Laju sahaja Darwisya menapak masuk ke arah wad di mana Aisy ditempatkan. Yuria pula yang tercungap mengejar sahabatnya itu.
"Ya Allah, Isya. Sabarlah, apa benda yang kau laju sangat ni? Kau pernah menang larian marathon ke dulu?" Ujar Yuria, turut melangkah laju mengejar Darwisya.
"Aku risau, dahlah aku lambat tahu." Ujar Darwisya, kini berada betul-betul di hadapan bilik wad Aisy.
Dia baru memegang tombol pintu, niat untuk menolak pintu itu terbantut seketika apabila dia terdengar perbualan Aisy dan Rayyan yang seakan bertengkar kecil.
Yuria yang menonong saja itu terlanggar belakang Darwisya.
"Aduh, hidung aku. Yang kau dah kenapa terpacak depan ni, dah tak reti nak masuk ke?" Ujar Yuria, menggosok hidungnya untuk menghilangkan sedikit rasa sakit.
"Shh..." Darwisya mengarah Yuria untuk berdiam, berusaha hendak mendengar perbualan suami isteri itu.
"Apa yang susah sangat? Hubby cuma suruh bee berhenti kerja saja pun. Apa masalahnya? Hubby boleh saja tanggung makan pakai bee." Ujar Rayyan, dari dalam bilik.
"Bee dah kata yang bee tak nak, kan? Apa yang susah sangat hubby nak faham? Itulah tempat bee hilangkan rasa bosan selama ni. Itu jugalah tempat bee nak lupakan hubby lapan tahun lepas. Fikir senang ke untuk bee tinggalkan semua tu." Ujar Aisy, berdegil.
"Sebab tempat itu jugalah bee jadi macam ni. Seronok sangat ke sakit macam ni? Entah-entah, bukan si Daniel seorang saja yang ada niat buruk dekat bee." Ujar Rayyan, serkap jarang.
"Boleh tak hubby jangan fikir yang bukan-bukan? Tak baik, tahu tak?"
"Memang kenyataan, bukannya menuduh tak tentu pasal."
"Salah bee juga, siapa suruh bee bagi dia harapan terlalu lama? Macam hubby juga, pernah bagi harapan dekat bee. Tapi bee sedar yang bee bukan sesiapa untuk hubby dulu. Jadi bee undur diri. Daniel pula terlalu menaruh harapan, itu yang dia jadi macam itu. Perasaan dia terganggu sebab dia tak pandai kawal." Ujar Aisy, panjang lebar.
"Yang bee bela dia sangat dah kenapa? Sampai nak ungkit bagai pasal hal lama." Ujar Rayyan, tidak puas hati apabila isterinya itu menyebelahi orang lain.
"Bee bukannya ungkit, cuma bee nak hubby tahu yang semua orang buat silap. Hubby silap sebab terlalu bagi harapan pada bee dulu, macam itu jugalah bee. Kita hidup tak boleh selalu nak memberi harapan pada orang, kalau tidak inilah jadinya." Ujar Aisy, menerangkan.
"Hubby tak kira, untuk keselamatan bee, you need to quit your job." Ujar Rayyan, muktamad.
"Bee tak nak, hubby buatlah apa pun, bee tetap nak bekerja." Ujar Aisy, degil.
"Kerjalah, hubby nak juga tengok macam mana bee nak kerja dengan keadaan yang macam ni." Ujar Rayyan, terus melangkah keluar.
Terkejut Darwisya dan Yuria yang terpacak di luar itu, sudahlah curi dengar perbualan orang. Yuria lagilah takut bila teringat bagaimana barannya Rayyan tempoh hari.
Dalam hati Yuria, berharap sangat yang dia dan Darwisya tidak dimarah.
"Yang kau dengan Yuria terpacak dekat sini buat apa? Dah tak reti nak masuk ke?" Ujar Rayyan, dingin.
Yuria menelan kesat air liurnya.
"Nak masuklah ni." Ujar Darwisya, menarik Yuria masuk.
Rayyan pula melangkah pergi dari situ.
"OMG! Aisy, kau okay tak? Kau tahu tak yang aku risau gila dekat kau? Sudahlah aku baru dapat tahu pasal hal ni. Ya Allah, macam mana boleh jadi macam ni? Ini kalau aku dapat si Daniel ni, aku kerat dia 14." Ujar Darwisya, membebel.
ANDA SEDANG MEMBACA
✓ Protect The Love
DiversosAisy Darina - Gadis yang cintanya ditolak mentah-mentah semasa luahan kali pertama. Jadi dia tekad tidak mahu memikirkan lagi soal cinta kerana baginya mungkin dia terlalu muda untuk itu. Dan dia mula fokuskan dirinya terhadap kerjaya. Memang tidak...
