Aisy menanggalkan cermin matanya, memicit keningnya. Kepala dilentok ke kiri dan kanan, tangannya direnggang.
"Itulah kau, sibuk nak bawa kerja. Benda cuti, rehatlah." Ujar Yuria, baru masuk ke dalam bilik.
"Kalau aku tak siapkan kerja ni, siapa lagi nak siapkan? Kau?" Kata Aisy, menoleh ke arah Yuria.
"Yelah, Aisy. Aku malas nak cakap lebih, kau bukan nak dengar cakap aku pun. Baik aku tidur, lagi best." Yuria berkata, mula memejamkan matanya.
"Tak suruh pun kau bercakap dengan aku." Ujar Aisy, tapi tidak dilayan oleh Yuria kerana dia telah lena diulit mimpi.
Aisy menyambung semula melakukan kerjanya semula.
Seketika kemudian, dia mengerling jam yang terpapar di komputer ribanya.
2.30 pagi
Aisy menutup komputer ribanya, bangun dari duduknya. Direnggangkan tubuhnya, kemudian dia menapak ke almari. Kardigen diambil dan disarung pada tubuhnya.
Barulah dia mula menapak keluar dari biliknya.
Sampai saja di pintu gerbang ke dapur, dia ternampak seseorang terbongkok-bongkok seakan mencari sesuatu.
"Siapa pula dah tu?" Aisy berbisik sendiri, dilihat semula susuk itu.
"Rayyan." Aisy menjawab sendiri, menyambung semula langkahnya.
"Awak buat apa ni?" Aisy menyoal, Rayyan mendongak.
"Sejak bila kau tukar balik panggilan kau dekat aku ni?" Lain yang ditanya, lain pula yang dibalas.
"Kenapa? Nak saya tukar balik ke panggilan saya dekat awak?" Aisy menyoal, sinis.
"Tak. Aku suka kau panggil aku macam ni." Rayyan menjawab, jujur dan tidak teragak-agak.
Aisy beracah seperti tidak mendengar apa yang dikatakan Rayyan.
"Awak cari apa tadi?" Aisy menyoal semula, meminta jawapan.
"Aku nak buat susu, tapi tak ada air panas pula." Jawab Rayyan, digosok belakang tengkuknya.
"Kita dekat kampung, jadi kalau nak air panas kena jerang. Ada faham?" Aisy membalas, cerek dikeluarkan dari kabinet. Kemudian diletakkan di atas dapur.
"Kenapa tak nak-
"Tak, sebab mak tak suka benda yang dah memang tersedia. Dia suka buat semua benda dengan tangan dia sendiri." Aisy memotong kata Rayyan, tahu apa yang mahu Rayyan katakan.
"Oh..." Jawab Rayyan, melarat.
Aisy memasukkan air ke dalam cerek, api dibuka. Kemudian dia menarik kerusi sebelum melabuh duduk.
Rayyan turut melabuh duduk berhadapan dengan Aisy.
"Aku minta maaf." Ujar Rayyan, meluru.
"Untuk?" Tanya Aisy, pelik.
"Sakitkan kau. Aku betul-betul minta maaf, aku tak sepatutnya buat macam tu dekat kau." Rayyan menjawab, nada kesal terselit.
"Benda dah lama, 9 tahun dah pun. Tak payahlah nak ingat balik, lagi pun saya dah maafkan awak dah pun. Life must go on, lagipun I've move on." Jawab Aisy, tersenyum.
"Move on? Kau betul-betul dah move on ke?" Rayyan menyoal, tidak keruan.
"Mestilah, takkan nak stuck dengan kenangan lama pula." Aisy menjawab, tergelak kecil.
"Look, Aisy, aku betul-betul menyesal sebab tak terima kau dulu. Tapi sekarang, aku dah nekad nak kahwin dengan kau." Ujar Rayyan, beria-ia.
Baru sahaja Aisy hendak menjawab, cerek pula berbunyi. Api dipadam, dua cawan diambil.
Air panas dituang ke dalam cawan itu. Air susu dibuat, tiada seorang pun yang membuka mulut.
Air yang telah dibancuh diletakkan di hadapan Rayyan. Baru sahaja Aisy hendak melangkah ke biliknya semula, namun langkah terhebti apabila namanya dipanggil.
"Aisy, aku nak tanya sesuatu." Ujar Rayyan, Aisy menoleh semula ke arah Rayyan.
"Apa dia? Cepatlah, saya nak tidur. Esok nak kena bangun awal." Beritahu Aisy, masih berdiri di situ.
"Duduklah." Arah Rayyan, Aisy hanya menuruti.
"Contoh, kalau ada orang lamar di khalayak ramai, kau terima tak?" Meluru Rayyan menyoal.
"Hmm...saya terima kut, itu pun kalau saya kenal dia. Lagipun kalau saya tak terima, nanti dia malu. Dahlah depan orang ramai dia lamar, takkan nak tolak." Jawab Aisy, menyisip air yang dibancuhnya.
"Oh, okay." Jawab Rayyan, berdiri dari duduknya.
"Itu je?" Soal Aisy, Rayyan mengangguk.
"Dah lambat, baik kau tidur, takut nanti terlajak pula. Goodnight." Ucap Rayyan sebelum melangkah ke biliknya.
"Kenapa dia tanya aku dengan soalan macam tu? Dah terkena kejutan budaya ke?" Aisy menyoal dirinya sendiri.
Malas mahu memikirkan tentang itu lagi, terus dia menutup suis lampu dapur dan melangkah ke biliknya sendiri.
♧♧♧
Darwisya masuk ke dalam kereta, tali pinggang dipasang.
"Kenapa awak lambat? Naik kertu saya tunggu awak, tahu tak?" Marah Darwisya, Fahad tersengih seperti kerang busuk.
"Saya bukan sengaja lambat, jam loceng tu yang buat hal." Jawab Fahad, mula memandu.
"Kalau kita tak sempat sampai sana, siap awak. Saya kerjakan cukup-cukup, bagi patah riuk tulang awak. Biar tidur selamanya." Ujar Darwisya, melepaskan geram.
"Alah, kita mesti sempat punya. Lagipun majlis tu mula pukul 1 petang, sekarang baru pukul 8.52 pagi." Jawab Fahad, Darwisya menjelingnya tajam.
"Diamlah, tak payah cakap banyak." Ujar Darwisya, masih marah.
Mana tidaknya, si Fahad itu memang tidak pernah tepat pada waktu. Janji pukul 7 pagi, sampainya pukul 8.52 pagi. Basah ketiak menunggu.
"Dinda, jangan marah-marah~ Takut nanti lekas tua~" Nyanyi Fahad, cuba memujuk Darwisya.
"Kalau lepas ni awak lambat lagi, biji mata awak, saya cungkil bagi anjing makan." Ujar Darwisya, ganas.
Fahad menelan air liurnya, kasar.
"Dah sedia dengan plan kita?" Ujar Fahad, cuba menaikan aura dalam situasi yang agak tegang itu.
"Dah, jangan risau. Si Rayyan tu, dah tanya ke apa yang kita suruh dekat Aisy?" Soal Darwisya, mengabaikan apa yang telah berlaku seketika tadi.
"Dah, dia kata everything is smooth. Jadi saya rasa kita boleh go on with plan A." Jawab Fahad, Darwisya mengangguk faham.
"Patut ke kita buat semua ni? Kalau betul diorang ada jodoh, tak perlulah kita rancang semua benda ni." Kata Darwisya, tiba-tiba.
"Memanglah, tapi kalau dua-dua lembab pasal perasaan sendiri, tak jadi juga. Kita juga kena tolong, kalau tak sampai bila-bila pun diorang still macam tu." Ujar Fahad, menyakinkan Darwisya.
"Saya harap ini yang terbaik untuk Aisy." Kata Darwisya, membaling pandangan ke luar.
"I'm sure we made a right decision, we'll never regret it." Ucap Fahad, yakin.
●●●

YOU ARE READING
✓ Protect The Love
RandomAisy Darina - Gadis yang cintanya ditolak mentah-mentah semasa luahan kali pertama. Jadi dia tekad tidak mahu memikirkan lagi soal cinta kerana baginya mungkin dia terlalu muda untuk itu. Dan dia mula fokuskan dirinya terhadap kerjaya. Memang tidak...