PTL 31

358 14 0
                                    

Aisy melangkah keluar daripada lif, matanya melekat pada telefon. Memeriksa email yang masuk. Tanpa sengaja dia terlanggar seseorang semasa menapak keluar daripada bangunan tempat kerjanya.

"Sorry, sorry...saya tak sengaja." Aisy meminta maaf berkali, kemudian dia mengangkat wajah, memandang gerangan yang dilanggarnya.

"Daniel. Aku ingat kau dah berhenti kerja, dah dekat sebulan aku tak nampak kau." Ujar Aisy, terkejut juga melihat kehadiran lelaki itu.

"Kenapa? You rindu dekat I ke?" Ujar Daniel, Aisy membuat muka jijik.

"Tak, sikit pun tak."

"Mana boleh I berhenti kerja, nanti macam mana I nak tengok you. One more thing you must know, that I'll never let you go." Ujar Daniel, mengelus rambut Aisy.

Aisy menepis tangan Daniel kasar.

"Tak payahlah nak sentuh bagai, ada juga makan penyepak free karang. Lagi satu kau kena ingat, aku isteri orang, tak ada gunanya kau tunggu aku, buang masa saja." Ujar Aisy, kasar.

"Kesian kau, beria cakap yang kau isteri orang, tapi laki kau menggatal dengan perempuan lain. Lagi-lagi perempuan tu exgirlfriend dia sendiri." Ujar Daniel, tersenyum jahat. Panggilan juga terus diubah serta merta.

"Kau tak payah nak tuduh laki aku yang bukan-bukan."

"Aku tak menuduh, kau tengoklah sendiri laki kau dengan siapa sekarang." Ujar Daniel, menunjuk ke arah Rayyan yang sedang berbual dengan Elena.

"Kau tak nampak ke? Rayyan dan Elena hanya berbual biasa saja, mana ada menggatal." Ujar Aisy, cuba melawan perasaan.

"Ikut kaulah, aku tak paksa kau percaya aku. Cuma itulah, Elena bekas kekasih Rayyan, berbual mesra sangat. Tak mustahil perasaan suka boleh mula berputik semula. Think about it." Ujar Daniel, berlalu pergi.

Aisy menggeleng kepala, perasaan dan pemikiran negatif cuba dilawan.

Aisy melangkah ke arah suaminya dan Elena.

"Eh, bee. Kenapa lambat sangat keluar? Lama hubby tunggu." Ujar Rayyan, dari posisi menyandar di kereta, dia terus berdiri tegak.

Senyuman paksa diukir di bibir Aisy.

"Sorry, tadi bee siapkan kerja sikit." Ujar Aisy, pendek.

"Oh, I'll get going first. Its nice to see and talk to you again, Rayyan." Ujar Elena, Rayyan hanya tersenyum.

Aisy hanya memandang dingin mereka berdua. Tanpa berlengah, terus dia masuk ke dalam perut kereta.

"Kenapa bee tak cakap yang Elena bekerja sekali dengan bee?" Ujar Rayyan, mempersoal.

"Penting ke untuk hubby tahu?" Ujar Aisy, tidak langsung memandang ke arah Rayyan.

"Are you jaelous right now?" Ujar Rayyan, mencuit dagu isterinya itu.

Aisy berdecit.

"Dah kalau suami kita berbual mesra dengan bekas kekasih dia, siapa saja yang tak cemburu?" Ujar Aisy, memeluk tubuh.

"Honeybee, you don't have to worry about it, I'm not going to like her back." Ujar Rayyan, meyakinkan Aisy.

"Kononnya, nanti dah rapat-rapat, isteri sendiri pun lupa. Malaslah nak dengar kata-kata manis, bukannya selalu betul pun." Ujar Aisy, menjeling.

"Takkan benda kecil pun bee nak cemburu?"

"Yes, I am jaelous. Bee nak merajuk, dan hubby kena pujuk. Sekarang bee nak tidur sekejap, penat. Nanti sampai cafè, kejutkan. Jangan tak kejut pula, nanti bee merajuk lagi lama. Dan lagi satu nak ingatkan, jangan lupa pujuk tau." Ujar Aisy, sungguh berterus terang tentang perasaannya.

✓ Protect The Love Where stories live. Discover now