Aisy merebahkan tubuhnya di atas sofa, kepalanya terdongak melihat siling rumah.
Yuria dan Darwisya lagak seperti tidak tahu apa-apa, melihat saja Aisy.
"Aku tahu apa yang korang plan, I' m not that stupid." Ujar Aisy, mata tertutup.
Yuria dan Darwisya sudah kecut perut, mereka melabuh duduk di sofa.
"Aku rasa korang tak perlu kut nak kenenkan aku dengan Rayyan, sebab aku tak suka." Ujar Aisy, memandang dua orang sahabatnya itu silih berganti.
"Aisy, aku yakin kali ni kau takkan kecewa lagi. Aku yakin yang Rayyan akan jatuh cinta pada kau." Ujar Darwisya, meyakinkan Aisy.
"Betul tu, cuma kau kena acah tak tahu je. Acah macam kau redha dengan apa yang terjadi." Sahut Yuria pula, menyokong Yuria.
"Masalahnya aku memang dah redha dengan semua yang jadi. So, I really hope that you stop doing this whole things." Ujar Aisy sebelum menapak ke tingkat atas.
"Isya, macam mana ni? Patut ke kita teruskan, nampak macam dia dah marah je." Soal Yuria, meminta pandangan Darwisya.
"Teruskan je, jangan risau." Ujar Darwisya, tetap berdegil.
♧♧♧
Rayyan mengelamun sepanjang mesyuarat itu, fikirannya sangat terganggu kerana memikirkan Aisy.
"Sales our product has increased significantly from the previous month. We've got so many good feedback from our customers." Kata salah seorang pekerja, Rayyan hanya mendengar.
"Pendapatan syarikat pada bulan ini meningkat 65 peratus, keuntungan kita sudah melebihi seratus juta ringgit. Tak termasuk lagi jualan kita di luar." Sambung pengurus kewangan syarikat itu, Rayyan hanya bermain dengan pen.
"Betul tu, tapi sekarang kita kena lebih fokus pada pelancaran produk terbaru yang akan dilancarkan dua bulan akan datang." Sahut ketua pegawai eksekutif pula, namun Rayyan tetap sama tiada balasan.
Akhir perbincangan di antara pekerja itu tamat, hanya menunggu balasan daripada bos mereka sahaja.
"Tuan Rayyan?" Sapa salah seorang pekerja.
"Huh?" Hanya perkataan itu sahaja yang keluar daripada mulut Rayyan, baru tersedar dari lamunan.
"Anything you wanna said about this meeting?"
"Oh, tak ada apa-apa. Semua benda berjalan dengan lancar. Peningkatan sales kita bulan ini pun sangat mengkagumkan, jadi teruskan usaha anda semua. Camiy, tolong bagi report mesyuarat kita hari ini pada saya sebelum saya balik nanti." Rayyan bersuara, tegas.
"Baiklah, tuan." Ujar Camiy, setiausaha kepada Rayyan.
"So, our meeting dismissed." Rayyan berkata, berdiri daripada duduk.
Melangkah keluar daripada bilik mesyuarat itu, diikuti juga dengan Camiy.
"Saya nak awak bagi saya semua dokumen kerja Raisha, dia tak masuk pejabat dalam beberapa minggu. Cepat sikit, saya ada urusan dekat luar sekejap lagi." Ujar Rayyan, Camiy mengangguk.
♧♧♧
Aisy menyelak fail kerjanya, cermin mata dilorotkan sedikit.
Matanya dialihkan pula kepada skrin komputer, jarinya laju menaip pada papan kekunci.
Tokk...tokk...
Kepalanya diangkat melihat gerangan yang mengetuk pintu pejabatnya.
"Aisy, aku balik dulu. Kau tu jangan balik lambat sangat, dah lewat ni. Kau tu perempuan, ingat sikit. Kerja-kerja juga, keselamatan diri jangan lupa." Pesan Darwisya, risau.
YOU ARE READING
✓ Protect The Love
عشوائيAisy Darina - Gadis yang cintanya ditolak mentah-mentah semasa luahan kali pertama. Jadi dia tekad tidak mahu memikirkan lagi soal cinta kerana baginya mungkin dia terlalu muda untuk itu. Dan dia mula fokuskan dirinya terhadap kerjaya. Memang tidak...