Camellia POV
Dimana lagi aku harus mencari suamiku. Aku ke pejabat, setiausahanya cakap Juan tak masuk pejabat hari ni..kemana dia pergi?
'sampai hati bie tinggalkan Mell'
Airmataku jatuh lagi. Aku tak tahu sudah kali ke berapa. Mataku sudah bengkak.
Kemana lagi aku harus pergi mencarimu sayang. Maafkan aku..Aku perlu mencari ketenangan. Ku pandu kereta Audi sport milik suamiku laju menyusuri jalan Brooklyn dan tiba di Jambatan Brooklyn. Aku berhenti disitu. Dari jauh aku boleh lihat pemandangan indah kota New York. Mataku memandang ke sekitar, ramai orang yang beriadah disini menikmati keindahan kota New York.
Aku berjalan menghampiri pagar besi, aku lihat air dibawah sana sangat tenang. Langsung tidak sama dengan hatiku saat ini.
Aku kecewa, hampa, sedih. Airmataku sudah tidak dapat dibendung lagi. Aku hanya membiarkan ia jatuh. Aku mahu Jambatan Brooklyn menjadi saksi kesedihanku saat ini.
Aku tak tahu hendak mengadu pada siapa. Lux? Celia? Mama? Tak...tak.. aku tak mahu mereka tahu masalahku dengan Juan."Arghhhhhhhhhhhhh!!!!!!" Aku menjerit sekuat hatiku disitu. Aku sudah tidak peduli pada mata-mata yang memandang kearahku. Aku sudah tak peduli kata-kata orang di sekelilingku. Yang aku tahu, aku harus lepaskan semua kesedihanku. Hanya Jambatan Brooklyn menjadi saksi bisu kesedihanku ketika ini.
"Arghhhhhhh!"" Aku menjerit lagi. Kali ini sudah tidak sekuat tadi. Peti suaraku sudah hilang. Aku jatuh terduduk. Aku meraung sekuatnya. Kedua lututku, ku peluk erat menyembunyikan wajahku yang entah sudah seperti apa.
Aku kalah dengan seorang lelaki. Seorang lelaki yang pertama kali aku cintai dalam hidupku. Dia yang mengajarku erti cinta dan kasih sayang. Kini, aku sudah kehilangannya."Miss, are you alright?" Aku terdengar suara seorang wanita menyapaku. Aku mendongakkan kepala.
Kulihat susuk tubuh seorang wanita yang berusia sedang berdiri sambil membongkok menyentuh bahuku."I'm alright madam. I just, sad.. i-i...." aku sudah tak dapat teruskan lagi kata-kataku saat itu. Airmataku jatuh lagi.
Aku bangun, hanya senyuman hambar ku hadiahkan buat wanita itu sambil kakiku melangkah pergi menjauh darinya.
Aku masuk semula ke dalam kereta. Lama aku termenung disitu sambil memikirkan dimana lagi aku harus mencari suamiku. Sepertinya dia lenyap ditelan bumi.Jam ditanganku sudah menunjukkan pukul 8malam. Ini bermakna, sehari suntuk aku mencarinya dan sehari suntuk juga perutku tidak diisi. Aku sudah tidak peduli tentang tubuhku, asalkan aku dapat mencari suamiku semula.
Aku mengambil hanfoneku yang ada diatas kusyen sebelah, bateri handfonku habis. Aku mengeluh hampa.Aku menghidupkan enjin kereta. Aku perlu pulang ke mansion. Aku akan terus menunggu kepulangan suami yang aku cintai.
Kereta ku pandu perlahan. Tubuhku sudah tidak bertenaga lagi. Kakiku terasa lemah.
Tujuanku hanya satu, aku mahu pulang ke mansion.Hampir 1 jam perjalanan, akhirnya aku tiba di mansion milik suamiku, Juan. Aku turun dari kereta dengan langkah yang tidak berdaya lagi.
Belum sempat aku masuk, kulihat suamiku berlari keluar dan berhenti dimuka pintu. Sepertinya dia menanti kepulanganku atau...atau dia mahu mengusirku dari rumahnya?Dia berlari mendapatkanku. Tubuhku dipeluk erat. Airmataku jatuh lagi. Tanganku angkat perlahan untuk membalas pelukkannya, tetapi tidak berdaya. Adakah aku hanya bermimpi?
"Maafkan Mell..." ucapku lemah. Hanya ini yang mampu aku ucap sebelum pandanganku jadi gelap.
********
Juan POV
Seharian aku menunggu kepulangan isteriku, namun tak kunjung tiba. Aku jadi resah gelisah. Anak-anak buahku juga tidak menemuinya. Kemana isteriku pergi. Airmata lelakiku jatuh. Aku terlalu sayangkan Camellia, aku takut kehilangan Camellia. Aku takut dia pergi tinggalkan aku.
YOU ARE READING
LOVE at First Sight
Romance⚠ DON'T COPY MY STORY⚠ Cerita ini mengandungi unsur 18++ Pertemuan pertama tanpa sengaja antara Camellia Alihandro dengan Juancruz Rensende akibat kecelakaan di jalan raya mula menimbulkan perasaan aneh dalam hati salah seorang dari kedua pasangan i...