Part 8

1.8K 19 0
                                    

Author POV

Suasana Kota New York sibuk seperti biasa. Camellia terpaksa meminjam kereta papanya Alaxander Alihandro supaya dia mudah berulang alik dari rumah ke tempat kerja. Untung saja papanya mempunyai 5 buah kereta yang tersergam indah di garaj. Jadi tak risaulah kalau dia meminta pinjam satu dari papanya.

Flashback ON

"Kemana keretamu sayang..rosak? Baru setahun papa beli, takkan dah rosak" soal Alax sambil mengusap lembut kepala anak kesayangannya.

Camellia mengeluh. Dia berat untuk menceritakan perihal sebenar ke Alax. Takut kalau papanya menarik semula kereta kesayangannya dan menghalangnya dari memandu lagi.
BMW Sport itu adalah hadiah ulangtahunnya yang ke 26tahun. Alax menghadiahkannya sebuah kereta sport mewah untuk anak kesayangannya supaya memudahkan aktiviti anak gadisnya untuk melakukan tugasnya di pejabat. Apatah lagi sering keluar bertemu clien.

Camellia merangkul erat Alax.

"Sebenarnya Mell excident pa" ujar Camellia perlahan tetapi masih boleh didengari Alax.

"What!!" Mendengar laungan itu, Camellia mempereratkan lagi pelukkannya seraya menutup mata rapat serapat-rapatnya.

"Mell ok? Anak papa ok kan, x ada luka di mana-mana kan?" Soal Alax risau sambil memerhati ke seluruh tubuh anak gadis kesayangannya.

"Papa... Mell ok.. lelaki tu yang tak tahu bawak kereta. Dia cium belakang kereta Mell, remuk..habis pecah lampu kereta Mell" adu Camellia manja.

"Jadi, mana kereta Mell sekarang? Lelaki tu mahu bertanggungjawab tak?" Soal Alax sambil memandang ke wajah Camellia meminta jawapan.

Camellia mengangguk pelan.

"Tapi bukan dia yang bantu, orang suruhan dia yang bantu Mell bawak kereta Mell ke bengkel. Semua kerosakkan diorang yang tanggung"
Cerita Camellia panjang lebar.

"Ohhh.. jadi, yang langgar anak papa ini bukan sembarangan orang juga la ya. Siapa namanya? Apa sudah tua atau masih muda?"
Camellia mematung. Dia memandang ke wajah Alax hairan.

"Papa... bukan risaukan Mell dan kereta Mell, malah bertanya pasal lelaki bangsat tu" rengek Camellia tidak puas hati.
Alax yang mendengar lantas ketawa.
Satu pukulan singgah di dada Alax.

"Sayang.. tak baik perempuan menyebut perkataan kasar seperti itu tau. Tambah lagi orang yang kita tidak kenal. Takut nanti jadi suami sendiri"

"Papa!" Bentak Camellia masih tidak berpuas hati. Alax sambung ketawanya melihat ragam anak gadis satu-satunya.

"Kenapa ni?" Celah Catriona seraya duduk mendekati kedua orang kesayangannya.

"Papa ni ma.. bukan nak membela Mell, tapi membela lelaki bangsat tu pulak" cerita Camellia seraya melepaskan pelukkan di tubuh Alax dan berpindah ke tubuh Catriona.

"Sudah..sudah.. papa.. sudah-sudah la mengusik Mell. Mama dah dengar semuanya tadi. Mell jangan nak salahkan lelaki tu, mungkin dia tak sengaja. Kita mana nak tahu kedepannya macam mana. Dia pun tak minta kemalangan tu berlaku. Apa Mell tengok keadaan keretanya? Lagi pulak, dia dah bertanggungjawab untuk membaiki kereta Mell walaupun melalui orang suruhannya, tetapi semua biaya dia yang tanggung bukan.." serta merta wajah Camellia berubah. Ada betulnya juga apa yang mamanya kata. Terus timbul perasaan bersalah dalam dirinya. Yang dia lihat hanya keretanya, malah dia langsung tak melihat bagaimana keadaan kereta lelaki itu. Rasa bersalah mula bersarang dalam hatinya.
Memang bukan dia yang melanggar kereta lelaki itu, tapi tidak adakah rasa tanggungjawab dalam dirinya untuk sang pemilik kereta tak kalah mahalnya Mustang Shelby itu. Camellia mengeluh menyesali sikapnya yang tidak prihatin.

LOVE at First SightWhere stories live. Discover now