PTL 12

427 22 2
                                        

Yuria menahan geram, melihat tajam ke arah Amsyar yang sibuk dengan telefonnya.

Amsyar yang perasan dirinya ditenung akhirnya mendongak, melihat Yuria sedan memandangnya.

"Kau pahal tengok aku macam tu?" Amsyar bersuara, tidak selesa dipandang begitu.

"Mak suruh kau ikut aku sebab nak kau tolong aku angkat barang, bukan jadi patung cendana bergerak." Jawab Yuria, geram.

"Dah kalau rasa nak minta tolong, jadi mintalah." Amsyar melawan, memeluk tubuh.

"Ada mata tengok, pandai-pandailah faham. Otak ada guna, fikir orang perlu ke tidak pertolongan." Jawab Yuria, tidak mahu kalah.

"Kau ni ada masalah ke dengan aku? Banyak sangat ke masalah kau dengan aku? Cuba cakap, kau fikir elok sangat ke perangai macam ni." Ujar Amsyar, tidak puas hati.

"Mamat katak ni boleh buat tak tahu pula, kalau aku sekeh kepala dia ni ada juga karang." Yuria tidak menjawab, mengetap gigi menahan geram.

"Mamat katak kau panggil aku, hello nama aku Syed Amsyar. Nama punyalah baik parents aku bagi, ikut suka opah kau je nak tukar. Nama elok, rupa tuan punya nama pun elok. Bukan macam kau, minah senget." Ujar Amsyar, sengaja menaikkan api kemarahan Yuria.

"Parents aku bagi nama lagi elok, okay. Yuria Jasmina, ikut suka hati otak biul kau je nak panggil aku minah senget. Sejak bila pula kau buat surat beranak aku. Sengal abadi betullah kau ni. Itulah kecil-kecil main dengan katak banyak sangat, dah besar menyusahkan orang." Lawan Yuria, lepas geram.

Belum sempat Amsyar ingin membalas, salah seorang pekerja di supermarket itu menegur.

"Encik dan cik ada masalah ke?" Tegur pekerja itu, sopan.

"Eh, tak ada masalah. Cuma dekat sini ada lalat besar, bising sangat." Ujar Amsyar, memerli Yuria.

"Lalat?" Pekerja itu menyoal, tidak faham.

"Tak ada apa-apa. Cik boleh sambung buat kerja balik." Amsyar berkata, pekerja itu menunduk sedikit sebelum menyambung kerja yang tergendala.

"Lalat kau panggil aku?" Yuria menyoal, mengetap gigi menahan api kemarahan.

"Cepatlah, kau nak aku tolong apa? Gaduh lama-lama dekat sini, bukannya dapat apa-apa faedah pun. Lagi-lagi bila gaduh dengan kau, buat bazir air liur aku je. Kau nak aku tolong angkat plastik ni, kan? Okay, dah tak ada barang lagi kau nak beli, kan? Jom balik, muak pula aku tengok muka." Ujar Amsyar sebelum melangkah pergi ke parking lot, meninggalkan Yuria yang sudah berapi itu.

-

Yuria masuk ke dalam perut kereta, pintu dihempas kuat.

"Roboh juga pintu kereta ni." Ujar Amsyar, selamba.

"Kesian betul aku dengan isteri kau nanti, dapat suami kerek macam kau." Ujar Yuria, menjeling tajam Amsyar.

"Lagi kesian dekat suami kau nanti, dapat isteri mood swing macam kau ni." Amsyar melawan, tidak mahu kalah.

"Diamlah kau." Ujar Yuria, dan dengan itu keadaan di dalam kereta mula senyap.

♧♧♧

"Apa yang spesial sangat tempat ni, sampai kau suka sangat datang sini?" Rayyan menyoal, membuka topik perbualan.

Aisy menoleh ke arah Rayyan yang sedang menikmati pemandangan di pantai itu.

"Sebab tempat ni tenang, tak serabut otak kalau datang sini." Aisy menjawab, senyuman terukir di bibirnya.

"Tak ada sebab lain daripada tu?"

"Ada. Pantai ni ialah tempat yang paling banyak kenangan manis saya dengan orang yang saya sayang." Ujar Aisy, senyumannya makin lebar.

"Siapa orang yang beruntung dapat create sweet memories dengan kau tu? Mana dia sekarang?" Soal Rayyan, ingin tahu.

"Dia ada dekat sini, tengok kita dari jauh." Ujar Aisy, kemudian terdiam seketika.

"Siapa perempuan yang paling awak sayang? Don't get me wrong, saya tanya ni sebab mungkin awak dah ada orang bertahta di hati. Dan mungkin sebab itu jugalah awak tolak saya dulu." Ujar Aisy, langsung tidak memberi riak patah hati.

"Perempuan kedua yang aku paling saya ialah bonda aku, yang ketiga adik aku Raisha." Jawab Rayyan, mula bersila.

"Siapa yang pertama?"

"Rahsia. Nanti kalau ada masa aku bawa kau jumpa dia. Dia orang yang paling spesial dalam hidup aku." Ujar Rayyan, sengaja berahsia dengan Aisy.

"Siapa pula yang ada dekat hati awak?" Aisy menyoal, nada bersahaja.

"Ada, tapi kami ada masalah sikit. Kalau tak kami dah kahwin dah sekarang ni." Ujar Rayyan, menjawab soalan yang diberi.

"Baikilah hubungan awak secepat mungkin. Tak sabar nak tangok isteri awak nanti, mesti cantik." Ujar Aisy, teruja.

"Kita stop cakap pasal aku, sekarang ni aku nak bercakap pasal kau pula." Ujar Rayyan, memusing tubuhnya ke arah Aisy.

"Nak cakap pasal apa je?" Soal Aisy, keningnya bertaut.

"Siapa orang yang spesial kau cakap tadi?" Soal Rayyan, ingin tahu.

"Rahsia. Memandangkan esok hari terakhir kita dekat sini, saya akan bawa awak jumpa dia esok." Ujar Aisy, memeluk lututnya.

"Betul kau nak bawa aku jumpa dia?"

"Betul, janji." Ujar Aisy, jari kelingkingnya ditayang tanda dia berjanji.

"Okay kalau kau kata macam tu." Ujar Rayyan, selamba.

Seketika kemudian, Aisy bangun dari duduknya.

"Jom balik, dah nak senja ni." Ajak Aisy, Rayyan bangun.

Mereka berjalan beriringan sepanjang perjalanan pula ke rumah.

"Thanks." Ucap Rayyan, tiba-tiba.

"Kenapa pula?" Bertaut kening Aisy.

"Sebab sudi luangkan masa dengan aku, walaupun aku pernah patahkan hati kau. Aku betul-betul minta maaf pasal hal tu." Ujar Rayyan, bersalah.

"Saya kan dah cakap yang saya maafkan awak. Mungkin masa tu kita terlalu muda untuk fikirkan soal cinta, otak tak matang lagi. Tak ada siapa pun yang salah." Ujar Aisy, lembut.

Keadaan mula senyap seketika.

"Boleh tak awak jadi awak yang dulu? Perangai badboy awak, bukan saya tak suka awak yang sekarang. Cuma tak nampak macam diri awak, just be yourself. I don't mind at all." Ujar Aisy, senyuman manis terukir di bibir.

Rayyan hanya mendiamkan diri.

Tidak tahu apa yang hendak dikata.

●●●

I know this is sucks, but I've tried my best. Hope you like it...

✓ Protect The Love Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang