Author POVKlik
Klik
KlikItulah rutin harian Celia. Mengambil gambar beberapa orang model di studio. Untuk satu orang, dia perlukan banyak post-post yang menarik sebelum dia membuat pemilihan gambar yang paling menarik nanti.
Rudy yang baru selesai tugasnya di pejabat, turun ke studio untuk melihat kekasihnya yang masih berkerja. Dia tersenyum melihat Celia yang terlalu fokus dengan kerjanya.
Dia hanya berdiri di belakang sambil bersedekap dada. Sesekali matanya fokus pada model yang melakukan post-post di hadapan kamera.Dia berpuas hati dengan semua gambar yang diambil oleh Celia. Cantik dan kemas sehinggakan dia sukar untuk memilih gambar yang terbaik.
"Huh! Ok semua..settle untuk hari ni. Kita stop dekat sini ya. Thank you semua" ucap Celia dengan suara yang agak nyaring. Model-model yang ada berjalan keluar ke belakang studio untuk menukar pakaian.
Rudy yang melihat Celia masih fokus melihat hasil tangkapannya tadi menghampiri. Tangan kanannya melingkar di pinggang Celia, bibirnya pula mengucup perlahan pipi Celia.
Celia tersentak.
"Ops! Baby.. hey..dah lama ke kau kat sini?" Celia menoleh memandang ke arah Rudy sekilas. Kemudian kembali melihat hasil kerjanya semula.
"Baru ja, honey. Cantik hasil kerjamu. Aku suka" puji Rudy dengan senyum miringnya.
"Thank you, baby" ucap Celia sambil tersenyum.
"Dah siap? Jom balik" ajak Rudy. Celia hanya mengangguk perlahan. Dia membawa cameranya pulang. Saat dirumah nanti dia akan memilih foto yang paling menarik untuk dijadikan cover majalah.
******
Celia duduk di hadapan ruang tamu. Dia duduk di atas permaidani yang terhampar indah di penthouse milik Rudy. Laptopnya diletakkan di atas meja kayu. Badannya bersandar pada sofa.
"Ini kopi buatmu sayang" Rudy meletakkan secawan kopi panas di atas meja. Dia duduk disisi Celia untuk melihat hasil kerja Celia siang tadi. Satu kucupan singgah di pipi Celia.
"Thanks baby" ucap Celia memandang sekilas ke arah Rudy sambil tersenyum manis.
Hampir 2 jam memilih, akhirnya kerja pemilihan selesai.
Celia mengeliat membetulkan duduknya. Rudy yang melihat lantas memicit-micit bahu Celia dengan lembut. Rasa selesa saat tubuhnya dipicit oleh Rudy.
Dia merebahkan kepalanya di bahu Rudy. Rudy memeluk pinggang Celia dari belakang.
"Honey..."
"Hmmm.."
"Aku dah bersedia mendengar cerita silammu. Kongsikan denganku apa sebenarnya yang terjadi."
Celia diam. Sesekali dia mengeluh, sesekali dia menarik nafasnya dalam-dalam dan dilepasnya kasar.
Dia memejamkan matanya. Tangan kanannya memeluk tubuh Rudy. Mereka masih dalam posisi bersandar di sofa dan masih duduk di atas permaidani mewah yang diimport dari Dubai.
Tanpa membuka mata, dia memulakan ceritanya. Itu bererti, dia harus membuka semula luka lama yang dipendamnya hampir 20 tahun."Waktu itu, usia aku sekitar 8 tahun. Kehidupan ku dengan ayah dan ibu sangat bahagia. Apa saja kemahuan ku, ayah turuti. Ayah ku bekerja sebagai karyawan disebuah syarikat swasta. Kehidupan kami agak mewah saat tu"
"Sehinggalah satu saat dimana ayah dibuang kerja. Dia dituduh menggelapkan duit syarikat. Ayah tertekan. Hari-hari dia balik rumah dalam keadaan mabuk. Ibu selalu jadi mangsa perkosanya. Kadang-kadang tubuh ibu banyak luka dan lebam sebab dipukul oleh ayah"
Airmatanya jatuh saat mengingat kejadian itu. Matanya masih terpejam rapat."Ayah dah mula berjudi. Kalau dia kalah, aku dan ibu yang menjadi mangsa pukulnya,hari-hari. Aku tidak dibenarkan ke sekolah kerana luka yang aku dapat. Ayah tak mahu cikgu-cikgu disekolah tahu kegiatannya saat dirumah. Ibu juga berhasrat untuk lari dari rumah, tapi bila ayah dapat tahu, ibu dan aku kena pukul dengan teruk" suara esakkan terdengar. Tubuh Celia bergetar. Rudy yang tahu, merangkul tubuh Celia erat ke dalam pelukannya.
