EPILOUGE (2)

374 14 2
                                        

Kereta dipandu selaju yang mungkin, risau yang teramat apabila mendapat panggilan daripada isterinya itu. Dalam hati tidak putus berdoa agar semuanya baik-baik saja.

Sebaik sampai di perkarangan rumahnya, enjin terus dimatikan, pintu dibuka laju. Pantas gerak kakinya membuka pintu rumah.

Terus berhenti seketika detak jantungnya apabila melihat hiasan kabinet yang betul-betul terletak di hadapan pintu itu.

Terus berhenti seketika detak jantungnya apabila melihat hiasan kabinet yang betul-betul terletak di hadapan pintu itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Dia berjalan perlahan mendekati kabinet itu. Beberapa keping gambar yang terletak di atas kabinet itu diambil untuk memastikan adakah benar perkara yang dia lihat ketika itu.

Kemudian muncul Darwisya mendekati suaminya itu. Tubuh suaminya itu dipeluk erat, Fahad tidak teragak-agak untuk membalas pelukan itu.

"Tahniah! Abang akan jadi ayah dalam masa lapan bulan lagi!" Ujar Darwisya, teruja.

"Ya Allah! Sayang tahu tak yang abang sanggup tinggalkan students, sebab takut ada apa-apa jadi pada sayang?" Ujar Fahad, meleraikan pelukan.

"Isya bukannya sengaja. Lagipun manalah Isya tahu yang abang ada kelas untuk diajar."

"Nasib baiklah sayang, kalau tidak dah lama abang humban sayang dalam gaung. Mahu tercabut jantung abang tadi, ingatkan ada perompak masuk rumah ke apa?" Ujar Fahad, membebel.

"Ya, ya. Lepas ni, Isya tak buat lagi. Hari ni saja"

"Congrats to you too, you're gonna be a mother soon." Ujar Fahad, tidak mahu potong mood bahagia itu.

"Tak sangka betul, akhirnya tercapai juga hajat ibu untuk ada cucu." Ujar Darwisya, tersenyum lebar.

"Tapi, kenapa lepas sebulan baru sayang nak bagitahu? Kalau tidak, abang dah boleh manjakan sayang. Dodoikan tidur, buat brealfast in bed, semua benda abang boleh buat."

"Tak perlu semua itu, abang melayan kerenah Isya dalam masa sebulan itu pun dah lebih daripada cukup. Isya tak tahu pula yang Isya boleh alah dengan abang punya bau badan. Kesian abang kena duduk jauh-jauh dari Isya." Ujar Darwisya, mencuit dagu suaminya itu.

"Sekarang ada alah lagi tak?"

Terus saja Darwisya menggeleng kepala.

"Tak ada, sekarang makin rasa nak berkepit dengan abang adalah." Ujar Darwisya, memeluk kembali tubuh suaminya itu.

"Tak sabar betul nak bagitahu ibu tentang berita gembira ni. Mesti dia orang yang paling bahagia."

"Mestilah, dia punya nakkan cucu sampai sanggup nak carikan abang isteri baru. Dia ingatkan yang Isya mandul. Sakit pula hati Isya."

"Sabar, sayang. Benda dah lepas, lagipun semua pun dah elok. Sekarang cuma tinggal nak bagitahu ibu tentang anak kita saja."

"Aip! Bukan anak, tapi anak-anak kita." Ujar Darwisya, membetulkan.

Terbeliak biji mata Fahad yang mendengar. Tidak tahu sama ada patut atau tidak untuk dia mempercayai apa yang dia dengari.

"Sayang biar betul? Berapa biji benih yang tumbuh dalam perut sayang ni?" Soal Fahad, minta kepastian.

Darwisya menunjukkan dua jarinya.

"Dua, abang. We'll having a twin." Ujar Darwisya, teruja.

"Ya Allah, sayang."

Jatuh pula air mata Fahad, terharu sungguh dia pada ketika itu. Sudah dekat setahun setengah mereka berkahwin, tapi mereka tidak berpeluang untuk menimang cahaya mata pada awal perkahwinan.

Tapi sekarang, tidak terkata betapa bahagianya dia dan Darwisya. Bersyukur sangat. Mereka bukan sahaja bakal menimang seorang cahaya mata, tapi dua.

"Sepasang ke?" Soal Fahad, ingin tahu.

"Itu mana boleh nampak lagi, babies masih kecil. Tapi untuk langkah berjaga-jaga, baik abang sediakan saja untuk sepasang laki, dan sepasang perempuan." Ujar Darwisya.

"Sekarang juga abang pergi cari namanya. Sayang nak join tak?"

Pintu rumah ditutup dan dikunci, belum menyempat Darwisya menjawab, tangannya terus ditarik naik ke tingkat dua.

Itu baru betul-betul teruja.

●●●

✓ Protect The Love Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang