Anak mata Aisy dialih dari fail ke komputer, tangannya pula ligat mencatat. Fokusnya hanya pada kerja ketika itu, sehinggakan tidak sedar sudah jam berapa.
Tokk...tokk...
Wajah Elena tersembul dicelah pintu pejabat Aisy. Kemudian Aisy mengangkat muka, riak wajahnya terus berubah.
"Boleh saya masuk?" Pinta Elena, lembut.
"Masuk sajalah. Bukannya ada papan tanda kata yang 'Elena dilarang masuk' pun." Ujar Aisy, kembali melihat kertas kerjanya.
Elena melabuh duduk di atas kerusi yang berhadapan dengan Aisy. Serba salah pula rasanya apabila dia dianggap sebagai punca pergaduhan rumah tangga orang.
Keadaan di dalam pejabat itu sungguh hening, Aisy mahupun Elena, seorang pun tidak membuka mulut.
Lidah Elena seakan terkelu ketika itu, perasaan bercampur baur. Takut ada, janggal pun ada.
"Ada apa awak nak jumpa saya? Kalau tak ada apa-apa, boleh balik agaknya. Sekarang pun dah pukul 6 lebih, takkan awak nak ambil overtime kut." Ujar Aisy, masih menggunakan panggilan yang elok.
"Saya sebenarnya nak jelaskan hubungan saya dengan Rayyan. Saya tak nak disebabkan saya, rumahtangga orang hancur." Ujar Elena, mula bersuara.
"Jelaskanlah, yang senyap daripada tadi buat apa? Nak tunggu bangunan roboh, bina balik baru reti nak bercakap ke?" Ujar Aisy, meloyar buruk.
"Saya dan Rayyan tak ada apa-apa hubungan istimewa pun, dulu mahupun sekarang. Kami memang tak pernah bercinta, cuma saya tersalah anggap tentang layanan baik Rayyan terhadap saya." Ujar Elena, menerangkan.
Aisy hanya mendengar, tidak mahu membuat kesimpulan terlebih dahulu. Fokusnya kini hanya pada Elena.
"Saya dan Rayyan sekarang hanya berkawan saja. Saya tak pernah terniat pun nak jadi punca pergaduhan antara awak dan Rayyan. Saya tak pernah simpan dendam terhadap Rayyan. Sikit pun tak terniat nak cuba runtuhkan rumahtangga awak berdua. Saya minta maaf kalau kehadiran saya ada buat awak tidak senang hati." Ujar Elena, menyambung penjelasannya.
"Okay, saya terima maaf awak." Ujar Aisy, selamba.
Elena mengerut dahi, pelik.
"Senangnya awak maafkan saya, bukan ke patutnya awak serang saya?" Soal Elena, pelik.
"Awak nak ke saya serang awak?" Soal Aisy, pantas saja Elena menggeleng.
"Saya memang tunggu awak jelaskan pun, sebab Rayyan dah jelaskan semua benda pada saya. Jadi, nak tahu Rayyan tipu atau tidak, saya kenalah dengar juga penjelasan bagi pihak awak juga." Ujar Aisy, menerangkan.
"Jadi, hubungan awak dan Rayyan dah berbaik?" Soal Elena, ingin tahu.
Aisy mengangguk.
"Baguslah kalau macam tu, tak adalah saya menanggung rasa serba salah ni lagi." Ujar Elena, menyatakan rasa syukur.
"Awak tak nak balik ke?"
"Huh? Oh, saya nak balik dah tadi, tapi saya nak selesai dulu masalah saya dengan awak. Sekarang baru lega sikit." Ujar Elena, Aisy hanya mengangguk.
"Awak tak balik pula? Dah lewat ni, risau pula si Rayyan nanti." Ujar Elena, berdiri dari duduk.
"Dia ambil lambat sikit hari ni, ada meeting untuk pelancaran produk baru syarikat dia. Dalam 15 minit lagi, saya turunlah." Ujar Aisy, Elena mengangguk.
Tanpa berlengah lagi, Elena mula melangkah keluar daripada pejabat Aisy.
Selepas beberapa ketika, Aisy mengerling jam tangannya. Sudah dekat jam 8 malam, dia mula mengemas barangnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
✓ Protect The Love
AcakAisy Darina - Gadis yang cintanya ditolak mentah-mentah semasa luahan kali pertama. Jadi dia tekad tidak mahu memikirkan lagi soal cinta kerana baginya mungkin dia terlalu muda untuk itu. Dan dia mula fokuskan dirinya terhadap kerjaya. Memang tidak...
