Aisy dengan panas hatinya melangkah masuk ke dalam bilik, pintu dihempas kuat. Kemudian dia menghempas badannya pada birai katil.
Sakitnya hati!
Telefonnya yang diletakkan di atas kabinet itu berdering. Panggilan itu dijawab kasar.
"Hello! Nak apa?"
"Ganas betul yang menjawab. Kau dah kenapa?" Ujar Yuria, dari corong telefon itu.
"Sakit hati! Rasa macam nak kerat-kerat saja badan orang."
"Siapa pula yang minta dikerat ni? Aduh! Macam-macan hal betul."
"Siapa lagi kalau bukan si Rayyan anak Luth Mokhtar? Kerja dia nak buat aku sakit hati saja."
"Apa yang dia buat?"
"Dia boleh lupa our first year anniversary. Lepas tu, boleh pula dia dengan selamba badaknya ajak aku jumpa klien dia malam ni. Banyak kerja yang nak dibincangkan. Like seriously, busy at our first year anniversery night. Argh! Sakitnya hati aku."
Aisy mengadu dengan high-pitch.
"Macam mana pula dia boleh lupa? Elok saja dia tolong Amsyar siapkan surprise untuk melamar aku semalam. Ini dia boleh pula lupa anniversary dia. Pelik-pelik betul perangai laki kau."
"Amsyar dah lamar kau?! And Rayyan tolong siapkan semua persiapan! Dan sekarang dia lupa anniversary dia sendiri!"
Yuria yang mendengar mula menjauhkan sedikit telefon itu daripada telinganya. Tangannya mula menggosok telinganya, berdesing.
"Ya Allah, mahu pekak telinga aku nanti. Biasalah, lelaki mana nak ingat tarikh-tarikh macam ni. Bukannya penting sangat pun, banyak lagi kerja yang perlu dia fikirkan."
"Kau sikit pun tak membantu aku sejukkan hati yang panas ni, Yuria."
"Memang tak nak bantu pun. Aku call kau bukannya nak jadi peti ais untuk hati kau."
"Dah tu? Apa motif kau call aku? Nak menyakitkan hati aku?"
"Aku call kau sebab nak bagitahu berita gembira yang aku dah dilamar untuk jadi isteri Amsyar. Tapi belum sempat aku nak bagitahu, kau dah sound dulu."
"Argh! Banyaklah kau punya berita gembira, aku dekat sini tengah sakit hati."
Yuria hanya mampu tergelak saja. Garang bethul!
Mahu terkencing anak Raisha kalau dengar si Aisy meroyan.
"Pukul berapa kau nak teman si Rayyan jumpa klien dia?"
Aisy mengerling jam dinding.
"Dalam sejam lagi."
"Kalau macam tu pergilah bersiap, yang kau meroyan dekat aku buat apa? Bukan pecah gegendang telinga aku saja."
"Itu pun nak marah! Malaslah layan kau! Bye!"
Terus Aisy mematikan panggilan.
---
Yuria melihat skrin telefonnya itu, berkerut kening. Kemudian menggeleng kepala.
"Marah bethul minah ni."
Itu saja yang keluar dari mulutnya.
♧♧♧
Rayyan yang berada di luar bilik itu hanya mendengar saja aduan yang Aisy lakukan pada Yuria. Nak tergelak, tapi ditahan. Takut pula Aisy dengar.
ANDA SEDANG MEMBACA
✓ Protect The Love
RandomAisy Darina - Gadis yang cintanya ditolak mentah-mentah semasa luahan kali pertama. Jadi dia tekad tidak mahu memikirkan lagi soal cinta kerana baginya mungkin dia terlalu muda untuk itu. Dan dia mula fokuskan dirinya terhadap kerjaya. Memang tidak...
