Author POV
Langkah Camellia jadi kaku. Dia tidak bisa menapak. Juan yang menyedari itu seraya memicingkan matanya memandang ke wajah isterinya, Camellia.
"Kenapa sayang?" Soal Juan, aneh dengan sikap isterinya.
Camellia memicit pelipisnya perlahan cuba mengingati.Matanya membulat, mulutnya melopong. Seketika itu juga wajah Alvin melayang-layang di fikirannya.
Baru dia ingat, kereta inilah yang telah melanggar keretanya dahulu. Lelaki yang bernama Alvinlah yang telah membantunya.
"Kereta ini..." kata-kata Camellia terhenti. Juan semakin risau melihat sikap isterinya.
Camellia memandang Juan dengan pandangan yang sangat tajam."Jadi...selama ini kamu merahsiakan hal ini padaku?" Kata-kata Camellia agak kasar. Tiada lagi panggilan manja yang pernah didengari Juan.
Juan memutar penuh badannya menghadap Camellia.
"Hey..hey.. tenang. Ada apa ini? Ceritakan pada bie, apa sebenarnya yang berlaku? Rahsia apa yang sayang maksudkan?" Suara Juan kelihatan tenang sekali. Dia perlu tahu, apakah yang sedang mengganggu difikiran Camellia.
"Jangan pura-pura tak faham, huh!" Sindir Camellia seraya tersenyum sumbing.
"Yah...bie memang tak faham" jawab Juan lembut. Juan menghela nafasnya perlahan. Cuba bertenang.
"Apa yang mengganggu fikiranmu, sayang..." tangan kekar Juan mendekat dengan wajah Camellia. Dia mengusap perlahan wajah isterinya.
Camellia menepis kasar tangan Juan. Juan tersentak dengan perlakuan isterinya yang agak kasar.
"Jangan sentuhku!" Marah Camellia. Wajahnya sudah memerah. Nafasnya melaju. Juan dapat melihat hembusan nafas Camellia naik dan turun pada dadanya sang isteri.
"Kenapa ni..sa-.."
"Jangan panggil aku sayang" bentak Camellia.
Tap!
Setitik airmata jatuh di pipi Camellia.
Juan yang masih tidak tahu apa-apa terkejut dengan perubahan sikap isterinya.
Bibir Camellia bergetar."Jadi, selama ini kamu yang melanggar keretaku..kan!? Kau buat aku seperti orang bodoh! Apa mahumu mengencarku kemana saja aku pergi selama ini? Apa tujuanmu jadikan ku isterimu, hah!?" Bentak Camellia. Airmatanya kini menjadi semakin deras.
Juan yang tadi terpinga-pinga mulai faham kenapa isterinya tiba-tiba berubah sikap. Camellia sudah tahu siapa dirinya.
Dialah lelaki yang melanggar kereta Camellia dahulu. Juan menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya perlahan. Dia perlu bersikap tenang."Sayang... ini tak sama dengan apa yang sayang fikirkan" pujuk Juan sambil menatap wajah Camellia.
Camellia yang menyedari itu segera membuang muka.Juan mahu menarik Camellia ke dalam pelukkannya. Tetapi belum sempat dia melakukan itu, Camellia mendorong kuat tubuhnya sehingga dia terdorong ke belakang.
Camellia berlari menjauh dari situ. Juan yang melihat tidak tinggal diam. Dia mengejar mendapatkan Camellia.
Tubuh Camellia diangkat seperti karung guni.
Camellia memberontak sambil memukul-mukul belakang Juan.
Juan hanya membiarkan perbuatan Camellia padanya.
Tubuh Camellia yang ringan, memudahkannya. Dia berjalan menghampiri keretanya lalu meletakkan tubuh Camellia di kerusi depan bersebelahan pemandu. Dia memasang Child lock pada pintu keretanya. Sudah pasti isterinya tidak boleh lolos keluar.Juan masuk kedalam kereta lalu menghidupkan enjin keretanya. Kereta berdesir laju meninggalkan perkarangan Apartment.
"Kau nak bawa aku kemana hah!?" Bentak Camellia keras.
YOU ARE READING
LOVE at First Sight
Romance⚠ DON'T COPY MY STORY⚠ Cerita ini mengandungi unsur 18++ Pertemuan pertama tanpa sengaja antara Camellia Alihandro dengan Juancruz Rensende akibat kecelakaan di jalan raya mula menimbulkan perasaan aneh dalam hati salah seorang dari kedua pasangan i...