Author POV
Mellana Models merupakan sebuah agensi peragaan dan pengurusan bakat di New York. Walaupun syarikatnya tidak sebesar syarikat-syarikat lain, tetapi syarikat ini tetap mendapat tempat dan pilihan dari kebanyakkan pereka fesyen terkemuka dan berjenama.
Camellia selaku pemilik,rasa bersyukur kerana para model dibawahnya selalu menjadi pilihan. Walaupun hanya memiliki tak lebih dari 30 orang model, namun model-modelnya ini sangat berbakat dalam menggayakan dan memperagakan pakaian yang dipakai diatas pentas peragaan.
Bagi Camellia, dia perlu memandang dari semua aspek untuk mendapatkan model yang berkaliber. Gaya dan personaliti, paras rupa, ketinggian dan susuk tubuh yang menarik merupakan hal utama yang harus ada pada setiap model-modelnya. Selain itu, mereka juga harus mengikuti beberapa syarat seperti, tidak boleh minum minuman keras sehingga memabukkn dan juga tidak boleh mengambil ubat-ubat terlarang seperti dadah atau bersamaan dengannya. Setiap 3 bulan, mereka juga perlu menjalani ujian kesihatan dengan doktor panel yang disediakan oleh Camellia.*****
Hari Bridal Fashion Show akan diadakan 1 hari lagi
Hari ini Camellia sibuk mengatur dan menguruskan pentas peragaannya sendiri. Itu salah satu advantage buatnya. Dia memiliki pentas peragaannya sendiri. Jadi, dia tidak perlu bersusah payah untuk memilih dan menyewa tempat lain yang mungkin menelan kos perbelanjaan yang tinggi.Dia mengarahkan semua pekerja dalam pelbagai bidang kemahiran turun padang melakukan tugas dengan baik sama ada dari segi muzik, creografer, stage runaway dan backdrop, serta jurutekniknya dalam bahagian pengurusan lampu dan props. Dia perlu teliti dan tidak boleh tercicir satu pun. Jika berlaku, ini boleh menjejaskan repotasi syarikatnya.
Camellia pulang kerja lewat dari biasa. Dia telah menyelesaikan semuanya dengan bantuan 50 orang pekerjanya dari segi belakang tabir dan pementasan.
Dia berasa senang apabila semua yang dirancang, teratur dengan baik."Lewat sayang bie pulang" soal Juan seraya berjalan menyambut kepulangan isterinya dia ruangan mewah kediaman. Satu ciuman singgah di pipi Camellia.
Camellia berasa tenang dapat melihat wajah Juan. Hilang segala kekusutannya dan keletihannya mengenai hal pejabat.
Juan meraih bahu isterinya dan berjalan ke kamar."Penat la bie.. sibuk dengan acara pementasan esok. Nasib baik pekerja-pekerja Mell semuanya mahir, Mell tak la risau sangat nak atur itu ini sorang-sorang" luah Camellia pada Juan. Wajahnya sedikit lesu. Juan yang dari tadi memandang wajah isterinya tersenyum hambar.
Dia tahu, isterinya sedang lelah sekarang ini memandangkan Fashion Show yang akan berlangsung esok. Dia turut kasihan melihat isterinya yang keletihan."Bie tahu sayang boleh. Lagipun, ini bukan acara pertama kan? Dah banyak acara yang sayang selenggara. Jadi, bie yakin...esok pasti meriah." Sokong Juan memberi semangat pada isterinya. Camellia tersenyum mendengar kata-kata suaminya. Dia bersyukur kerana Juan memahaminya.
Sebelum ini, Juan pernah menyuarakan cadangannya supaya Camellia berhenti dari kerjanya. Dia mahu isterinya sentiasa ada dirumah. Menguruskan rumahtangganya dan menjaga keperluan peribadinya.
Wangnya lebih dari mampu untuk menampung keperluan isterinya.Dia juga pernah menawarkan wang lebih dari gaji yang Mell dapat selaku pemilik Mellana Models,hanya duduk dirumah, tetapi Camellia tidak mahu. Dia bekerja bukan semata-mata kerana wang, tetapi kerana dia meminati kerjaya itu.
Juan yang mendengar tidak mampu membantah lagi. Dia memahami jiwa isterinya itu dan dia sentiasa menyokong isterinya dari belakang.******
Hari Fashion Show
Camellia meminta izin suaminya untuk pergi dahulu ke pejabatnya. Dia perlu membuat last check sebelum majlis bermula. Juan yang faham hanya mengizinkan. Dia menghantar Camellia pada hari ini.
YOU ARE READING
LOVE at First Sight
Romance⚠ DON'T COPY MY STORY⚠ Cerita ini mengandungi unsur 18++ Pertemuan pertama tanpa sengaja antara Camellia Alihandro dengan Juancruz Rensende akibat kecelakaan di jalan raya mula menimbulkan perasaan aneh dalam hati salah seorang dari kedua pasangan i...