Part 41

1.4K 10 0
                                    


Author POV

Mansion Juancruz

Juan terdiam mendengar nama Zuar disebut oleh Agha. Mana mungkin dia kembalikan orang yang sudah meninggal.

Ya..Zuar, teman rapat mereka sewaktu di zaman universiti telah meninggal akibat ditembak oleh Jaret.
Semuanya kerana seorang wanita yang bernama Melinda.
Terus peristiwa itu terbayang dimata Juan.

Flashback ON

Juan dan Agha berlari tercungap-cungap sambil ditangan Agha melihat skrin handfone.

"Depan lagi" ujar Agha. Mereka berlari kearah titik yang ditunjukkan dalam skrin handfone Agha.
Hendry juga sama. Dia tak akan membiarkan anaknya dengan Agha pergi sendiri.
Awal lagi dia sudah menghubungi bodyguardnya supaya menelifon polis.

"Zuar!!!!" Jerit Juan terkejut melihat tubuh sahabatnya terbaring di atas tanah. Mukanya pecah dan berlumuran darah. Tubuhnya sudah tidak bermaya.

"Kah..kah..kah..!!! Macam dalam filem. Ada hero datang menyelamat. Bagus" ujar Jaret sinis. Dihadapannya berdiri seorang wanita. Tubuhnya dipeluk erat oleh Jaret, sebelah tangan Jaret memegang belati tajam yang diletakkan di leher Melinda. Sebelah tangan lagi dia memegang sepucuk pistol dan dihalakan pistol itu kearah Zuar.
Leher Melinda sudah tergores sedikit dan mengeluarkan darah merah.

Agha dan Juan terkejut. Mereka jadi buntu dan tidak tahu mahu lakukan apa sekarang.

Juan mahu melangkah menghampiri Zuar yang terbaring.

"Satu langkah kau mara,kawan kau akan aku tembak sampai mati dan aku akan kelar leher perempuan jahanam ni!" Bentak Jaret nyaring.

"Juan, no!" Tegah Agha risau kalau Melinda tercedera.

"Peduli apa aku, biarlah perempuan tu mati! Kerana dia, Zuar jadi macam ni kau tahu tak!"

Wajah Juan sudah merah menahan amarahnya. Dia sudah tidak hairan lagi pasal Melinda. Yang penting sahabatnya dapat diselamatkan.

"Jangan jadi bodoh, Juan. Bertindak guna otak, bukan guna hati. Kau tak nampak ke, dia menghalakan pistol ke arah Zuar"
Pujuk Agha. Hendry berada tidak jauh dari mereka. Dia juga sudah melihat apa yang berlaku.

Juan jadi buntu.

"Apa kau nak ha, jahanam!" Tanya Juan berang.

"Hahahaha.. bagus soalan tu. Kau nak tahu sangat kan? Aku nak, mereka berdua ni matiiii!!!!" Jaret menjerit nyaring seraya menembak Zuar dan mengelar leher Melinda serentak.

Pamm!!
Pamm!!

Serentak itu juga satu tembakan terkena pada kepala Jaret.

"Zuarrr!!!!!" Jerit Juan dan Agha serentak. Mereka lari menghampiri Zuar yang parah. Airmata mereka tumpah hanya kerana teman yang sangat mereka sayangi.

"Zuar..please bertahan demi kami.. please Zuar." Erang Agha sambil memangku kepala Zuar di atas pehanya. Baju yang dipakai mereka dipenuhi dengan darah.

"Ja-ga di-ri sa-ha-bat. A-ku sa-yang ko-rang. Ma-af-kan a-ku" bisik Zuar dalam nafas yang tersekat dan bibir yang bergetar.
Sesaat kemudian, tubuhnya kaku, matanya terbuka, airmatanya jatuh buat kali terakhir.

"Zuarrrr!!!!!!" Jerit Juan seperti orang kerasukan. Dia tidak dapat terima kepergian sahabat yang disayanginya pergi buat selamanya. Dia memeluk Zuar erat kedalam pelukkannya.
Agha mengangkat tangannya dan menutup mata Zuar erat.

Sekilas dia melihat ke arah Melinda. Wanita itu juga sudah pergi buat selamanya. Luka kelar pada lehernya sangat dalam. Darah memenuhi ruangan dia terbaring. Bau hamis mula menyapa ke hidungnya.

LOVE at First SightWhere stories live. Discover now