Part 1

4.5K 34 0
                                    


Author POV

Sreeetttt...Bumm!!!
"Arghhhhh!!!!" Jerit seorang gadis dalam sebuah kereta BMW sport putih miliknya. Badannya terdorong ke hadapan. Untung saja dia memakai tali pinggang keledar. Kalau tidak tentu wajah cantiknya dah mencium stereng kereta kesayangannya.

"Sial! Pagi-pagi macam ni dah rosakkan mood aku! Arghhh!!!" bentak gadis cantik itu lagi. Yah..siapa lagi kalau bukan Camellia Adreana Alihandro. Anak tunggal dari usahawan terkenal Alexander Alihandro seorang pemilik hotel bertaraf 5 bintang di Kota New York.

Camellia mendorong dirinya keluar dari kereta dan terus berlari kebelakang keretanya. Tak peduli dengan sepatu 5 incinya.
Mulutnya melopong, serta merta kedua dua tangan menutup mulutnya.  Terkejut dengan keadaan kereta kesayangannya.
Dengan pantas dia menoleh ke arah pemilik kereta yang berani mencium BMW sport miliknya.

Tok
Tok
Tok

Jari runcingnya mengetuk tingkap pemilik kenderaan tersebut. Yahh.. kereta yang tak kalah hebatnya Mustang Shelby GT500 silver. Oleh kerana kereta tersebut bercermin gelap, menyukarkan Camellia untuk melihat pemiliknya.
Dalam beberapa saat, tingkap kereta mewah itu terbuka.

"Hey sir! Mata tu letak mana hah! Main sondol-sondol. Tak nampak ke saya bagi signal?" marah Camellia. Matanya melotot tajam ke arah pemilik kereta tersebut. Oleh kerana pemilik kereta memakai sunglasses  menyukarkan Camellia untuk melihat lebih jelas pemandunya. Tambah lagi dengan keadaan dia yang terpaksa membongkok menyetarakan dirinya dengan pemuda dalam kereta mewah itu.

"Turun sekarang!" Bentak Camellia. Mukanya mula merah padam bila melihat pemilik kereta yang acuh tidak acuh dengannya.

'Sudah la langgar kereta aku, lepas tu boleh buat muka blur dia. Dia ingat dengan kereta mewah dia ni, aku nak bangga? In your dream!'
Bentak Camellia dalam hatinya.

Serta merta pintu kereta terbuka dan pemiliknya turun.
Pakaian pemuda itu sangat kemas. Kemeja bewarna putih dengan jasnya berwarna biru senada dengan seluarnya dan bertali leher warna senada berbintik putih. Bersepatu hitam berjenama Aldo. Tampak kemas dan kacak. Opss! Sebetulnya sangat...sangat kacak. Perlahan lahan sunglasses nya dibuka.
Perghhh!!! Cair... kalau Camellia itu Olaf dalam cerita Frozen, dah lama cair di situ juga.
Camellia terpana seketika. Dalam sekejapan, dia tersedar pada dunia nyatanya;

"boleh bagitahu saya, siapa nak ganti ni?" Soal Camellia sambil bercekak pinggang dihadapan pemuda itu. Alisnya diangkat sebelah sambil memandang pemuda yang dah melanggar kereta kesayangannya.
Seketika pemuda itu menoleh ke arah bahagian kereta yang dilanggarnya;

"Maaf, saya dah lambat. Si cantik boleh berurusan dengan orang-orang saya" balas pemuda itu datar sambil memakai sunglasses nya semula. Mata galaknya mula memandang Camellia dari atas sampai ke bawah.

Rambut ikal berwarna coklat gelap separas pinggang, hidung mancung, bermata bundar yang sangat menggoda bila bertentangan. Matanya mula menghala ke bibir. Owh..sangat mengasyikkan bagi sesiapa yang melihatnya. Hanya dengan solekkan tipis sahaja menampakkan kecantikkan dan kejelitaan sebenar gadis di hadapanya ini. Mata pemuda itu mula turun, pakaian t-shirt Levi's berwarna putih berlengan pendek, baju dimasukkan ke dalam  seluar jeans berwarna biru lembut dan bersepatu 5 inci berwarna cream. Sangat cantik. Kelihatan sangat simple tapi cantik dipandangan mata sesiapa yang memandang. Ah! Senang cerita, pandangan dia sendiri.

Tap
Tap
"Hello.." Camellia mengetik jarinya dihadapan wajah pemuda itu. Lama dia tunggu reaksi dari pemuda yang dia tak tahu nama ini.

Seketika pemuda itu tersedar seraya menoleh ke belakang
" Alvin, tolong si cantik ni. Bawa keretanya ke bengkel dan uruskan semua kerosakan yang dialaminya" ujar pemuda tampan itu kepada seorang lelaki berbadan tegap yang memberhentikan kereta Range Rover berwarna hitam. Camellia sendiri tidak perasan sejak bila keberadaan lelaki berbadan tegap itu.

"Baik Tuan Muda" balas lelaki itu tegas dan patuh.

'Sepertinya lelaki ini orang suruhannya atau lebih tepat lagi, bodyguardnya'
Getus Camellia dalam hati.

"Maaf, si cantik boleh berurusan dengan orang bawahan saya. I dont have time. I need to go, excuse me" pinta pemuda itu lantas masuk ke dalam Mustang Shelby nya lalu memecut laju meninggalkan Camellia dengan lelaki bertubuh tegap dihadapannya. Camellia hanya memandang ke arah kereta mewah itu hampa.

'Senang betul jadi bos-bos besar ni. Main lepas tangan sahaja.'
Getus Camellia geram.

LOVE at First SightWhere stories live. Discover now