EPILOUGE (1)

454 19 0
                                        

2 bulan kemudian...

Bahagian belakang tangan digunakan untuk mengelap peluh yang jatuh pada dahinya. Matanya melihat hasil yang dilakukan selama tiga jam itu.

Bibirnya terukir senyuman manis, tanda puas hati dengan hasil itu. Belengas sudah badannya, penat menyiapkan kejutan untuk suami tercinta.

Tanpa berlengah lagi, terus dia melangkah ke kamar mandi, menyegarkan dirinya. Teruja pula rasanya. Almaklumlah, itu kali pertama untuk dia membuat kejutan hanya di rumah.

Selalu mereka akan bercuti, dan semasa bercuti itulah kejutan akan diadakan. Tapi sekarang nak gerak jauh pun, berat rasa hati nak tinggalkan putera mereka itu.

---

Raisha memulas tombol pintu bilik itu sebelum menolaknya, cair pula bila dia melihat suaminya itu sedang tidurkan anak mereka.

Rizwan mendukung putera itu, menepuk perlahan pada bahagian punggungnya. Bayi itu pun lena tidurnya sambil menghisap ibu jarinya.

Raisha melangkah mendekati dua beranak itu.

"Baby dah tidur, letakkan saja dia dalam baby cot. Kesian abang, dari petang tadi jaga baby. Tak menyempat nak berehat langsung." Ujar Raisha, menyiapkan tempat tidur untuj bayi itu.

Rizwan hanya akur. Tidak tipu yang sebenarnya memang dia penat, tapi bila ada dengan anaknya yang seorang itu, segala rasa penat hilang serta-merta.

Bayi itu merengek sedikit sebelum kembali diulit mimpi. Kemudian Rizwan membuka ayat-ayat suci al-Quran, biarlah lagi lena anaknya.

Raisha meraih tangan Rizwan, menariknya keluar daripada bilik itu. Kalau tidak ditarik, memang dia tidur sendirilah jawabnya.

"Abang sejak ada anak, bini sendiri pun dah tak ingat. Asyik nak berkepit saja dengan anak dia." Ujar Raisha, acah merajuk.

"Eh, dengan anak sendiri pun awak nak cemburu? Mengandung lagi ke awak ni?" Ujar Rizwan, pelik pula.

"Isy, ke situ pula dia. Takkanlah saya nak mengandung lagi, abang fikir saya tak reti penat ke?" Ujar Raisha, terkejut pula.

"Dulukan awak cemburu tak tentu pasal sebab bawa budak dalam perut, mana tahu sekarang pun ada budak lagi." Ujar Rizwan, membuat andaian sendiri.

"Ikut suka hati abang saja nak buat tafsiran sendiri. Tak ada maknanya saya nak mengandung lagi buat masa sekarang. At least, tunggulah baby kita yang sulung ni setahun atau dua tahun dulu." Ujar Raisha, panjang lebar dia bercakap.

"Awak sejak bersalin memang kuat membebel, eh? Mahu pekak telinga abang mendengar." Ujar Rizwan, Raisha menjelingnya tajam.

"Kenapa? Dah rimas ke dengar suara saya dekat dalam rumah ni?" Soal Raisha, tajam saja matanya memandang.

"Eh, tak adalah. Abang lagi suka dengan suara awak." Ujar Rizwan, memeluk isterinya itu dari belakang. Memujuk kononnya.

Sampai sahaja mereka di hadapan bilik, Raisha berhenti. Pelik Rizwan dibuatnya.

"Kenapa tak masuk? Merajuk sungguh ke dengan apa yang abang kata tadi? Sayang, abang tak bermaksud pun nak cakap macam tu, abang cuma nak bergurau saja." Ujar Rizwan, gelabah.

"Shhh...sekarang saya nak abang tutup mata." Ujar Raisha, mengarah.

"Aik, dah kenapa pula?"

"Tutup sajalah, kalau tak saya betul-betul merajuk." Ujar Raisha, mengugut."

Terus Rizwan menutup matanya. Sekali kalau si Raisha merajuk, jenuh dia nak memujuk.

✓ Protect The Love Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang