan, aku pasti yang dorang akan end up together." Darwisya berkata, yakin.
Yuria terdiam seketika, ada betulnya juga dengan apa yang dikatakan Darwisya.
"Tapi ini bukan novel yang kau boleh predict, Isya. Mungkin apa yang kau sangka, takkan jadi kenyataan." Ujar Yuria, berfikiran matang.
"Then, anggaplah kita dalam novel. Aisy dan Rayyan watak utama, kita pula watak pembantu yang sentiasa tolong diorang untuk cari cinta. Selalu set dekat kepala kau yang Aisy dan Rayyan tetap akan dapat happy ending dalam novel tu." Ujar Darwisya, berimaginasi.

ANDA SEDANG MEMBACA
✓ Protect The Love
LosoweAisy Darina - Gadis yang cintanya ditolak mentah-mentah semasa luahan kali pertama. Jadi dia tekad tidak mahu memikirkan lagi soal cinta kerana baginya mungkin dia terlalu muda untuk itu. Dan dia mula fokuskan dirinya terhadap kerjaya. Memang tidak...