Part 16

1.7K 15 0
                                    

Camellia POV

Tok
Tok
Tok
Aku melangkah pantas menuju kearah pintu lalu membukanya perlahan. Celia dan Lux sudah berdiri sambil bercekak pinggang dimuka pintu. Aku hanya menyungging senyum sambil menggaru kepalaku yang tidak gatal.

"Aku pikir kau dah tinggalkan kita orang dah" kata-kata itu yang Celia ucap dahulu sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam kamar hotel milikku. Aku yang mendengar omelannya  hanya memutarkan bola mata seraya menutup pintu. Mereka berjalan menuju ke sofa di bahagian ruang santai, lalu duduk di situ. Aku hanya membuntuti langkah kedua temanku. Celia dan Lux duduk di sofa yang boleh menempatkan 2 orang, manakala aku duduk di sofa single berhadapan dengan mereka.
Lux hanya duduk dan memerhati ke wajahku dengan pandangan yang tajam.

"Sorry la korang.. aku ada urusan mendadak semalam sampai terlupa nak call korang" tipuku lagi.

"Hal apa yang penting sangat? Kita orang macam nk gila cari kau merata tempat. Kau ni....ergh!" Marah Lux sambil mengangkat kedua tangannya, digenggam dan dihempaskan ke udara tanda protes tidak setuju dengan tindakanku. Dadanya naik turun dengan pantas.

"Urusan kerja aku la.. kebetulan semalam aku terjumpa clientku yang sudi nak sponser produk syarikat diorang untuk peragaan fesyen bulan depan. Takkan aku nak tolak. Gila kau! Peluang dah ada depan mata, aku grab la" entah kali keberapa aku tipu mereka berdua.

'Sorry Celia..Lux. Aku terpaksa tipu korang. Maafkan aku'
Aku menarik nafas panjang, lalu aku lepaskan perlahan.

Celia dan Lux bangun menghampiriku lalu duduk di sisi kanan dan kiriku. Kedua-duanya memelukku erat. Melihat itu, aku segera meraih pinggang keduanya, aku peluk erat sambil memejamkan mata. Terasa sedikit tenang berada dalam situasi begitu.

"Kita orang sayang kau Mell.. please jangan buat macam ni lagi" pinta Celia sambil mencium puncak kepalaku. Mataku mula terasa panas, tak terasa airmataku sudah menitis. Aku rasa bahagia bila bersama Lux dan Celia. Hanya mereka temanku selamanya.

****

Lux POV

Setelah puas bercuti, aku dan Mike masuk kerja seperti biasa. Di atas meja kerjaku, file dan dokumen mula menumpuk.
Setelah tamat graduasi, aku diterima bekerja di syarikat pengiklanan milik Mike, Levill Alp Corporation. Jawatanku disitu sebagai pembantu peribadi Mike.

Syarikat Levill mempunyai lebih daripada 20 pejabat di seluruh dunia, dengan lebih 80,000 rakan sekerja. Pada tahun 2012, Levill dikenali sebagai syarikat yang mencapai 91% keuntungan di pejabat kebangsaannya, prestasi yang dicemburui oleh ramai. Aku juga turut berbangga dengan kejayaan yang di capai Mike dan keluarganya. Bisnes ini adalah bisnes keluarganya.

Disinilah aku mengenali Mike.

Flashback ON

Hari pertama kerja, aku dilantik sebagai pembantu di bahagian kewangan syarikat. Aku berbangga dengan jawatan yang ku sandang, berbaloi dengan kelulusanku.

Aku ditempatkan di lantai 28. Semua rakan sepejabatku baik dan peramah. Suka membantu dan memberi tunjuk ajar kepada pekerja baru sepertiku. Aku jadi selesa dan seronok bekerja disitu.

********

Hampir sebulan aku bekerja disitu, aku semakin mahir. Mr.William selalu memuji dengan hasil kerjaku. Yang mampu aku katakan padanya,

"Saya masih dalam proses pembelajaran Mr.William. Masih banyak ilmu yang saya perlu belajar dari Mr.William" jelasku ikhlas.

Dia yang mendengar hanya terkekeh.

Waktu bekerja tamat jam 5petang, aku masih dipejabat mengadap laptopku menyiapkan kerjaku yang menumpuk. Rakan-rakanku semuanya sudah pulang termasuk Mr.William.
Hanya tinggal aku seorang di pejabat.
Aku perlu selesaikan tugasku sebelum mensyuarat esok pagi.