Dia tidak sangka, Celia mempunyai seorang ayah yang begitu kejam."Satu hari, ayah pulang dalam keadaan mabuk. Mukanya merah menahan marah. Aku tahu, dia tentu kalah lagi saat berjudi.."
"Aku yang jadi bahan lampias. Tubuhku diseret seperti kain buruk dari tangga bawah hingga naik ke tingkat atas. Sakit yang teramat sangat. A-aku meraung, menangis saat aku ditendang, dipijak dan dipukul dengan tali pinggangnya"
"Ibu cuba menghalang, malah ibu juga menerima lampiasnya. Ibu juga dipukul oleh ayah sehingga jatuh tersungkur."
"Saat itu aku dengar, ayah menghalau aku dan ibu keluar dari rumah. Aku yang paling gembira saat itu. Aku tahu, ini adalah saat terakhir aku menjadi mangsa pukul oleh ayah. Tapi tubuhku tak boleh bergerak sebab luka yang aku dapat. Ibu mengendongku keluar dari rumah malam tu juga dalam keadaan sehelai sepinggang."
Celia mengusap airmata yang berada di wajahnya. Lalu menyambung ceritanya"Untuk memulakan hidup, kami hanya tidur di lorong. Kami hanya makan sisa-sisa sampah yang dibuang dari kedai makan.."esak Celia lagi. Airmatanya kembali merembes keluar.
"Ibu bekerja dimerata tempat untuk menyara hidupku dan dirinya. Kadang-kadang, aku membantu ibu di kedai bunga. Hidup kami perlahan-lahan pulih. Ibu juga sudah mampu menyewa bilik untuk kami berteduh. Aku juga sudah boleh ke sekolah." Celia tersenyum saat mengenangkan itu. Betullah apa orang kata, hidup akan lebih indah selepas turunnya hujan.
"Lepas hampir 5 bulan kami keluar dari rumah, ibu dapat tahu yang ayah mati dipukul akibat membuat onar di meja judi. Aku sedih tapi dalam masa yang sama, aku gembira. Kerana aku tahu, ayah tak akan mengganggu kami lagi"
"Sejak dari itu, aku berusaha belajar sampai berjaya ke universiti"
"Macam mana dengan ibu?" Tanya Rudy. Sejak tadi dia hanya diam mendengar luahan Celia. Dan kini dia mula bersuara.
"Ibu telah berjumpa dengan seorang lelaki saat dia bekerja di kedai makan. Lelaki itu seorang doktor"
"Maksudmu, papa Richerd?" Celia menganggukkan kepalanya.
"Aku senang melihat ibu sebahagia sekarang. Papa Richerd menjaga ibu dengan baik"
Rudy mengangkat tubuh Celia keatas pangkuannya.
"Dengar, apapun yang terjadi padamu waktu dulu..,takkan pernah terjadi lagi pada waktu sekarang. Aku terlalu sayangkanmu sepenuh jiwa ragaku. Aku takkan sakitimu seperti apa yang ayahmu lakukan pada ibumu dan kamu."
"Lupakan sejarah hitam yang telah menutup pintu hatimu buatku. Terimalah aku" luah Rudy sambil mendongakkan wajah Celia menggunakan jari telunjuknya.
Netra mata mereka bertemu. Pandangan Rudy mempunyai pengharapan. Dia sangat menginginkan jawapan yang positif dari Celia.
"Sudikah kau menjadi permaisuri dalam hidupku?" Tanya Rudy lagi. Wajah Celia berubah suram. Airmatanya jatuh lagi.
Celia menganggukan kepalanya perlahan. Rudy yang mendapat jawapan positif dari Celia, lantas mengucup bibir Celia. Dilumatnya dalam-dalam. Tangan kekarnya memeluk erat tubuh Celia.
Dia berjanji, akan selalu membuat Celia bahagia saat hidup dengannya nanti."Thank you,honey.. thank you" luah Rudy gembira dengan penerimaan Celia. Lama dia mengucup kening Celia sebelum kembali memeluk tubuh kekasih yang sangat dicintainya.
Celia juga yakin, Rudy mampu menjaga, menyayangi dan membuatnya bahagia.
YOU ARE READING
LOVE at First Sight
Romance⚠ DON'T COPY MY STORY⚠ Cerita ini mengandungi unsur 18++ Pertemuan pertama tanpa sengaja antara Camellia Alihandro dengan Juancruz Rensende akibat kecelakaan di jalan raya mula menimbulkan perasaan aneh dalam hati salah seorang dari kedua pasangan i...