Aisy menapak keluar daripada kamar mandi. Rambutnya yang basah digosok menggunakan kain tuala bersaiz kecil.
Rayyan sedang baring di katil dengan kepala yang beralaskan lengannya, sambil bermain telefon.
Aisy melabuh duduk di meja solek. Rambutnya ditiup dengan pengering rambut, kemudian dia mula dengan rutin malamnya, iaitu menyapu losyen pada bahagian tangan yang terdedah.
Dia melangkah ke katil selepas selesai dengan rutinnya, melabuh duduk di birai katil. Telefonnya diperiksa dahulu, takut ada mesej atau emel penting.
"Kau tak nak pergi honeymoon ke?" Soal Rayyan, tiba-tiba.
Aisy menggeleng. Telefon diletak di atas almari kecil yang tersedia di sebelah katil. Dia mula membaluti tubuhnya dengan comforter.
"Buat apa nak pergi honeymoon? Kita kahwin pun bukannya sebab suka sama suka, tapi sebab masing-masing ada alasan. Kalau tak, kita takkan kahwin pun sekarang. Entah-entah tak jumpa pun langsung." Ujar Aisy, menolak rancangan itu.
"Aku kahwin dengan kau ikhlas, bukannya bersebab. Memang mula-mula aku cuma nak lari daripada military services, tapi-" Rayyan membiarkan ayat itu tergantung, tidak tahu yang perasaan dia pada Aisy itu ikhlas atau tidak.
Rayyan takut dia mempermainkan hati Aisy sekali lagi, tanpa sengaja.
"Kenapa tak habiskan ayat? Sebab awak ragu-ragu dengan perasaan sendiri? Apa yang awak tahu pasal ikhlas?" Ujar Aisy, mempersoalkan.
Rayyan terdiam seketika, dia mengeluh.
"Aisy, jujur aku kata yang aku ikhlas dengan kau, cuma aku tak tahu macam mana nak terangkan." Rayyan berkata, beria.
Aisy menggeleng.
"Tak, saya tak percayakan awak. Cukuplah dulu saya dah sakit." Ujar Aisy, tidak percayakan Rayyan.
"Apa yang susah sangat kau nak percaya dekat aku?" Ujar Rayyan, mempersoalkan.
"Bukan tak percaya, tapi dah serik. Saya tak nak sakit lagi, cukuplah luka yang awak dah bagi 9 tahun lepas. Awak bagi saya harapan palsu, mainkan hati saya selama 5 tahun, tolak saya, pandang saya sebelah mata dan hari tu juga saya dapat tahu yang abang saya tak ada harapan lagi nak hidup lama." Ujar Aisy, meluahkan.
"Aisy, aku tak tahu pun yang benda macam ni akan berlaku." Ujar Rayyan, cuba menurunkan hening.
"Ya, memang awak tak tahu, saya sendiri pun tak tahu benda akan jadi macam ni. Jadi kita abaikanlah benda yang terjadi, saya pun tak nak langsung ingat." Ujar Aisy, tidak mahu lagi memanjangkan perbincangan itu.
Rayyan menghela nafas panjang.
"Aisy, aku nak kita buka buku baru, tutup buku lama. Aku nak kita lupakan apa yang berlaku antara kita 9 tahun lepas." Ujar Rayyan, Aisy hanya berdiam.
"Aku akan tunjuk dekat kau yang aku betul-betul serius tentang perkahwinan kita. Aku akan buat kau jatuh cinta pada aku balik." Ujar Rayyan, tapi malangnya Aisy sudah terlelap.
"Aku menyesal tolak kau dulu." Ujar Rayyan, kelopak matanya semakin berat. Dan akhirnya dia juga terlelap.
Aisy membuka matanya perlahan, memusingkan tubuh menghadap Rayyan yang sedang terlelap.
Tangan kecilnya mengusap pipi suaminya itu. Bibirnya mengukirkan senyuman.
"Cubalah, Rayyan."
♧♧♧
Raisha rungsing, kiri kanan dipusing. Semua tidak kena.
Rizwan pula mula geram dengan isterinya itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/227063146-288-k646378.jpg)
YOU ARE READING
✓ Protect The Love
DiversosAisy Darina - Gadis yang cintanya ditolak mentah-mentah semasa luahan kali pertama. Jadi dia tekad tidak mahu memikirkan lagi soal cinta kerana baginya mungkin dia terlalu muda untuk itu. Dan dia mula fokuskan dirinya terhadap kerjaya. Memang tidak...