PTL 24

431 14 0
                                        

"Kenapa kau tak ada kekasih lagi?" Amsyar menyoal, membuka topik perbualan.

"Lelaki menyusahkan, complicated. Baik hidup solo, lagi seronok." Jawab Yuria, menyuap aiskrim ke dalam mulutnya.

"Perempuan lagi menyusahkan, mood bukan selalu betul pun. Asyik dia yang betul, lelaki yang salah. Ego tinggi menggunung." Ujar Amsyar, mempertahankan kaum lelaki.

"Tak, lelaki lagi ego. Tengoklah Rayyan, dia dah jatuh cinta dekat Aisy, tapi tak nak mengaku. Sengal abadi, sama macam kau." Ujar Yuria, tidak mahu kalah.

"Eh, Aisy pun sama. Dia sebenarnya masih suka dan cintakan Rayyan, tapi tak nak mengaku. Dia nak juga Rayyan yang luahkan perasaan dulu. Bukan ke ego namanya." Ujar Amsyar, membalas.

"Mana kau tahu yang Aisy masih sukakan Rayyan? Ikut suka hati kau nak buat andaian." Ujar Yuria, masih tidak mahu kalah.

"Dah tu, macam mana kau boleh tahu yang Rayyan dah jatuh cinta dengan Aisy?" Amsyar menyoal kembali soalan yang diberi Yuria.

"Aku tahulah."

"Jadi, jawapan aku untuk soalan kau tadi pun aku tahulah." Ujar Amsyar, selamba.

Yuria memandang Amsyar tidak puas hati.

"Kau memang nak menang je, malas aku melayan." Ujar Yuria, malas.

"Siapa suruh kau layan? Aku tanya je, tak cakap pun yang kau wajib jawab." Ujar Amsyar, bersahaja.

Yuria berdiam, kalau dijawab sekalipun tiada gunanya, dia akan kalah juga.

♧♧♧

Darwisya berjalan sambil berpimpin tangan dengan suaminya.

Susah betul kalau ada sweet couple dalam cerita. Rasa macam nak sepak watak Darwisya dan Fahad ni.

"Apalah cerita Rayyan dan Aisy sekarang? Senyap je lepas kahwin." Ujar Darwisya.

"Boleh tak kalau sehari sayang tak bercakap pasal Aisy atau Rayyan? Sekarang masa kita untuk luang masa bersama, bukannya masa untuk berfikir pasal masalah orang." Ujar Fahad, naik muak apabila sering ditanya dengan soalan yang sama.

"Yang abang nak angin tak tentu pasal dah kenapa? Sayang cuma tanya, tak paksa abang jawab pun." Ujar Darwisya, pelik pula dengan suaminya itu.

"Cukuplah kita dah buat dorang sampai berkahwin, takkanlah hal rumahtangga dorang pun kita nak masuk campur. Pandailah dorang uruskan." Ujar Fahad, menyatakan kebenaran.

"Kenapa yang abang emo sangat ni?"

"Salah ke untuk abang emo kalau isteri dia asyik sibuk dengan hal rumahtangga kawan baik dia? Kita dahlah jarang keluar berdua, sayang sibuk, abang pun sibuk. Jadi tolonglah, jangan sibuk dengan hal Aisy dan Rayyan. Now, it's all about us." Ujar Fahad, meluahkan.

Darwisya menarik muka serba salah.

"Okay, I'm sorry. Sekarang semua pasal kita, sayang tak bercerita lagi pasal Aisy atau Rayyan lagi." Ujar Darwisya, mengalah.

♧♧♧

Kotak terakhir diangkat dan diletakkan di luar rumah lamanya.

"Dah? Ini je barang kau?"

Aisy mengangguk.

"Ini je, saya bukan selalu pun duduk rumah ni. Jadi barang pun tak adalah banyak sangat, tak sempat nak beli pun." Ujar Aisy, menjawab soalan yang diberi Rayyan.

✓ Protect The Love Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang