Yuria memakir kereta di perkarangan rumah keluarga Aisy. Matanya kemudian di alih kepada Aisy yang lena tidur di sebelahnya.
"Aisy, bangun. Kita dah sampai." Yuria mengejut Aisy, lengan sahabatnya itu digoyang.
Aisy merengek, matanya perlahan dibuka. Mata digosok untuk hilangkan rasa kantuk.
"Dah sampai?" Aisy menyoal dengan suara yang serak.
"Yelah, kau bangun sekarang. Nak sambung tidur, sambung dekat dalam." Ujar Yuria, membuka tali pinggang keledarnya sebelum menapak keluar dari perut kereta.
"Tunggulah aku." Ujar Aisy, juga menapak keluar.
---
"Siapa pula tu?" Puan Aisyah menyoal sendiri, dia melangkah ke pintu utama.
"Assalamualaikum, mak." Aisy memberi salam, membuka kasutnya.
"Waalaikumusalam, bila Ina sampai?" Puan Aisyah menyoal, bibirnya mengukir senyuman.
"Baru je." Jawab Aisy, menyalam tangan ibunya.
"Yuria, macam mana business kamu?" Puan Aisyah menyapa Yuria yang sedari tadi berdiam.
"Semua okay je. Kalau mak cik datang KL, jemputlah datang cafè saya." Yuria mempelawa, turut menyalam tangan Puan Aisyah.
"Berapa kali nak cakap, tak payah panggil mak cik, panggil je mak. Lagipun kamu kan kawan Ina." Puan Aisyah menegur, bibirnya tidak lekang dari senyuman.
"Yelah, mak." Ujar Yuria, tidak teragak-agak.
"Mak...boyfriend Ina mana?" Aisy menyoal, terbeliak mata Yuria yang mendengar.
"Mak yang ada depan mata tak nak pula dia tanya, nak juga tanya pasal boyfriend dia yang seorang tu." Puan Aisyah berkata, acah merajuk.
"Alah...ini dah nampak ni, elok je sihat." Aisy menjawab, tersenyum manis.
"Sejak bila Aisy ada boyfriend? Saya tak tak tahu pun." Yuria menyoal, bingung.
Aisy dan ibunya tergelak melihat kebingungan Yuria. Mereka melangkah masuk, melabuh duduk di ruang tamu.
Yuria mengerut kening, juga turut mengikut mereka
"Ina memang dari kecil lagi ada boyfriend. Sejak dari dalam perut mak lagi." Puan Aisyah menjawab, menambahkan lagi kebingungan Yuria.
"Macam mana pula tu?" Soal Yuria lagi, masih dengan wajah bingungnya itu.
"Nanti kamu tahu sendiri." Ujar Puan Aisyah, tidak menjawab persoalan yang diberi.
"Mak, mak cakap dengan siapa tu? Rancak je." Raisha menyoal, baru keluar dari dapur.
"Eh, Raisha. Bila Raisha sampai sini?" Aisy bertanya, senyuman diberi.
"Kelmarin lagi dah sampai." Raisha menjawab, melabuh duduk di sebelah Puan Aisyah.
"Datang dengan bakal suami ke?" Yuria mencelah, dengan intonasi mengusik.
"Kau ni, of course she comes with her future husband. Takkan nak datang apek jual sayur pula." Aisy menyampuk, tersipu Raisha dibuatnya.
YOU ARE READING
✓ Protect The Love
De TodoAisy Darina - Gadis yang cintanya ditolak mentah-mentah semasa luahan kali pertama. Jadi dia tekad tidak mahu memikirkan lagi soal cinta kerana baginya mungkin dia terlalu muda untuk itu. Dan dia mula fokuskan dirinya terhadap kerjaya. Memang tidak...