Darwisya membancuh kopi di pantri sendirian, malas hendak keluar untuk makan tengah hari. Jauh dia mengelamun.
"Tak keluar lunch ke?" Tegur Aisy, sebaik sampai di pantri.
Darwisya tersentak, lamunan sudah habis berkecai.
"Tak, aku malas. Kau tak keluar lunch pula dengan laki kau? Almaklumlah, sekarang orang tu dilamun cinta." Soal Darwisya, melabuh duduk di atas kerusi.
"Tak, Rayyan busy. Biasalah syarikat dia nak keluarkan produk baru. Hari ni aku halfday, jadi aku ingat nak lepak cafe Yuya. Kau nak join?" Ajak Aisy, Darwisya menyisip kopinya sebelum menjawab.
"Hmm, aku pun ikutlah. Lagipun, kita pun dah lama tak lepak sekali." Ujar Darwisya, rindu pula hendak buat dosa kering bersama.
"Kalau macam tu, aku tumpang kau sajalah. Aku tak ada transport, sebab tadi Rayyan yang hantar." Ujar Aisy, Darwisya mengangguk.
"Si Rayyan mana nak bagi kau pergi kerja sendiri, nanti ada saja mata yang memandang." Ujar Darwisya, menghabiskan sisa kopinya sebelum dibasuh cawan itu.
"Merepek."
Sedang mereka rancak berborak di pantri itu, Elena pula masuk ke ruangan itu. Aisy dan Darwisya memandang saja pergerakannya, membuatkan Elena tidak selesa.
Aisy yang perasan akan ketidakselesaan Elena itu mula serba salah. Kalau ya pun hendak berwaspada daripada Elena, tidak perlulah sehingga membuatkan dia tidak selesa.
"Nak bancuh air ke, Elena?" Tegur Aisy, cuba membuang rasa tidak senang yang bertapuk di hati Elena.
"Oh, ya. Nak bancuh air. Aisy nak ke? Elen boleh tolong buatkan, alang-alang nak tolong orang buatkan air, boleh bancuhkan sekali untuk Aisy." Ujar Elena, ramah.
Aisy menggeleng, menghadiahkan Elena senyuman.
"Nak bancuhkan air untuk siapa?" Soal Darwisya, sedikit kasar.
"Encik Fuaz."
"Kau jangan nak letak apa-apa pula dekat dalam air minuman dia." Ujar Darwisya, serkap jarang.
Aisy menendang kaki Darwisya, tegur akan kesilapan kata Darwisya itu.
"Sorry, kawan saya memang macam ni. Mulut tempayan sikit." Ujar Aisy, meminta maaf bagi pihak Darwisya.
"Oh, tak apa. Darwisya, awak tak perlulah risau. Saya takkan cuba pun nak perangkap Encik Fuaz, lagipun kalau bukan sebab dia terima saya bekerja di sini, entah mana saya merempat agaknya. Takkanlah saya nak perangkap orang yang dah tolong saya." Ujar Elena, tidak mahu disalah erti.
"Orang macam kau bukan boleh percaya, nampak saja baik. Kita bukan tahu yang kau fikir." Ujar Darwisya, tidak mahu kalah.
Aisy menampar kuat tangan Darwisya.
"Elena, kami gerak ke pejabat dulu ya. Jangam fikirkan sangat si Isya ni, dia ni pun tengah bermasalah." Ujar Aisy, menarik Darwisya keluar dari ruangan itu.
"Engkau mulut memang tak reti jaga, eh? Tak payah rasanya untuk kau cakap macam itu dekat dia. Dia ex laki aku, yang kau pula melebih dah kenapa?" Ujar Aisy, sedikit memarahi Darwisya.
"Aku bukannya apa, aku cuma tak nak dia ganggu rumahtangga kau. Aku tak nak kau jadi macam aku, rumahtangga aku sekarang tak macam dulu lagi. Sekarang aku dan Fahad tak pernah tak gaduh, even benda kecil." Ujar Darwisya, serba salah.
"Jangan risau tentang aku dan Rayyan, sekarang kau kena baiki dulu hubungan kau dan Fahad. Tak elok suami isteri bermasam muka." Ujar Aisy, menasihati.
YOU ARE READING
✓ Protect The Love
RandomAisy Darina - Gadis yang cintanya ditolak mentah-mentah semasa luahan kali pertama. Jadi dia tekad tidak mahu memikirkan lagi soal cinta kerana baginya mungkin dia terlalu muda untuk itu. Dan dia mula fokuskan dirinya terhadap kerjaya. Memang tidak...