"Aku cadangkan kau merajuk dengan dia, buat dia rasa bersalah. Ajar dia yang hidup jangan selalu ikut kepala sendiri saja." Ujar Amsyar, dari corong telefon.
"Nanti kalau dia pula yang merajuk, siapa pula yang nak memujuknya?"
"Alah, aku bukannya suruh kau merajuk yang macam minta penampar tu. Aku suruh kau merajuk yang macam acuh tak acuh saja. Nanti pandailah dia nak ambil hati kau." Ujar Amsyar, nasihat tidak boleh pakai.
"Kenapa aku minta nasihat pasal perkahwinan dengan orang single macam kau ni? Sepuluh nasihat yang kau bagi, sebelas tak boleh pakai." Ujar Rayyan, tersedar yang Amsyar masih belum melayari bahtera perkahwinan.
"Eh, walaupun aku tak kahwin lagi, aku lebih berpengetahuan. Daripada kau, sengal abadi. Semua benda nak tanya." Ujar Amsyar, sakit pula hatinya apabila diejek 'single'.
"Memanglah, dulu aku mana ada masa nak bercintan-cintun, kau saja yang menggatal. Itu yang banyak pengalaman." Ujar Rayyan, tidak mahu kalah.
"Tak ada masa konon, padahal spare-part kau lagi banyak daripada aku. Pencinta wanita kononnya, kau fikir kau Adi Priyo?" Ujar Amsyar, melawan.
"Apa bendalah main spare-part bagai, kau fikir aku kerja dekat bengkel kereta ke?" Ujar Rayyan, meloyar buruk.
"Ah, malas aku layan kau. Menyakitkan hati saja, nasib baik aku dekat Jepun, kalau tidak dah lama aku luku kepala kau." Ujar Amsyar, geram.
"Eleh, mentang-mentang sekarang dia dah ada buah hati, sampaikan aku sepupu dia sendiri pun dah malas nak layan." Ujar Rayyan, acah merajuk.
"Eh, kau tak payah nak merepek."
"Lah, Yuria bukan buah hati kau ke? Maksudnya, pelanggan lelaki yang selalu usha dia masa datang cafè masih ada peluanglah ni." Ujar Rayyan, mengapikan.
"Kau pernah rasa ke superkick dari corong telefon tak? Kalau tak, aku boleh bagi kau rasa." Ujar Amsyar, sakarstik.
"Eh, marah pula dah. Tadi kata aku merepek." Ujar Rayyan, sengaja.
"Layan kau, memang sampai ke sudah tak pernah menyenangkan hati. Chow dulu, aku nak tidur, malas melayan kau." Ujar Amsyar, memutuskan talian.
Suka benar Rayyan mengusik sepupunya itu, tak dapat mengusik depan-depan, mengusik dari corong telefon pun jadilah.
Rayyan kemudiannya memanjat tangga ke tingkat dua, ingin melangkah ke perpustakaan mini miliknya. Saja ingin menyambung hobi yang lama tertangguh, tapi niatnya terbantut apabila terdengar Aisy menjerit dari dalam bilik.
Terus dia bergegas ke arah bilik tidurnya. Pintu bilik dia terjah, risau akan isterinya itu.
"Bee! Kenapa?" Soal Rayyan, cemas.
"Bee nak pergi tandas, tapi tak sedar pula yang kaki masih berbalut." Ujar Aisy, mengerang kesakitan.
"Lah, ingatkan kuat sangat. Takkanlah nak pergi tandas pun tak boleh, pergi kerja nanti kuat pula dia." Ujar Rayyan, menyindir.
"Tak apalah, bee boleh saja berdiri. Tongkat pun ada, cuma tak sedar saja tadi, itu yang main pijak saja lantai." Ujar Aisy, tahu yang Rayyan masih terasa dengan perangai keras kepalanya.
Sekali lagi Aisy cuba berdiri, namun hampa, dia tidak dapat seimbangkan badan. Menyebabkan kakinya berasa sakit dua kali ganda. Rasa hendak menangis saja.
Rayyan mengeluh, nak tak nak dia tetap kena tolong isterinya itu.
Rayyan melangkah mendekati Aisy, dan mencempung tubuh isterinya itu. Terus menapak ke bilik air.
ANDA SEDANG MEMBACA
✓ Protect The Love
De TodoAisy Darina - Gadis yang cintanya ditolak mentah-mentah semasa luahan kali pertama. Jadi dia tekad tidak mahu memikirkan lagi soal cinta kerana baginya mungkin dia terlalu muda untuk itu. Dan dia mula fokuskan dirinya terhadap kerjaya. Memang tidak...
