"Ini jangan lupa kunci pintu, kau tu dahlah duduk rumah sengsorang. Kalau ada apa-apa hal terus call kitorang, tak pun Fahad." Berjela-jela pesanan yang diberi oleh Aisy kepada Darwisya.
"Isy...ya, aku tahu. Kau ni pesan macam aku ni budak dua tahun." Ujar Darwisya, bersahaja.
"Entah kau ni, si Isya ni tua dari kau, tahulah dia macam mana nak jaga diri." Yuria pula menyahut.
"Alah, tua berapa hari je pun. Lagipun minah ni pelupa, jadi aku tolong ingatkan." Jawab Aisy, risau hendak tinggalkan Darwisya sendirian di rumah.
"Ya, ya...jangan risau, pandailah aku jaga diri." Ujar Darwisya, meyakinkan Aisy.
"Okaylah kalau macam tu. Kitorang gerak dululah, nanti lambat pula sampai." Jawab Aisy sebelum masuk ke tempat duduk pemandu.
"Jaga diri, jangan bagi orang yang tak kenal masuk." Yuria pula berpesan.
"Kau pun sama macam Aisy. Jangan risau, pandailah aku jaga diri dekat sini. Drive safe." Jawab Darwisya, bersahaja.
Yuria mengangguk sebelum masuk ke dalam tempat duduk penumpang.
Aisy dan Yuria masing-masing menurunkan cermin kereta.
"Bye!" Ucap Darwisya, melambai-lambai ke arah dua sahabatnya itu sehinggalah kereta yang dipandu hilang dari pandangan.
---
"Yuya, kau ada rasa nervous tak?" Soal Aisy, matanya tetap fokus pada jalan.
"Tak, aku okay je. Kenapa?" Yuria pula menyoal, riak wajahnya penuh dengan tanda tanya.
"Kenapa aku rasa nervous semacam?" Aisy menyoal kembali, bukannya menjawab soalan yang dilempar.
"Asal pula kau nak nervous? Bukannya kau yang nak kahwin. Ke memang kau yang nak kahwin ni? Omg!!! Aku tak tahu pun yang kau ada boyfriend." Ujar Yuria, acah-acah teruja.
"Merepek betullah minah ni sekor. Memang taklah aku nak kahwin, tapi no kidding. I'm hella nervous right now." Ujar Aisy, beriya-iya.
"Perasaan je kut, dahlah abaikan je." Yuria menjawab, cuba menenangkan hati Aisy.
Aisy menguap.
"Aku rasa kita boleh tukar turn drive kut. Aku tengok kau macam dah penat semacam je." Ujar Yuria, perasan yang Aisy sudah dekat beberapa kali menguap.
"Penatlah juga, kita berhenti dekat R&R depan ni kejap, eh? Aku nak gi tandas, basuh muka." Ujar Aisy, Yuria hanya mengangguk setuju.
♧♧♧
"Sorry, I'm late..." Ujar Fahad yang baru muncul di cafè itu.
"No, it's okay. Saya pun baru je sampai. Kenapa ajak jumpa?" Darwisya menyoal, menongkat dagu.
"Eh, nak jumpa dengan girlfriend sendiri pun kena ada sebab ke?" Fahad menyoal, bersahaja. Dengan senyuman manis bak gula dia itu, sungguh membuatkan para wanita cair.
"Awak tahu tak yang saya penat?" Darwisya menyoal, terus berkerut kening Fahad dibuatnya.
"Penat buat apa?"
"Penat kejar cinta awak." Pickup-line entah dari mana keluar dari mulut Darwisya.
"Kalau penat, tak payahlah kejar. Ramai lagi yang berlumba nak dapatkan cinta saya." Ujar Fahad, sengaja ingin menyakitkan hati Darwisya.
Darwisya beracah-acah nangis.
"Aduh!" Fahad tiba-tiba mengaduh sambil memegang dadanya.
"Eh...awak kenapa ni?" Soal Darwisya, cuak.
"Kekecewaan awak membawa seribu kesakitan saya." Fahad menjawab, terus saja Darwisya memukul lengan lelaki itu.
"Dah, stop with this cheesiness. Awak sebenarnya nak apa jumpa saya? Awak kalau ajak jumpa mesti ada hal nak bincang." Darwisya berkata, cukup kenal dengan perangai Fahad.
"Awak pernah kata dengan saya, yang awak nak tengok Aisy kahwin dulu sebelum awak, kan?" Fahad menyoal, meminta kepastian.
