Genap seminggu Juan di Dubai menguruskan pembelian sahamnya dengan Arga Ali Khan iaitu teman rapatnya. Kini hotel itu berjaya dipindah milik atas namanya.
Arga ingin beralih ke bidang properti. Dia juga sudah mempunyai beberapa syarikat Properti di Dubai, rata-ratanya berurusan dengan ahli perniagaan yang kaya. Juan sedikit tercabar dengan pencapaian temannya itu.7.30pagi, Juan sudah tiba dipejabat kerana ada meeting mendadak. Setelah meeting selesai, dia melakukan aktivitinya seperti biasa, menyemak dan menandatangani beberapa dokumen penting setelah seminggu meninggalkan pejabat.
"Ana, apa jadual saya hari ni?" Soalnya sambil memandang sekilas ke wajah setiausahanya. Tangannya masih lincah menyemak beberapa dokumen yang baru diserahkan oleh Ana.
"Hari ni free Tuan Muda. Tapi lusa Tuan Muda ada jemputan ke parti Mr.Roland Clair. Parti Anniversarynya dengan Miss Liana Clair yang ke 5 tahun. Ini kadnya" jelas Ana sambil menyerahkan kad jemputan Mr.Roland Clair yang dimaksudkannya itu. Kad bertukar tangan. Juan mengeluarkan kad dari sampul berwarna biru lalu ditelitinya kad itu terperinci seraya mendongak memandang setiausahanya, Ana.
"Ada apa-apa lagi?" Soal Juan sambil menyimpan semula kad jemputan ke dalam sampul lalu diletakkan di sisinya, kemudian memandang Ana dihadapannya;
"Setakat ini, itu sahaja Tuan Muda." balas Ana sambil tersenyum manis ke arah bos besarnya, Juan.
Juan menganggukkan kepalanya
"baiklah, kalau macam tu awak boleh keluar" pinta Juan datar. Matanya kembali lincah pada dokumen dihadapannya sesekali jari kekarnya memicit pelipis perlahan dan kembali melakukan kerjanya semula.
Seharian kerjanya mengadap dokumen dan laptop sehingga tidak sedar waktu berjalan dengan pantas. Sudah jam 2 petang, perutnya belum diisi.
"Patut lapar semacam" sela Juan pada dirinya sendiri seraya bangun meninggalkan tempat kerjanya.
Di luar pejabat, Alvin dan Robert sudah menantinya dalam Range Rover. Melihat Juan menghampiri, Alvin segera keluar membukakan pintu untuk Tuan Mudanya.
"Korang berdua dah makan?" Soal Juan kepada kedua bodyguardnya.
"Sudah Tuan Muda. Kami makan di cafe depan pejabat tadi Tuan Muda" jawab Alvin jujur.
"Hmmm.. hantar aku ke Victory Garden Cafe" arah Juan kepada Robert. Robert yang memandu memberi respond kepada bosnya sambil memandang cermin pandang belakang di hadapannya
"Baik Tuan Muda" seraya menganggukkan kepala.
Di Cafe, Juan memilih meja paling hujung di sudut belakang. Dia suka menatap makan tengaharinya jauh dari pelanggan yang lain untuk mencari ketenangan. Usai makan, dia berdiri menuju ke tandas sambil tangannya ligat menekan handfone di tangan. Tanpa sengaja dia telah melanggar seseorang
"Argh.." jerit seorang gadis yang sudah terduduk di samping Juan.
"Aduhh..." keluh gadis itu sambil mengusap punggungnya.
Juan yang menyedari segera membantu
"Ops! Sorry miss, my mistake" luah Juan memohon maaf. Dia sedar, gadis itu terjatuh kerana kecuaian dia sendiri. Berjalan tidak memandang ke hadapan.
Tangan kekarnya dihulur untuk membantu. Gadis itu tanpa fikir panjang, menyambut huluran tangan Juan lantas berdiri seraya berkata;"No..no.. it's ok.. salah saya juga terburu-buru ke-lu......" ucapannya mati disitu.
