Aisy Darina - Gadis yang cintanya ditolak mentah-mentah semasa luahan kali pertama. Jadi dia tekad tidak mahu memikirkan lagi soal cinta kerana baginya mungkin dia terlalu muda untuk itu. Dan dia mula fokuskan dirinya terhadap kerjaya. Memang tidak...
Fahad memberhentikan keretanya di kawasan pantai itu. Enjin dimatikan, Yuria yang di tempat duduk belakang itu mula rasa berdebar.
Sudahlah dengan bertutup mata bagai, ikut si Rayyan dan si Fahad entah ke mana.
Rayyan menapak keluar daripada kereta, pintu belakang dibuka, tangan Yuria dipegang untuk membantunya keluar.
"Rayyan, Fahad, aku sumpah kalau kau bawa aku pergi tempat yang bukan-bukan, aku tikam kau orang hidup-hidup." Ujar Yuria, memberi amaran.
"Rileks, sis. Jangan takut, kami takkan humban kau dalam gaung. Kau ikut saja kami." Ujar Rayyan menyakinkan.
Yuria hanya mengikut saja langkah dua orang itu. Sampailah mereka akhirnya berhenti.
"Dalam 5 saat lagi, kau boleh buka penutup mata kau. Kami nak chaw dulu, enjoy." Ujar Fahad, terus dia dan Rayyan bergegas pergi dari tempat itu.
Cukup saja 5 saat, terus penutup mata itu dibuka. Terkejut apabila dia melihat Amsyar yang terpacak di situ.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Segak bergaya dengan mengenakan baju yang berstailkan hawaiian itu. Cukup kenalah dengan pakai maxi dress yang dia kenakan pada malam itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Kemudian, Yuria mengalihkan pula pandangannya di bahagian latar Amsyar. Bertambah terkejutlah dia, cukup tak sangka dengan apa yang dia lihat pada ketika itu.
Macan tidak percaya pula yanh Amsyar akan jadi se'romantik' ini. Adakah benar ini Amsyar yang dia kenal?
Yuria menggosok matanya, pastikan apa yanh dia lihat itu bukan sekadar mimpi di malam hari.
Deco itu ternyata sungguh cantik. Dan matanya teralih pada perkataan yang tersusun cantik di pepasir itu.
Tergamam, terharu dan terkejut. Perasaan itu bercampur dalam masa yang sama.
Air matanya jatuh di pipi.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Amsyar menarik tangan Yuria agar mereka berada di tengah karpet merah itu. Tubuh Yuria kini menghadap pada Amsyar.
"Yuria Jasmina, sudikah kau menjadi suri hati aku di dunia dan di akhirat? Sudikah kau ada dengan aku ketika susah dan senang? Sudikah kau berkongsi hidup kau dengan aku? Ya atau tidak?" Ujar Amsyar, perlahan dia melutut dan sekotak cincin dikeluarkan dari poketnya.
Yuria menekup mulutnya, menahan tangisan terharu. Kepala perlahan dianggukan tanda ya.
"Ya, aku sudi."
Amsyar menarik senyum dibibirnya, mula berdiri semula dan menyarungkan cincin itu pada jari manis Yuria.
"Macam mana? Kau suka tak dengan surprise yang aku buat untuk kau?" Soal Amsyar, menarik tangan Yuria dan berjalan ke arah meja yang tersedia.
Kerusi ditarik untuk Yuria duduk sebelum dia melabuhkan punggung pada kerusinya pula.
"Gila tak suka! Aku rasa inilah perkara paling sweet yang kau buat sepanjang 2 dekad kau hidup."
"Aku saja tak nak tunjuk dengan kau yang aku sebenarnya romantik orangnya, nak tengok kau tetap suka pada aku atau tak." Ujar Amsyar, berlagak.
"Ceh! Cakap sajalah ini semua idea Rayyan dan Fahad. Nak tunggu kau buat macam ni, alamatnya andartulah aku." Ujar Yuria, tahu sangat dengan Amsyar yang seorang itu.
"Alamak! Pecah sudah tembelang aku. Tapi tak apa, yang penting kau dah terima lamaran aku."
"Tak payah nak rasa lega sangat, aku boleh saja tolak balik lamaran kau." Ujar Yuria, sengaja.
"Kau pernah rasa kena humban dekat dalam laut tak? Kalau rasa nak try, sekarang juga aku humban kau. Tak sempat jadi andartu nanti." Ujar Amsyar, loyar buruk.
Sudah dibilang, Amsyar dan romantik itu bagaikan minyak dan air. Buatlah macam mana sekalipun, memang tidak boleh disatukan.
"Aku bergurau sajalah. Gila nak tolak, siapa lagi yang nak dekat aku kalau bukan kau?"
"Sedar rupanya diri tak laku, ingatkan hebat sangat tadi." Ujar Amsyar, perli.
Loyar buruk, perlian, sindiran dan Amsyar berpisah tiada.
"Kau fikir kau laku sangat ke? Nasib ada aku sajalah nak kutip kau." Ujar Yuria, tidak mahu kalah.
"Kau fikir aku sampah ke? Nak berkutip bagai?"
"Bukan sampah, tapi emas yang dikutip oleh aku yang bertuah." Ujar Yuria, berpickupline pula dia dekat situ.
"Akulah emas yang bertuah sebab dikutip oleh permata yang bakal menyinari hidup aku selamanya." Ujar Amsyar, sambung.
"Wow! Damn! Amsyar, aku tak sangka pula yang kau pandai berkata manis." Ujar Yuria, tidak percaya.
"Excuse me, ini Syed Amsyar, okay? Bagi saja ayat, sepuluh yang pengsan."
"Elok saja aku berdiri, mata celik segar lagi. Mana datang pengsannya." Ujar Yuria, menyampah pula dengan Amsyar yang kuat perasan itu.
"Memanglah, sebab kau bukan perempuan. Sebab itulah kau tak pengsan, entah ilmu apa yang kau pakai. Sampai kebal sangat." Ujar Amsyar, meloyar buruk lagi.
"Kalau aku bukan perempuan, aku apa? Serigala jadian?"
"Tak, tapi kau bakal jadian isteri gue." Ujar Amsyar, chia chia chia.
"Ada juga aku panggang manusia tengah pantai nanti." Ujar Yuria, sengaja.
Padahal dalam hati sudah berbunga-bunga. Boleh jadi Cameron Highland yang kedua.
Walaupun Amsyar tidak seromantik seperti yang Yuria inginkan, tapi cukuplah dengan sikap memahami Amsyar itu membuatkan Yuria cair.
Semoga hubungan halal yang bakal dibina akan berkekalan sehingga ke jannah.