PTL 3

472 25 2
                                    

Ting...

Aisy menghadiahkan senyuman kepada pelanggan yang ingin membuat pesanan itu.

"Welcome to Jasmine's Cafè. What would you like to order, sir?" Aisy menyoal, sopan. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman.

"I would like to have a cup of caremel macchiato, please. Thats all, thanks." Pelanggan itu menjawab, sopan saja.

"Baiklah, total semua RM4. Encik boleh tunggu dulu sementara tunggu pesanan siap." Ujar Aisy, pelanggan itu mengangguk sebelum melangkah ke arah meja yang masih kosong.

Aisy mengerling jam tangan Van Cleef And Arpels miliknya itu.

"Yes, finally it's time for to rest." Bisik Aisy sebelum melangkah ke pejabat Yuria.

Tok...tok...

Pintu diketuk sebelum dibuka, Aisy menjenguk sedikit.

"Kau duk jenguk apa? Masuklah." Yuria mengarah, Aisy pun melangkah masuk.

Aisy melabuh duduk di sofa yang tersedia di pejabat itu. Dia menyandar, matanya dikatup.

"Aku rasa kau kena selalu datang sini." Ujar Yuria tiba-tiba, membuka topik untuk berbual.

"Kenapa pula?" Soal Aisy, nada penat.

"Yelah, sejak kau kerja part-time dekat sini, sales cafè ni meningkat tau." Yuria menyatakan sebab.

"Mestilah, muka aku kan cantik. Siapa je yang tak nak masuk kalau ada awek cun?" Ujar Aisy, cuba menaikkan suasana.

"Yelah, Aisy." Yuria menjawab, malas. Aisy memang suka dipuji, lagipun Aisy memang cantik. Jadi tiada bantahan.

"Aku nak keluar sekejap, ambil angin luar." Ujar Aisy, berdiri dari duduk.

"Pergilah, kau duduk sini pun buat semak je." Yuria buat-buat menghalau Aisy.

"Kau halau aku? Aku tak nak kerja part-time dekat sini lagi, mahu bankrupt kau nanti." Aisy mengugut.

"Aku main-main je." Ujar Yuria, Aisy hanya tergelak sebelum melangkah keluar.

Aisy melabuh duduk di bangku yang tersedia di luar. Dia menatal skrin telefonnya, khusyuk.

Sedang dia khusyuk dengan telefonnya, tiba-tiba sejambak bunga calla lily muncul di depan mukanya.

Aisy mengangkat kepalanya. Kemudian Aisy mengeluh panjang.

"Dia ni lagi." Bisik Aisy, menyampah.

Tak lain tak bukan, Daniel.

"Ambillah." Ujar Daniel, penuh harapan.

Nak tak nak Aisy ambil juga, sebab lelaki ini suka mendesak.

"Dah, aku rasa kau boleh balik dah kut." Aisy berkata, rimas dengan kehadiran Daniel itu.

"Tak nak, I nak teman you dekat sini." Daniel menjawab, degil.

"Baliklah, tak ada siapa pun nak layan kau dekat sini." Ujar Aisy, malas.

"It's fine, as long as I'm with you." Kata-kata itu sungguh membuatkan Aisy rasa geli-geleman. Rasa macam nak tumbuk saja muka dia.

Nasib sungguh menyebelahi Aisy apabila dia nampak Fahad dan Darwisya datang ke arahnya.

Aisy memberi isyarat agar Fahad membantunya.

"Excuse me, bro. Boleh aku tahu apa masalah kau dengan dia?" Soal Fahad, tegas.

"Tak ada apa-apa." Jawab Daniel, selamba.

✓ Protect The Love Where stories live. Discover now