Juan POV
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, aku hanya tersenyum. Hatiku berbunga riang. Rasanya ingin sekali aku melompat keriangan.
Mataku masih tertumpu pada jalan dihadapan yang kelam.Flashback ON
Aku memandang hairan ke wajah Uncle Alax yang masih ketawa. Alisku berkerut. Apakah dia tidak memarahiku?
"Uncle dah tahu semuanya. Mell dah ceritakan pada uncle. Thank you juga sebab bertanggungjawab walaupun melalui orang suruhanmu"
Aku yang mendengarnya hanya menggaru tengkukku yang tidak gatal."Maaf uncle, saya pun tak sedar macam mana boleh terlanggar kereta Camellia. Perkara berlaku terlalu pantas. Salah saya, sebab terburu-buru kejar pesawat" luahku. Rasa sedikit lega bila dapat luahkan pada orang yang benar.
"Maaf juga sebab saya tak dapat uruskan hal kereta Camellia. Flight saya ke Dubai waktu itu, jadi saya terpaksa pergi" ceritaku panjang lebar. Aku tidak mahu orang tuanya berfikir bahawa aku hanya lepas tangan. Aku ingin mereka tahu situasiku ketika itu.
Mamaku tersenyum tanda mulai faham dengan ceritaku yang telah menjawab persoalannya sebentar tadi.
Uncle Alax menganggukkan kepalanya.
"Uncle faham.. hmm.. jadi, kamu dah tahu nama anak uncle?" Kedua alisnya terangkat menanti jawapanku.
'Aduhhhh.. macam mana boleh terlepas cakap ni... bodoh kau Juan!'
Aku hanya tersengih seraya mengangguk.
"Sebenarnya uncle..sejak dari kejadian tu, saya selalu mengikuti perkembangan anak uncle" jawabku jujur. Aku takkan lepaskan peluangku kali ini. Inilah masaku.
"Jadi..anak papa ni dah jatuh cinta pandang pertama la ye?" Papaku ini terlalu memahami naluriku. Thank you pa.. aku tersengih memandang ke wajah papaku.
"Nampaknya, tidak lama lagi, berbesan la kita ye Catt" usul mamaku pada aunty Catriona.
Kesemuanya ketawa gembira. Aku hanya menggaru kepalaku. Terasa mukaku sudah kemerahan menahan malu.Flashback OFF
Langsung aku tidak menyangka penerimaan dari keluarga Camellia. Mereka menadah tangan seluas-luasnya, menerima kehadiranku dalam keluarga mereka.
Tidak lama lagi, Camellia akan menjadi milikku seutuhnya.Aku tersenyum menang..
********
Camellia POV
Seawal jam 7 pagi, aku sudah siap mandi dan hanya mengenakan t-shirt berlengan pendek berwarna kelabu dan berseluar denim. Sedikit seksi bila seluar yang aku pakai ini direka sedikit terkoyak di bahagian lulut.
Inilah aku. Aku lebih suka kelihatan simple dan kemas. Kucapai kasut canvas putihku lalu memakainya.
Kucapai beg pakaianku,tas tangan ,handfon, kunci kereta dan tak lupa gitar kesayanganku.Aku bergegas turun menuju ke parking kereta. Janjiku dengan Celia dan Lux untuk jumpa sekitar jam 8pagi.
Flashback ON
Melalui video call aku, Celia dan Lux;
"Hai buddy.." tegurku sambil melambai tangan melalui laptopku.
"Hai Mell.." sahut Celia dan Lux serantak.
"Plan korang esok macam mana, kita nak jumpa dimana?" Tanyaku minta kepastian.
"Kau datang rumah aku la Mell. Aku dengan Lux tunggu kau kat rumah. Mell, kita orang ada benda nak cakap kat kau. Tapi kalau aku bagitahu,,kau jangan marah eaa" ujar Celia sambil membuat puppy eyesnya. Aku hanya mampu memutarkan bola mataku.
"Hurmm..apa! Cepat cakap" gertakku cuba berlagak tegas.
"Kau tahukan aku tinggal dengan Rudy sekarang, jadi..."
"Jadi apa?" Tanyaku cuba mendatarkan tone suaraku.
"Rudy join sekali boleh?"
"Mike pun nak ikut. Kau tau kan Mike tu macam mana" celah Lux laju.Aku hanya mengeluh. Habis, kalau diorang ada teman, aku?
