PTL 2

509 28 0
                                    

"Raisha, boleh aku tanya sesuatu?" Rayyan menyoal, Raisha yang khusyuk melayan K-drama terus menoleh ke arah Rayyan.

"Kau sihat ke tidak ni? Kau salah ambil ubat ke?" Raisha menyoal sambil meletakkan tangan di dahi Rayyan.

"Isy...kau ni dah kenapa? Aku sihat walafiat lagilah." Rayyan menjawab, menepis tangan Raisha.

"Manalah tahukan. Yelah, kau mana pernah nak tanya aku elok-elok, itu yang aku terkejut sikit." Ujar Raisha, mata dialih kembali pada televisyen.

"Kau tak payah nak sindir aku. Ini kira baik aku tanya kau elok-elok, patutnya kau bersyukur bukannya menyindir." Kata Rayyan, menyandarkan dirinya pada sofa.

"Hmm...yelah, aku bersyukur sangat." Ujar Raisha, sakarstik.

"Cepatlah, aku nak tanya ni. Boleh tak?" Rayyan menyoal lagi.

"Apa dia? Tanya jelah, menyampah pula aku bila kau minta izin nak bertanya." Raisha menjawab, luah rasa menyampah.

"Aku minta izin salah, tak minta izin salah. Apa yang kau nak?" Rayyan luah rasa tidak puas hati.

"Itu je ke soalannya, ingatkan penting sangat." Kata Raisha, sengaja ingin menyakitkan hati Rayyan.

"Bukanlah, aku nak tanya ni." Pinta Rayyan lagi, mula geram dengan adiknya itu.

"Isy...kau ni kacau betul aku nak tengok drama. Cepatlah, apa dia yang nak tanya sangat?" Raisha menjawab, mula naik rimas dengan abangnya.

"Bila kau kahwin? Majlis buat dekat mana?" Rayyan mula menyoal, terus bersila menunggu jawapan.

"Seriously? Adik kau punya majlis kahwin pun kau tak tahu bila. Tak apalah, macamlah aku tak tahu perangai kau." Kata Raisha, terselit nada kecewa.

Rayyan langsung tidak ambil tahu tentang hari bahagia adiknya yang bakal menjelang.

"Sorry, cepatlah jawab soalan aku." Rayyan meminta maaf, tapi langsung tidak ikhlas. Tiada langsung rasa bersalah.

"Bulan depan, aku buat majlis dekat rumah Rizwan. Kenapa kau tanya?" Raisha menjawab, tidak mahu terlalu emosi.

"Saja, sebab aku nak datang majlis kau." Jawab Rayyan, ingin mengambil semula hati Raisha.

"Biar betul?" Wajah Raisha yang muram sebentar tadi kini bercahaya semula.

"Tengok muka aku macam main-main ke?" Rayyan menayang muka toyanya.

"Aku rasa kau ni memang salah makan ubat. Ke kau ada something nak minta dari aku?" Raisha menyoal, sebelah keningnya diangkat.

"You really know me well." Rayyan tersenyum, Raisha cukup tahu perangai Rayyan.

"See...I knew it. Tell me, what is it?" Soal Raisha, malas.

"Okay, aku nak kau...."

♧♧♧

"...basuh baju sekarang, kau tak nampak ke baju yang bertimbun." Yuria memarah Darwisya yang masih terbongkang tidur di sofa.

✓ Protect The Love Where stories live. Discover now