PTL 21

367 14 0
                                    

"Baiklah, saya rasa sampai sini sahaja perbincang kita. Sekiranya ada apa-apa masalah, boleh hubungi saya atau Encik Fuaz." Ujar Aisy, formal.

Bangun dari duduknya, diikuti juga dengan Encik Azlan.

"Baiklah, Cik Aisy. Seronok bekerja dengan cik, saya harap kita dapat bekerjasama lagi selepas ini." Ujar Encik Azlan, membalas.

"InsyaAllah." Ucap Aisy, menghadiahkan senyuman.

"Kalau macam itu, saya minta diri dulu." Ujar Encik Azlan sebelum berlalu pergi.

Aisy melabuh duduk semula, jus oren yang dipesannya sebentar tadi disisip.

Telefon berdering.

Butang hijau digelongsorkan ke tengah.

"Hello, assalamualaikum." Ucap Aisy sebaik panggilan dijawab.

"Waalaikumusalam, Ina. Kamu masih dekat Johor ke?"

"Haah, ada lagi dua hari Ina dekat sini. Kenapa?" Soal Aisy, kening betaut.

"Kamu dengan siapa dekat sana?"

"Mak lupa ke buat-buat lupa? Kan Ina dah cakap yang Ina datang dengan Rayyan." Ujar Aisy, pelik pula dengan ibunya itu.

"Rayyan tak bagitahu kamu apa-apa ke?"

"Tak, kenapa?" Makin berkerut kening Aisy jawabnya.

"Keluarga Rayyan datang masuk meminang kamu."

Tersedak angin Aisy dibuatnya.

"Mak biar betul? Dah tu, mak setuju ke?" Soal Aisy, meluru.

"Mestilah setuju. Puan Ramona sendiri yang kata kamu dah setuju, siap tunggu 9 tahun lagi. Lepas tu dia kata lepas kamu balik dari outstation, dia terus nak nikahkan kamu dengan Rayyan."

Aisy sudah tidak tentu arah ketika itu, tidak tahu apa reaksi yang perlu dilakukan.

"Ya Allah, mak." Ujar Aisy, tidak terkata lagi.

"Mak bukan apa, cuma abah kamu yang teruja sangat nak sambut menantu. Kamu bukannya tak tahu yang abah kamu berharap sangat yang kamu kahwin. Jadi mak tak naklah kecewakan dia. Dah dekat berpuluh orang kamu tolak pinangannya, takkan yang ini pun kamu nak tolak."

Aisy mengeluh panjang. Difikirkan balik, sudah banyak kali dia kecewakan ayahnya. Serba salah menyelubungi dirinya.

"Kalau itulah yang abah dan mak nak, Ina setujulah. Lagipun Ina bukannya tak kenal dengan si Rayyan." Ujar Aisy, pasrah.

"Baguslah kalau macam tu. Pasal persiapan semua jangan risau, biar mak dan abah je yang sediakan. Nanti kamu balik cuma tinggal nikah je."

Aisy mematikan panggilan.

Lantas tas tangannya dicapai, lalu memecut ke tingkat di mana biliknya dan bilik Rayyan berada.

Pintu bilik Rayyan diketuk bertalu.

Rayyan membuka pintu.

"Yang kau ketuk pintu bilik aku macam dah nak roboh ni dah kenapa? Ada perang dunia ketiga ke?" Ujar Rayyan, menyoal Aisy.

"Awak tahu tak yang bonda awak masuk meminang saya?" Ujar Aisy, meluru.

"Tahu."

"Mak saya setuju awak tahu tak?" Ujar Aisy, lagi.

"Tahu."

"Awak kata bonda awak cuma bergurau, ini apa?"

"Tengok muka bonda aku macam dia bergurau ke?" Ujar Rayyan, selamba.

✓ Protect The Love Where stories live. Discover now