Raisha memeluk tubuh, membuang pandangan ke luar tingkap. Rizwan yang memandu memandang isterinya sekilas. Kemudian dia memandang pasangan yang sedang lena tidur di tempat duduk belakang.
Bibir Rizwan mengukir senyuman. Raisha yang nampak seyuman yang terukir di bibir suaminya itu mula menjeling.
Geramnya aku. Dahlah dia sanggup drive dari KL ke Pahang semata-mata Aisy mahu balik ke kampung. Desis hati Raisha.
"Awak nak singgah R&R, tak? Kalau nak, abang boleh berhenti sekejap." Soal Rizwan, memandang isterinya.
"Tanya saya buat apa? Tanyalah Aisy, dia kan lagi penting dari saya." Ujar Raisha, tidak menjawab persoalan yang disoalkan.
"Awak ni kenapa? Asal abang cakap sikit, mulalah cari pasal. Sikit-sikit Aisy saja yang keluar daripada mulut awak. Apa masalah sebenarnya?" Soal Rizwan, ingin tahu.
"Saya yang ada masalah atau abang yang ada masalah? Semua masalah yang timbul sekarang berpunca daripada abang, bukan saya." Ujar Raisha, sikit pun tidak menjawab persoalan yang ditanya.
"Cuba bagitahu apa masalah? Barulah kita boleh selesaikan. Ini awak tak habis-habis menuduh tak tentu pasal." Ujar Rizwan, sekali lagi menyoal perkara yang sama.
"Jawapan ada pada abang. Abang tanyalah diri sendiri, saya malas lagi nak bercakap tentang hal ni." Ujar Raisha, malas.
Rizwan mengeluh panjang. Keadaan di dalam kereta itu sungguh hening.
"Wan..." Panggil Aisy, matanya separuh terbuka.
"Ya..." Sahut Rizwan, lembut.
Raisha yang mendengar semakin panas.
"Boleh tak kalau kau berhenti sekejap dekat R&R? Aku nak guna tandas." Pinta Aisy, dengan suara yang sedikit serak.
"Mestilah boleh, tapi dalam setengah jam lagi baru kita sampai. Kalau tak boleh tunggu, kita boleh berhenti dekat stesen minyak mana-mana. Kau nak?" Ujar Rizwan, Aisy menggeleng kecil.
"Tak payah, aku boleh tunggu." Ujar Aisy, kembali memeluk erat tubuh suaminya yang masih lena diulit mimpi.
"Okay..."
Raisha semakin panas, luar dan dalam.
Tadi bercakap dengan aku bukan main lagi, tak ada pula nak lembut macam dia bercakap dengan Aisy. Gumam Raisha.
♧♧♧
"Assalamualaikum..." Seseorang memberi salam dari luar rumah.
Terbantut pula Yuria yang baru hendak meminum teh. Kemuadian dia memandang ke arah Elena yang berada di sebelahnya.
Mereka berdua saling membala pandangan.
"Siapa?" Soal Elena, Yuria mengangkat bahu.
Yuria berjalan ke arah tingkap, langsir diselak sedikit untuk melihat gerangan yang bakal menjadi tetamunya.
Matanya terbeliak. Lantas langsir ditutup semula.
"Elen, kau pergi naik atas sekarang. Isya datang." Yuria mengarah, kelam-kabut.
YOU ARE READING
✓ Protect The Love
DiversosAisy Darina - Gadis yang cintanya ditolak mentah-mentah semasa luahan kali pertama. Jadi dia tekad tidak mahu memikirkan lagi soal cinta kerana baginya mungkin dia terlalu muda untuk itu. Dan dia mula fokuskan dirinya terhadap kerjaya. Memang tidak...