Part 17

1.6K 15 0
                                    

Lux POV

Aku yang masih kaget hanya mematung di kerusi sebelah. Mataku hanya memandang kedepan, melihat kereta bersimpang siur menuju haluan masing-masing.

"Saya Mike Levill. Awak boleh panggil saya Mike" lelaki itu memulakan perbualan setelah lama masing-masing membisu.

Aku menoleh memandang kearahnya yang masih memandang kearahku kemudian mengukirkan senyum. Tetapi tidak lama, dia memandang tepat ke hadapan semula menumpukan pemanduannya.

Dalam suasana gelap didalam kereta hanya dibiasi lampu-lampu jalan, aku masih dapat melihat wajahnya dengan jelas. Sangat tampan. Berbadan tegap, tinggi, wajahnya terlalu maskulin.

'Kacak!' Hanya itu yang mampu aku luahkan.

"Lux.. nama saya Lux Gracia" sahutku sambil menoleh kearahnya.

"Terima kasih Encik Mike kerana telah membantu saya. Kalau Encik Mike tak ada, saya tak tahu apa nasib saya selepas itu" luahku jujur sambil tersenyum padanya.

Dia menoleh sekilas kearahku lalu membalas senyumanku.

"Panggil saya Mike.. x perlu ber'Encik' dengan saya" pintanya lagi. Aku yang mendengar hanya mengangguk perlahan.

Setelah 30minit perjalanan, akhirnya kami sampai ke perkarangan rumah kedua orang tuaku.
Aku membuka pintu kereta lalu keluar. Aku lihat mamaku berlari mendapatkanku. Wajahnya risau. Dia meraihku kedalam pelukkannya.

"Lux kemana sayang. Kenapa lambat pulang?" Soal mamaku kembali melepaskan pelukan, memandang kearahku. Aku tidak menjawab malah hanya tersenyum.

Mike turun dan berjalan menghampiri aku dan mama.

"Anak Puan hampir dirompak" Mike memberitahu hal sebenar kepada mama.
Aku pandang kewajah mama yang sudah meraup wajah dengan kedua tangannya tanda terkejut.

"Benarkah sayang? Apa sayang ok?" Tanya mamaku sambil memegangku dan melihat ke sekitar badanku lagaknya seperti memeriksa keadaanku. Aku yang lihat hanya tersenyum.

"Ma.. i'm ok.. don't worry.." ucapku lemah seraya merangkul tubuhnya erat.

"Nasib baik ada Mike. Dia yang membantuku dari 2 orang jahat itu" ceritaku seraya memandang ke arah Mike yang ada disamping mama. Aku melepaskan pelukkan. Aku memandang ke arah Mike. Kulihat dia hanya tersenyum lebar seraya menunduk.

"Terima kasih Mike kerana telah menolong anak aunty. Kalau Mike x ada, saya tak tahu apa yang akan jadi pada Lux" ucap mama seraya memeluk tubuh Mike yang bertubuh tegap dan tinggi. Mamaku hanya separas bahu jika dibandingkan dengannya. Tubuh Mike terjerat kerana mama memeluknya seolah-olah dia dalam keadaan terikat.
Aku yang melihat keadaan Mike hanya menahan tawa.

"Ma... dah la.. Lux ok kan.." ujarku pada mama supaya mama melepaskan pelukkannya di tubuh Mike. Mama yang mendengar kata-kataku segera melepaskan pelukkan.

" sama-sama aunty. Dah jadi tanggungjawab saya sebagai lelaki, melindungi insan yang lemah" balas Mike sambil tersenyum.

Mama menganggukkan kepala perlahan.

"Aunty, Lux, saya pulang dulu. Kereta saya pun dh sampai." Pinta Mike lalu melangkah ke arah sebuah MPV jenama Audi berwarna hitam.

"Oh! Lux, lain kali hati-hati. Sebaiknya pulang waktu berkerja, jangan pulang malam lagi"
Pesannya lagi mematikan langkahnya.
Aku hanya mengangguk perlahan seraya tersenyum. Aku hanya melihatnya melangkah masuk kedalam kereta dan berlalu pergi.

*****

Sejak dari kejadian malam itu, aku dan Mike makin rapat. Dia terlalu posesif mengenai semua hal yang aku lakukan sepanjang hari sehinggakan pergi dan balik kerja pun dia ambil dan hantar.

Genap sebulan aku kenal dengan Mike, aku baru tahu bahawa Mike adalah pemilik syarikat Levill Alp Corporation. Aku langsung tak perasan nama belakangnya Levill selama aku rapat dengannya.

Awalnya aku ingin menjauhkan diri dari Mike bila ramai mata yang memandang iri ketika kami kelihatan mesra di pejabat, terutamanya para wanita. Mike adalah salah satu lelaki yang digilai ramai kerana kekayaan dan paras rupa yang dimilikinya.

Mike yang perasan tindakanku yang semakin menjauh darinya cuba mencari jalan pintas untuk menutup pandangan buruk orang keatasku.
Mike mahu aku menjadi tunangannya. Of course perkara itu mengejutkanku. Aku tak sangka dia seserius ini dalam perhubungan antara kami.

Flashback ON

"Lux, sudikah kau menjadi tunanganku?"

"Ukhukkk...ukhukkk!!!" Aku yang sedang minum tersedak dengan permintaannya. Dia yang melihat seraya berdiri lalu menepuk di belakangku perlahan.

"Are you ok?" Soalnya risau dengan keadaanku. Aku mengangkat tangan kiriku menunjukkan yang aku ok. Melihat itu, dia kembali duduk di kerusi berhadapan denganku.
Saat itu kami sedang menikmati makan malam di sebuah Hotel.

Aku memandang lekat kewajahnya. Persoalannya sebentar tadi benar-benar mengejutkanku.

"Lux, mahukah kau menjadi tunanganku?" Tanya Mike buat kali kedua. Aku masih diam mematung. Mataku masih setia memandang ke matanya mencari ketulusan dari kata-kata itu.

Ku lihat Mike menarik nafas panjang lalu melepaskannya perlahan.
Tanganku diraih lalu digenggamnya erat. Mata kami beradu pandang lagi.

"I'm serious honey.."

"the truth is...i'm falling in love with you. Since kejadian malam tu, hati aku berdegup kencang. Lama aku tahan perasaan ini. Aku mula rasa cemburu bila melihat kau dekat dengan lelaki lain di pejabat. Aku tidak suka itu. Kau hanya milikku" aku melihat anak matanya dalam, cuba mencari kebenaran dari kata-katanya sebentar tadi.

Aku tak nafikan, sejak mengenali Mike, hanya dia lelaki yang perihatin tentangku. Sentiasa dekat denganku malah sudi mendengar semua masalahku. Jauh disudut hatiku tertera namanya, hanya dia. Selama ini aku cuba memendamnya sendiri kerana aku tahu, aku tidak layak jika dibandingkan dengannya. Ayahku hanya karyawan biasa, tidak seperti keluarganya yang terdiri dari golongan terhormat.
Tapi, mendengar luahannya mengenai perasaannya terhadapku sedikit sebanyak membuahkan bunga-bunga cinta dihatiku.

Akhirnya aku menjawab dengan anggukan kepala seraya tersenyum kepadanya. Mike tersengih melihat riaksiku.

"You will?" Soalnya untuk kepastian.

"Yah.." jawabku pendek.

Wajahnya kelihatan gembira kerana aku menerima permintaannya. Tanganku dicium bertubi-tubi. Aku yang melihat hanya terkekeh geli.

"Thank you honey.." ucapnya lembut dalam nada yang manja dan menggoda. Mukaku bersemu merah.

"I love you, honey" luahnya lagi.

"I love you too" balasku sambil tersenyum. Dari saat itu, aku merasa kebahagiaan kini mengerumuniku.

LOVE at First SightWhere stories live. Discover now