Part 3

2.2K 25 0
                                    

Juan POV

Jalan mulai sesak. Aku menoleh sekilas ke arah jam di tanganku,
'Ahhh... sudah jam 8.15pagi, aku boleh lambat macam ni'
Getusku seraya menyelit keretaku ke kiri kemudian ke kanan tanpa menghiraukan pemandu kereta yg lain. Otakku ligat berfikir jalan pintas untuk dia segera sampai ke tempat penerbangan. Setibanya di satu jalan, aku seraya membelok ke kanan kerana aku tahu jalan ini boleh keluar dari kesesakan lalu lintas.
Aku tersenyum puas, ternyata pikiranku benar. Jalan yang aku lalui sekarang tidak sesibuk jalan yang aku lalui tadinya. Aku memecut laju sambil memandang ke cermin pandang belakang di hadapanku untuk mencari kelibat kereta orang-orang suruhanku.
"Shitt!! Mana diorg..apa diorg tak nampak ke aku belok ke sini?" Getusku pada diriku sendiri. Aku segera mencapai handfoneku seraya mendail nombor Alvin.

Tut tut...

"Korang dimana?
"....."
"Cepat sikit, aku dah lambat ni"
"......"
"Cepat!!!!"

Aku terus memutuskan talian disebelah pihak. Mataku masih leka melihat cermin pandang belakang..

Bammmm!!!!!

"Shitt!" Aku terdorong ke depan. Seketika aku terpempan. Sebuah kereta BMW sport berwarna putih berada dihadapanku. Bagaimana boleh kereta ni wujud di hadapanku pulak ni? Atau aku yang tak perasan? Gawat ni. Boleh terlambat kalau macam ni. Macam mana boleh excident pulak.
Aku sendiri tidak perasan sejak bila ada kereta ni dihadapanku. Mungkin aku terlalu leka mencari kelibat orang-orang upahanku sehingga aku alpa untuk melihat jalan dihadapanku.

Aku masih setia duduk di atas kusyen empok dalam kereta kesayanganku tanpa keluar dari kereta walaupun aku tahu, kesalahannya dari aku.
Sesaat kemudian aku melihat susuk indah seorang gadis cantik keluar dari dalam perut BMW sport berwarna putih itu. Mulutnya menganga kemudian dia menutup mulut dengan kedua-dua tangan cantiknya yg putih mulus. Mukanya merah padam. Tak sah lagi, dia sekarang sedang marah. Aku hanya memandang sosok indah dihadapanku. Ahh..sungguh indah. Sehingga aku terlupa yang sekarang aku tengah kejar masa. Aku rasa seolah-olah masaku terhenti sejak memandang gadis cantik didepanku ini.

Tok
Tok
Tok
Aku cuba berlagak santai

"Hey sir! Mata tu letak mana hah! Main sondol-sondol. Tak nampak ke saya bagi signal?" Marah gadis cantik diluar keretaku, lebih tepat lagi, sebelah cermin tingkap keretaku. Dia membongkok kearah cermin tingkap keretaku. Segera aku turunkan cermin keretaku. Aku tahu cermin keretaku gelap dan sukar untuk dia melihatku yang tampan lagi pesona ini. Percaya diri!

"Turun sekarang!" Marahnya lagi. Suaranya..oh! Selembut wajahnya. Kenapa aku rasa seperti dia sedang berbual mesra denganku. Pertanyaanya aku sudah tidak denar lagi. Aku terbuai seketika tatkala melihat sosok tubuh dihadapanku ini. Sungguh indah. Aku segera menanggalkan sunglasses yang ku pakai.

Seketika aku melihat dia terdiam seraya memandang lekat ke arahku.

'Terpesona dengan ketampananku ke hurmm?' Getusku dalam hati. Percaya diri!

Seketika aku kembali ke dunia nyata. Aku sekarang tidak punya masa lagi. Aku harus pergi. Aku menoleh kebelakang dan Alvin berada tak jauh dariku

"Maaf, saya dah lambat. Si cantik boleh berurusan dengan orang-orang saya" ujarku sambil melihat sosok tubuh dihadapanku lekat. Ternyata sangat indah bila memandang dari dekat. Aku memakai sunglassesku semula sambil tak melepaskan peluang memandang sosok cantik dihadapanku.

Rambut ikal berwarna coklat gelap separas pinggang, hidung mancung, bermata bundar yang sangat menggoda bila bertentangan. Mataku mula menghala ke bibir. Owh..sangat mengasyikkan bagi sesiapa yang melihatnya. Hanya dengan solekkan tipis sahaja menampakkan kecantikkan dan kejelitaan sebenar gadis di hadapanku ini. Mataku itu mula turun ke sosok badannya yang menggiurkan. Pakaiannya tampak simple, t-shirt Levi's berwarna putih berlengan pendek, baju dimasukkan ke dalam seluar jeans berwarna biru lembut dan bersepatu 5 inci berwarna cream. Sangat cantik. Kelihatan sangat simple tapi cantik dipandangan mata sesiapa yang memandang. Ah! Senang cerita, pandangan aku sendiri.

Tap
Tap
"Hello.." gadis cantik mengetik jarinya dihadapan mukaku.

Seketika aku tersedar seraya menoleh ke belakang

" Alvin, tolong si cantik ni. Bawa keretanya ke bengkel dan uruskan semua kerosakan yang dialaminya" ujarku kepada orang suruhanku.

"Baik Tuan Muda" balas Alvin patuh.

"Maaf, si cantik boleh berurusan dengan orang bawahan saya. I dont have time. I need to go, excuse me" pintaku seraya masuk ke dalam Mustang Shelby kesayanganku lalu memecut laju meninggalkan sosok tubuh indah itu.

"Alvin, cari tahu siapa gadis cantik tu, dan maklumkan padaku nanti petang" ujarku kepada Alvin di dalam talian. Tanpa mendengar balasan lain dari orang suruhan atau lebih tepat lagi orang kepercayaanku, aku segera memutuskan talian di sebelah pihak.

LOVE at First SightWhere stories live. Discover now