"Korang nak aku jadi ubat nyamuk korang ke, hah!" Marahku. Plan asal hendak pergi bertiga.. kenapa jadi 5 pulak. Aku memicit pelipisku. Betul-betul pening memikirkan karenah dua temanku ini.
"Please...." kalau dah keduanya merayu begini, aku harus apa lagi. Takkan nak cancel. Aku mengeluh.
"Kita orang janji, takkan biarkan kau sorang-sorang" sahut Lux seraya mengangkat tangannya ibarat orang mengangkat sumpah.
"Betul, janji?" Tanyaku sambil memandang kearah kedua temanku di skrin laptop.
"Janji!" Sahut Lux dan Celia.
"Ok" balasku ringkas lalu memutuskan talian.
Flashback OFF
Setibaanya aku diperkarangan rumah Celia, aku mengeluarkan barang-barangku dan mengubahnya masuk ke dalam kereta milik Mike, tunang Lux. Semua sudah siap menantiku di dalam kereta.
Mike dan Lux duduk di hadapan kerana Mike yang akan memandu. Aku duduk di kerusi tengah, manakala Celia dan Rudy di kerusi belakang.
Awalnya, sewaktu aku smpai, Celia dan Rudy mengambil kerusi dibahagian tengah. Aku mengarahkan mereka beralih ke bahagian belakang. Jika tidak, aku drive keretaku sendiri. Mendengar itu, Celia tidak setuju, akhirnya mereka akur.
*****
Author POV
Setelah hampir 1jam 30minit perjalanan, mereka pun tiba di Westhampton.
The Preston House & Hotel menjadi tempat penginapan mereka selama 3hari 2 malam.Camellia terpaksa akur bila temannya Celia menempah 3 bilik.
Satu bilik untuk Celia dan Rudy, bilik ke dua untuk Luke dan Mike manakala bilik ke tiga untuk Camellia seorang.'Nama je bercuti bersama, alih-alih aku juga yang keseorangan' luah Camellia dalam hati.
Setelah masuk kedalam bilik, Camellia terus merebahkan tubuhnya di atas kasur empuk.. matanya memerhati sekeliling ruangan di dalam bilik. Sangat cantik.
Pada mulanya, Camellia fikir hanya bilik semata, rupanya tidak. Ternyata Celia memberinya sebuah rumah lengkap dengan ruang tamu, 1 bilik tidur dan 1 kamar mandi.
Sekitar rumah itu dicat dengan warna cream manakala dibahagian dinding lain diletakkan papan sebagai hiasan dinding atau picture wall. Begitu juga dengan kamar tidur. Suasana tampak cantik dan kemas. Menimbulkan elimen santai ketika berada didalamnya.Camellia tersenyum tanda puas hati.
'Macam ni, seorang diri pun ok' pikir Camellia sambil tersenyum sendiri.
Drttt..
Drttt...Satu pesanan ringkas diterima. Camellia lantas mencapai handfonnya di atas nakas.
CELIA
'Mell, kita orang nak pergi makan. Kau nak join tak?'
'Aku rasa tak kot. Aku nak rehat dulu dalam bilik. Kau tolong bungkuskan untuk aku eh..'
'Okay'
'Thanks'
Camellia meletakkan handfon di atas katil. Lalu bangun menghampiri jendela. Ternyata di luar kamar itu terdapat balkoni kecil. Camellia menyorong pintu perlahan, terasa angin menerpa masuk ke segenap ruang kamarnya,dingin. Camellia melangkah keluar, sikunya di letakkan pada besi balkoni, posisinya jadi sedikit membongkok sambil melemparkan pandangannya ke sekeliling, sangat cantik. Tenang dan damai. Dia berdiri sambil mendongak kelangit, matanya dipejamkan.
Seketika dia rasa tenang, jauh dari kesibukan kota New York juga kerjanya.Camellia asyik menikmati keindahan dan ketenangan sekitar tanpa menyedari bahawa dia sedang diperhatikan.
YOU ARE READING
LOVE at First Sight
Romance⚠ DON'T COPY MY STORY⚠ Cerita ini mengandungi unsur 18++ Pertemuan pertama tanpa sengaja antara Camellia Alihandro dengan Juancruz Rensende akibat kecelakaan di jalan raya mula menimbulkan perasaan aneh dalam hati salah seorang dari kedua pasangan i...