"Raisha dengan Rizwan dah halal, kau dengan Fahad bila lagi?" Aisy menyoal kepada Darwisya, nada mengusik.
"Aku kan dah kata, selagi kau dan Yuya tak ada pasangan, aku takkan kahwin." Jawab Darwisya, membetulkan mask yang melekat di muka.
"Buat apa nak tunggu kami yang single ni? Nak kahwin, kahwinlah. Kami tak kisah pun, asal kau bahagia. Itu pun dah cukup untuk kami." Ujar Yuria, menyikat rambut Aisy.
"Betul tu. Takkanlah kalau kitorang sampai umur dah masuk 3 siri pun kau nak tunggu. Kalau betul si Fahad tu jodoh kau, then kahwin. Manis lagi cinta halal, bahagia dia tak boleh bawa bincang. Lagi-lagi bila orang yang kau pilih tu memang dah tertulis untuk jadi pembimbing kau, inyaAllah bahagia dunia akhirat." Ucap Aisy berjela, Yuria dan Darwisya hanya memasang telinga.
Aisy bila bercakap tentang soal yang serius, automatik dia akan jadi matang.
"Memanglah, tapi tak adil untuk kau dan Yuria. Takkanlah aku bahagia sendiri, itu bukan sisters namanya. Aku yakin jodoh korang dah dekat, percayalah." Ujar Darwisya, yakin.
"Mana kau tahu? Sejak bila pula kau jadi ahli nujum?" Soal Yuria, tidak percaya.
"Naluri seorang sisters, tak percaya sudah." Ujar Darwisya, melelapkan mata.
"Merepek betul minah seekor ni. Mak aku sendiri tak pernah guna naluri ibu dia nak sense jodoh aku dah sampai ke belum. Nampak macam dia pula lagi power dari mak aku." Kata Aisy, menepuk Darwisya yang terbaring itu menggunakan bantal.
"Tidur lagi baik, dahlah penat. Better Raisha bayar kita lebih, tetamu yang datang bukannya sikit. Kita juga yang melayan, jenuh aku." Ujar Yuria, mengomel.
"Tak elok buat kerja tak ikhlas." Ujar Aisy, rajin pula bertaskirah.
"Diam, tidur." Ujar Darwisya, mencelah.
♧♧♧
Rayyan memutuskan talian, dia mengeluh panjang.
"Kenapa, bro?" Soal Fahad, melabuh duduk di sebelah Rayyan.
"Elena." Jawab Rayyan, sepatah. Fahad yang mendengar mula berkerut kening, tidak faham dengan jawapan itu.
"Kawan mesra dia." Amsyar menjawab, menarik kerusi di meja kerja itu sebelum melabuh duduk di atasnya.
"Kawan? Then why is he acting like this? Don't tell me it's his girlfriend." Fahad menyoal, gelabah.
"Tak, jangan risau. Aku dengan Elena memang tak ada apa-apa. Cuma itulah, dia yang anggap aku lebih dari seorang kawan." Jawab Rayyan, keluhan dilepaskan.
"Dah kalau kau layan dia macam she's your girlfriend, memanglah dia fikir yang kau dan dia ada hubungan yang spesial." Ujar Amsyar, tidak suka dengan perangai Rayyan yang satu itu.
"Seriously? Kau buat benda yang sama dekat perempuan lain juga? Bila kau nak berhenti bagi harapan palsu dekat orang, kau tahu tak yang kau dah hancurkan hati ramai perempuan?" Ujar Fahad, pasrah.
"Berhenti apa? Aku layan dia sama macam aku layan korang, apa salahnya lagi? I don't understand girls, seriously." Kata Rayyan, pening. Serabut memikirkan soal cabarannya dengan ibunya, soal Aisy dan soal Elena serentak dalam satu masa.
"Hati perempuan lembut, Rayyan. Perempuan ni nak disayang dan bila dia rasa yang kau sayang dia, tak mustahil untuk dia jatuh hati pada kau." Beritahu Amsyar, sedaya upaya.
"Kau tak bolehlah terus menerus bagi harapan pada dia, lepas tu kau cakap yang kau layan dia sebagai seorang kawan. Fake hope is hurts." Sambung Fahad, menasihati Rayyan.
"It's better then giving her a fake love, it'll hurts her more. I can't force myself to love someone that I never loved. So I just said the truth, there's nothing more than friend between me and Elena." Ujar Rayyan, menyatakan apa yang dia rasa.
"Memang betul apa yang kau kata, lagipun nak menyesal sekarang pun dah tak guna. Cuma aku harap yang kau tak bagi lagi harapan pada perempuan, lagi-lagi bila kau dah dapat Aisy." Ujar Fahad, memberi nasihat.
"Aisy is special case. I think I'm not giving her a fake hope this time." Ujar Rayyan, jujur.
"What do you mean by that? Are you fallen in love with her already? When? How?" Amyar menyoal, bertubi.
"Yang kau gelabah semacam dah kenapa? Kau suka dekat Aisy ke?" Fahad pula menyoal, pelik dengan tingkah Amsyar.
"Memang taklah, aku cuma excited je." Jawab Amsyar, menggosok belakang tengkuknya.
"Bukan sebab aku jatuh cinta ke apa dekat Aisy. Cuma aku memang perlukan dia dan dia je pilihan yang terbaik aku ada." Jawab Rayyan, tidak pasti sama ada apa yang keluar dari mulutnya itu benar atau tidak.
"Lepas kau dah guna dia, kau nak buat apa? Dump her like before?" Amsyar menyoal, tidak mahu pisang berbuah dua kali.
"Mungkin ya, mungkin tak." Jawab Rayyan, berbelah bahagi.
"You better not." Ujar Fahad, memberi amaran.
♧♧♧
Raisha menyapu losyen di bahagian tangannya yang terdedah. Biasan suaminya yang terbaring di katil sambil bermain telefon dilihatnya.
"Abang tak rasa ke yang Aisy dan abang Rayyan tu macam sepadan? Cute je saya tengok." Ujar Raisha, membuka topik untuk berbual.
"Lagi comel bila Aisy dengan abang." Ujar Rizwan, mengusik.
"Abang pernah rasa tak kena penampar malam pertama?" Soal Raisha, menapak ke katil.
"Dengan Aisy pun nak jaelous. Dia cuma sepupu abang je, dah macam adik dah pun." Ujar Rizwan, memastikan hubungannya dengan Aisy.
"Aisy dengan saya seumur, mestilah rasa insecure. Lagi-lagi bila abang rapat sangat dengan Aisy." Ujar Raisha, meluah rasa tidak selamat.
"Aisy bukan orang yang macam tu, dia tak ambil hak orang." Ujar Rizwan, menegur perangai sangka buruk isterinya itu.
"Bukan niat saya nak sangka buruk, cuma itulah mungkin saya penat. Itu yang fikir bukan-bukan." Kata Raisha, membaringkan diri.
"Kalau macam tu tidur, tak elok fikir buruk pasal orang." Ujar Rizwan, Raisha hanya mengangguk sebelum melelapkan mata.
●●●
YOU ARE READING
✓ Protect The Love
RandomAisy Darina - Gadis yang cintanya ditolak mentah-mentah semasa luahan kali pertama. Jadi dia tekad tidak mahu memikirkan lagi soal cinta kerana baginya mungkin dia terlalu muda untuk itu. Dan dia mula fokuskan dirinya terhadap kerjaya. Memang tidak...