Aku menilik jam ditanganku, sudah 8malam. Aku meraih semua dokumen dan file-file yang perlu disiapkan. Aku akan siapkan di rumah sahaja. Setelah selesai, aku menyurung kerusi dan menutup suis lampu lalu keluar dari ruangan kerjaku lalu berjalan menuju lift.

Sampai di lantai bawah, aku berjalan menghala ke pintu keluar. Langkahku laju ke arah keretaku yang terletak tidak jauh dari perkarangan hadapan pejabat. Suasana sedikit sunyi. Suasana disitu hanya diterangi lampu jalan.

Toit..
Toit..
Aku membuka keretaku di bahagian pintu belakang, file-file yang aku bawa aku letak rapi disitu. Setelah selesai, aku kembali menutup pintu keretaku dan berjalan membuka pintu hadapan kereta dibahagian pemandu.

Belum sempat aku membuka pintu kereta,datang sebuah motosikal dari arah belakang. Dari pendengaranku yang masih jelas,aku rasa mereka berhenti dibelakang ku. Aku segera menoleh untuk mendapatkan kepastian.

Belum sempat aku menoleh, pinggangku di peluk kasar. Aku yang tersentak segera menepis kasar. Rangkulan tadi terlepas.
Segera aku menoleh kebelakang. Ada 2 susuk lelaki yang tidak kukenali. Mereka menatap kearahku sambil ketawa sinis. Pandangan mereka memandang susuk tubuhku dari atas smpai bawah dengan pandangan yang tajam.

"Nak pergi mana tu cik adik? Nak abang hantarkan?" Ketawa mereka berdua selepas menawarkan diri mahu menghantarku pulang.

"Tak perlu. Aku boleh pulang sendiri" jawabku seraya memutarkan badan untuk membuka pintu kereta. Malangnya, belum sempat pintu kereta ku raih, kedua mereka memelukku kasar sambil ketawa.

"Lepas! Lepaskan aku..!!.." aku berusaha sekuat mungkin untuk melepaskan diri. Malangnya kudratku tidak sekuat mereka berdua.

"Tolongggg.... tolo-..." mereka menutup mulutku rapat dan menyuruhku diam. Aku masih meronta. Badanku terasa sakit kerana ulah mereka berdua.

"Hoih!!!! Kurang ajar!!" Tengking seorang lelaki. Dari jauh aku dapat melihat tiga orang lelaki berlari menghampiri kearahku.
Salah seorang dari mereka terlihat berpakaian kemas, gayanya seperti orang penting. Berpakaian kemeja dan jas, berseluar panjang serta bertali leher. Dua orang lelaki dibelakangnya pulak lagak seperti pembantu kepada lelaki itu.

Bugh

Satu pukulan hinggap di wajah salah seorang penjahat.
Pukulan demi pukulan sehingga akhirnya kedua penjahat itu rebah ke tanah.

"Joe, call polis" arah lelaki yang berpakaian kemas itu kepada salah seorang lelaki di belakangnya. Nafasnya masih memburu kerana ulah dari pergaduhan tadi.

"Cik okay? Ada cedera dimana-mana?" Soalnya dalam nafas yang sedikit tenang dari tadi. Dia memandang kewajahku yang masih dalam ketakutan.

Dia yang melihat keadaanku begitu, segera menyentuh bahuku lembut.

"Cik.. cik dah selamat sekarang. Jangan takut. Saya hanya ingin membantu"

"Siapa orang ini, cik kenal ke?" Soalnya lagi disahut olehku dengan gelengan kepala laju.
Aku yang masih terkejut tidak mampu berkata-kata.

"Mari saya hantar cik pulang" pelawanya. Awalnya aku menolak, tetapi bila dia bertegas mahu menghantarku pulang, aku hanya mengangguk lemah.

"Ini kereta cik?" Aku menganggukan kepala tanda mengiakan.

"Serahkan kunci kereta pada saya. Biar saya drive" aku yang mendengar hanya menurut lalu melangkah pantas ke bahagian pintu hadapan sebelah pemandu.

"Joe, kau tunggu sampai polis datang.
Svan, kau follow aku dari belakang" arah lelaki itu seraya mendapat anggukan dari kedua lelaki dihadapannya.

Setelah itu, dia masuk kedalam kereta dan duduk dibahagian pemandu. Aku hanya memerhati gerak gerinya dari ekor mata. Kereta menyusur laju meninggalkan perkarangan pejabat.

LOVE at First SightWhere stories live. Discover now