"Ha'ah, kenapa?" Soal Darwisya, ingin tahu.
"Sebenarnya hari tu, Rayyan ada jumpa saya. Dia tanya pasal Aisy." Fahad menjawab, jujur.
"Luthfi Rayyan ke? Mamat yang buat Aisy menderita selama sembilan tahun ni?" Soal Darswisya, meminta kepastian.
"Yup, dia nak ambil balik hati Aisy, itu pun sebab dia dah janji dengan bonda dia yang dia akan bawa calon dalam masa terdekat ni." Fahad memjawab, sungguh jujur.
"So, what's the point you telling me this? Saya tak nak dia permainkan hati Aisy lagi. Cukuplah Aisy menderita selama ni, saya dengan Yuria dah tak sanggup tengok Aisy sedih lagi." Ujar Darwisya, sayang sungguh dia pada sahabatnya itu.
"Apa yang saya cuba sampaikan ialah, apa kata sekarang kita buat Rayyan pula yang terkejarkan Aisy. Bagi dia rasa apa yang Aisy rasakan dulu." Fahad berkata, menyatakan cadangannya.
"Tak nak." Darwisya membantah, tidak mahu perasaan Aisy dipermainkan lagi.
"Memanglah niat utama Rayyan cuma nak gunakan Aisy, tapi cuba awak fikir kalau dalam usaha Rayyan nak ambil balik hati Aisy untuk bantu dia, tak mustahil yang dia akan jatuh cinta pada Aisy." Fahad berkata, menyatakan pandangan.
Darwisya terdiam seketika.
Ada betulnya juga apa yang Fahad katakan.
Ala-ala jalan cerita dalam novel gitu.
"Apa yang awak nak buat?" Darwisya menyoal, Fahad mula mengukir senyum lebar.
♧♧♧
"Kau rasa patut ke aku buat ni?" Rayyan menyoal kepada Amsyar yang berada di tempat duduk penumpang.
"Kalau kau rasa kau tak kena sumbat dalam military services plus kena bertunang dengan Fazeera, aku rasa kau patut." Jawab Amsyar, mengingatkan Rayyan kembali tentang akibat kalau dia batalkan niatnya.
"Malulah aku. Mana aku nak letak muka? Dahlah dulu aku reject dia macam tu je." Ujar Rayyan, luah rasa malu.
"Siapa suruh kau reject dia? Nak kata dia hodoh, cantik bak bidadari pula muka dia. Nak kata dia kurang bijak, aku rasa dia lagi pandai dari kau. Senang cerita, dia memang full-package. Kau je yang bodoh pergi reject dia." Jawab Amsyar, jujur yang menyakitkan.
"Kau tahu tak apa yang sakit?" Rayyan menyoal, matanya masih tertumpu pada jalan.
"Apa dia?" Soal Amayar, langsung tiada rasa bersalah selepas apa yang dia katakan tadi.
"Penumbuk aku melekat dekat muka kau. Ikut suka hati keluarga Syed kau je nak cakap aku bodoh." Marah Rayyan, menunjukkan gempalan penumbuk tangan kirinya.
"Betullah apa yang aku kata. Kau tu yang tak nak terima kenyataan. Okay moving on to the next topic, apa perancangan kau sebenarnya ni?" Amyar menyoal, ingin tahu.
"Aku akan terus terang je apa yang aku nak dari dia." Jawab Rayyan, terus terang.
"Kalau dia pula yang reject kau macam mana?" Soal Amsyar, mengangkat sebelah keningnya.
"She'll never reject this handsome creatures." Rayyan menjawab, yakin.
"Kau fikir yang dia akan terima kau ke, lepas kau tolak dia mentah-mentah dulu?" Soal Amsyar, sengaja mahu patahkan harapan Rayyan.
"Aku tak kira macam mana dia tolak, aku akan tetap buat dia jadi calon menantu untuk bonda." Jawab Rayyan, harapan diletak tinggi menggunung.
"We'll see then." Ujar Amsyar.
●●●

ANDA SEDANG MEMBACA
✓ Protect The Love
DiversosAisy Darina - Gadis yang cintanya ditolak mentah-mentah semasa luahan kali pertama. Jadi dia tekad tidak mahu memikirkan lagi soal cinta kerana baginya mungkin dia terlalu muda untuk itu. Dan dia mula fokuskan dirinya terhadap kerjaya. Memang tidak...