Mata mereka bertatap pandang..
Deg!
*******
Camellia POV
Argh.." aku terjatuh setelah berlanggar dengan seseorang.
"Aduhh..." keluhku panjang sambil mengusap punggungku yang sakit.
"Ops! Sorry miss, my mistake" luah seorang lelaki memohon maaf.
Tangan kekarnya dihulur untuk membantuku berdiri. Aku menyambut huluran tangannya tanda menerima bantuan darinya lantas berdiri.
"No..no.. it's ok.. salah saya juga terburu-buru ke-lu......" ucapanku mati disitu.
Kami bertatap pandang..
Deg!
'Macam pernah tengok muka mamat ni. Siapa hah? Dimana?'
pelbagai soalan muncul dalam benak fikiranku. Otakku mula bekerja keras memikirkan perihal lelaki dihadapanku.
Aku menelan salivaku kasar.
Lelaki dihadapanku memandang ke arahku dengan tatapan yang tajam."E-er.. ma-maaf.. saya mohon pergi" ishhh.. tiba-tiba aku jadi gelabah. Jantungku berdegup laju ibarat baru habis marathon 500meter.
'Kenapa ni..' rasa tak sedap hati.
Belum sempat aku melangkah, tangan kekarnya mencengkam pergelangan tanganku.
Langkahku terhenti. Aku menelan salivaku payah.
Aku menoleh kebelakang perlahan-lahan sehingga pandangan kami bertemu. Sekali lagi aku terpempan, tubuhnya denganku hanya jarak sesiku sahaja. Aku tidak berani memandang kewajahnya, aku tahu jika aku mendongak, pandangan kami bakal bersatu dalam jarak yang sangat dekat.
Jantungku kembali berpacu laju, badanku terasa kaku.'Camellia, rileks...rileks..'
Aku cuba menenangkan fikiranku. Aku menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya dengan perlahan.Tangan kekar yang mencengkam pergelangan tanganku tadi sudah tiada lagi disitu. Tapi tangannya beralih ke daguku cuba menarik wajahku menatap kearahnya.
Tubuhku terasa seperti diikat seerat-eratnya kerana tidak boleh bergerak. Terasa kaku sekali, entah kenapa aku merasa sesuatu yang sangat aneh.Mata kami bertentang. Iris kami bersatu. Aku dapat melihat dengan jelas, irisnya berwarna coklat gelap. Perfume yang digunakan terlalu maskulin.
Jantungku kembali berdegup kencang.Aku terlihat ada senyuman diwajahnya. Sangat tampan. Aku seolah olah terbuai dengan ketampanannya.
"Hai si cantik"
Mendengar panggilan begitu darinya membuatku bungkam. Walaupun suaranya perlahan, tapi aku dapat mendengarnya dengan jelas sekali.
Senyumannya bertambah mekar dari tadi menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik dan bibirnya yang merah merekah.Perasaan apakah ini.. tolong!
"Er-err... ma-maaf kalau tadi tu salah saya. Sa-a......" belum sempat aku menghabiskan ucapanku, dia lantas melumat bibirku. Tangan kekarnya mula memeluk pinggangku.
Terasa nafasku tersekat. Aku terpempan. Tindakannya begitu cepat.Aku mengumpul sekuat tenagaku cuba mendorong tubuhnya menjauh, malangnya tenagaku tidak sekuat tenaga lelakinya.
Aku rasa pagutan pada bibirku terlepas.Nafasku tercungap gara-gara ulah dari lelaki yang tidak ku kenali siapa dia.
Plak!
YOU ARE READING
LOVE at First Sight
Romance⚠ DON'T COPY MY STORY⚠ Cerita ini mengandungi unsur 18++ Pertemuan pertama tanpa sengaja antara Camellia Alihandro dengan Juancruz Rensende akibat kecelakaan di jalan raya mula menimbulkan perasaan aneh dalam hati salah seorang dari kedua pasangan i...