Aisy merengangkan jari kakinya, rasa kebas pula sudah dekat sebulan pakai simen di kaki. Seronok pun ada, sebab lepas ini dia tidaklah menyusahkan suaminya itu. Faham yang Rayyan tidak selalu lapang untuknya.
Maklumlah, sibuk sangat dengan pelancaran produk baru yang akan berlangsung pada akhir bulan itu. Yuria pun pasti gembira sebab Amsyar akan balik ke Malaysia untuk majlis perlancaran itu nanti.
Banyak sungguh berita gembira pada bulan itu. Mana dengan Rizwan dan Raisha hendak mendapat cahaya mata sulung? Mana Elena dan Encik Fuaz hendak berkahwin lagi?
Cantik sungguh susunan jalan hidup mereka.
"Kaki Puan Aisy tidak ada apa-apa kecederaan dalaman yang serius, tapi saya sarankan jangan terlalu banyak lakukan pekerjaan yang berat dalam dua ke tiga minggu ni. Jangan banyak sangat pergerakan, kita takut nanti akan menyebabkan kecederaan lain pula. Jadi, lepas tiga minggu nanti, Puan Aisy perlu buat check-up untuk kali terakhir." Ujar doktor, panjang lebar penjelasannya.
"Baiklah, doktor. Kalau tak ada apa-apa lagi, kami minta diri dululah." Ujar Rayyan, meminta diri.
"Eh, sebaiknya Encik Rayyan tolong papahkan Puan Aisy keluar. Sebab simen baru saja dibuka, jadi kaki dia masih belum sepenuhnya menampung berat Puan Aisy." Ujar doktor, berpesan.
Rayyan menyuakan lengannya untuk isterinya itu. Aisy memegang kuat lengan Rayyan, perlahan berjalan keluar daripada bilik itu.
"Nak berjalan pun orang papahkan, ini lagi nak kerja. Entah apalah yang ada pada kerja dia, sampai tak nak berhenti." Ujar Rayyan, mula membebel pasal benda yang sama.
"Hubby tak penat ke asyik cakap pasal benda yang sama? Tak berbuih ke mulut?" Ujar Aisy, sengaja.
"Bee tak rasa berat ke kepala, asyik bawa batu saja? Tapi itulah, manalah nak rasa beratnya kalau dah memang terbiasa bawa, kan?" Balas Rayyan, sakarstik.
Aisy mengetap bibir, geram pula rasanya. Padas juga sindiran suaminya itu.
"Orang tanya main-main saja, itu pun dah kena sindir. Yalah, untuk hubby yang tercinta, bee sanggup berhenti kerja. Puas hati?" Ujar Aisy, terkejut Rayyan dibuatnya.
"Biar betul ni, bee?"
"La, dengar macam tak betul ke?"
"This is why I love you so much." Ujar Rayyan. Aduh, cair pula si Aisy yang mendengar.
"How did much you love me?" Soal Aisy, bersahaja.
"This much." Rayyan bertindak mengangkat tubuh kecil isterinya itu, dipusingkan di tengah hospital itu.
"Ah, hubby! Turunkanlah, malu orang tengok." Aisy menepuk bahu Rayyan.
"La, tadi tanya berapa banyak orang sayang dekat dia. Bila dijawab, suruh turunkan pula." Ujar Rayyan, menurunkan Aisy.
"Kut ya pun, inikan hospital. Agak-agaklah, buat malu keturunan saja." Ujar Aisy, menutup mukanya. Malu yang amat.
Rayyan tergelak melihat gelagat Aisy itu.
♧♧♧
Elena terfikir dua tiga kali, sama ada patut atau tidak untuk dia turun dari kereta itu. Perasaannya bercampur baur ketika itu, rasa bersalah ada, rasa macam dirinya itu anak derhaka pun ada.
"Kenapa tak turun lagi?" Soal Encik Fuaz, melihat pada Elena yang berada di sebelahnya itu.
"Tak boleh ke kita kahwin saja? Perlu ke kita jumpa dengan mama? Yang nak kahwin saya, bukannya mama." Ujar Elena, sebolehnya dia tidak mahu berjumpa dengan ibunya itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
✓ Protect The Love
SonstigesAisy Darina - Gadis yang cintanya ditolak mentah-mentah semasa luahan kali pertama. Jadi dia tekad tidak mahu memikirkan lagi soal cinta kerana baginya mungkin dia terlalu muda untuk itu. Dan dia mula fokuskan dirinya terhadap kerjaya. Memang tidak...
